Set Bersalin & Berpantang | Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”]

Aku anak dah tiga. Syukur sangat dapat merasa rezeki mengandung, bersalin dan menjaga anak ni.

Seronok tapi penat dan sangatlah mencabar! Most of the time aku tanpa sedar selalu transformed jadi “mak singa”. Tapi aku mak singa yang sayang anak-anak dia. Siapa berani kacau anak-anak singa kannnn ekekeke. [wp-svg-icons icon=”cool” wrap=”i”]

Aku nak cerita tentang set bersalin yang aku beli dan guna masa berpantang lepas melahirkan anak-anak aku.

  • Izzah – Set Bersalin Amway Tropical Herbs
  • Irfan – Set Bersalin Tanamera
  • Irdina – Set Bersalin Amway Tropical Herbs + Set Bersalin Czer Anugerah Al-Quran

Beriya2 je aku beli set bersalin tu semua. Tapi tak guna sangat pun barang2 memanjakan diri macam herba mandian, param, pilis dan bengkung.

Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Aku hanya guna @ makan/minum supplemen dalam set bersalin tu. Set Bersalin Czer Anugerah Al-Quran tu suami aku belikan sebab banyak supplemen tradisional versi moden yang sesuai untuk luka bersalin czer.

Aku bersalin cesar. Kena bedah tiga kali. Semua sebab uri kat bawah. Memang dah tau kena bedah. Tapi beli jugak. Sebab memang teringin nak manjakan diri. Konon boleh buat sendiri.

Tinggal mimpi saja lah. Sebab aku kena berpantang sendiri. Masa Izzah aku kelam-kabut sebab Izzah kena warded 11 hari. Masa Irfan pulak aku kelam-kabut sebab Izzah sakit teruk lepas aku bersalin tu. Masa Irdina aku kena settle makan minum Izzah dan Irfan + jaga baby.

Mak dan MIL pun dah tua sangat. Tak larat dah nak jaga aku ni. Memang tak ada siapa pun yang nak sediakan semua tu untuk aku. Suami pun sibuk jaga anak-anak kan. Sedih jugak weh. [wp-svg-icons icon=”rainy-2″ wrap=”i”]

Kenapa tak upah confinement lady? Actually aku ada terfikir. Tapi tak jadi. Sebab mahal dan aku tak suka strangers duduk dalam rumah aku.

Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Dua kali aku beli Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni. Aku suka sebab minyak baby dia tu best sangat!

Masa Irfan aku try Set Bersalin Tanamera dan aku beli asing minyak baby Amway tu. Masa Irdina ni baik aku beli terus Set Bersalin Amway Tropical Herbs. Lagi pun aku suka teh herba dia juga.

Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Bagi aku Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni paling berbaloi, lengkap dan mudah guna. Herba mandian, param dan pilis semuanya dah disukat dalam paket dan uncang. Kalau tengah mencari set bersalin tu aku memang rekomen Set Bersalin Amway Tropical Herbs.

Kandungan Set Bersalin Tropical Herbs Amway

Untuk dimakan:

  • 10 uncang x Teh Herba
  • 60 kapsul herba x Lepas Bersalin 1
  • 80 kapsul herba x Lepas Bersalin 2

Untuk kegunaan luaran:

  • 20 uncang x Herba Pembersih Wanita
  • 20 uncang x Herba Mandian
  • 20 paket x Campuran Peramping Perut (param)
  • 15 paket x Campuran Penghangat Badan
  • 15 paket x Campuran Penenang (pilis)
  • 1 botol 60ml x Minyak Bayi (minyak telon)
  • 1 botol 60ml x Minyak Urut Herba (untuk Ibu)
  • 1 x Bengkung Lepas Bersalin FREE

Carta & Cara Penggunaan Setiap Item Sepanjang Tempoh Berpantang

– Set Bersalin Amway Tropical Herbs (COMPLETE SET) –

1. Teh Herba: Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.

  • Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
  • Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
  • Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.

Arahan:-
Ini boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-9 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Letak satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan satu sudu kecil Madu, jika mahu.

2. Pil Lepas bersalin 1: Memulihkan tenaga & menggalakkan laktasi

  • Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Arahan:-
Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

3. Pil lepas bersalin 2: Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.

  • Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
  • Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
  • Merangsang rembesan susu.

Arahan:-
Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.

Set Bersalin Amway Tropical Herbs

4. Herba pembersih wanita: Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan.

  • Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
  • Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
  • Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Arahan:-
Guna produk pada hari ke-1 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.

5. Herba Mandian: Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.

Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.

  • Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
  • Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
  • Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.

Arahan:-
Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.

Cara menyedia:

  • Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
  • Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
  • Guna sebagai air mandian.

Set Bersalin Amway Tropical Herbs

6. Campuran Peramping Perut (Tapel): Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.

Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.

  • Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
  • Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.

Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Arahan:-

Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.

Set Bersalin Amway Tropical Herbs

*JIKA BERSALIN MELALUI PEMBEDAHAN, DIGUNAKAN SELEPAS SEBULAN.

7. Campuran Penghangat Badan (Param): Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki.

  • Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah kekulit.
  • Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti
    ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan
membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna
bila-bila masa.

8. Campuran Penenang (Pilis): Menenang dan menyamankan dahi.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

  • Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
  • Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur
    dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi,
elakkan kawasan mata.

9. Minyak Urut Herba: Menyingkirkan angin dan merehatkan badan.

Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.

  • Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri
  • Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.

Set Bersalin Amway Tropical Herbs

10. Minyak Bayi: Melegakan angin dan kembung

Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.

  • Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
  • Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
  • Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
  • Menyamankan kulit bayi.
  • Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada perut bayi. Sapu setiap pagi dan petang selepas mandi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *