Sesi Membebel | Sedihnya Terpaksa Tinggalkan Anak Untuk Bekerja

Bismillah….Ya Wahhab Ya Razzaq Ya Fattah….

Hari ini macam biasa, akak bangun pukul 3 pagi. Selepas menyusui Irdina & Irfan terus tahajud dan berdoa supaya dipermurahkan rezeki kami sekeluarga.

Lepas tu dalam pukul 4 pagi terus masuk ofis. Tak payah drive. Sepuluh langkah je dah sampai home office akak ni hehehe.

Small Office Home Office @ SOHO akak letaknya kat ruang tamu. Keluar je dari bilik terus masuk ofis. Best ke tak best tu? [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]

SOHO

Pagi-pagi buta time orang lain tengah syiok mimpi ni, rutin akak sebelum mula bekerja kena setel perkara paling penting dulu. Melipat baju!

Yeahhh… kalau tak lipat hari-hari confirm menimbun setinggi gunung Himalaya. Bila dah jadi gunung for sure memang akan rasa malassssss yang amat nak lipat baju tu kan?

Masa bekerja makan gaji dulu, akak melipat kain baju hanya seminggu sekali. Tak sempat nak melipat hari bekerja tu.

Bayangkan tinggi timbunan kain tu. Bayangkan betapa bersepahnya baju-baju tu semua. Kadang-kadang spender yang bersih pun habis. So kena geledah timbunan kain tu cari “adik kecik” tu hahahaha!

Alhamdulillah. Allah berikan rezeki untuk akak jadi surirumah bekerja & mempunyai pendapatan sendiri. Memang ini adalah impian akak sejak akak melahirkan Izzah 8 tahun lepas. Hanya baru setahun lepas jadi kenyataan. Syukur sangat-sangat.

Akak tak tahu lah perasaan mak-mak lain yang ada baby atau anak-anak kecik ni. Tapi akak lepas ada anak memang hati meruntun sangat nak berhenti kerja. Nak jaga baby sendiri. Nak tengok anak membesar depan mata.

Memang sangat tak seronok kena bagi baby pada orang lain untuk dijaga. Tapi kena jugak hantar anak ke taska sebab tiada pilihan. Terpaksa bekerja nak buat macam mana. Banyak hutang piutang nak dibayar…huhuhu

Perasaan masa tinggalkan baby kat taska tu memang sedih, risau, gelisah dan gundah-gulana. Setiap hari akan rasa macam tu. Tak boleh nak elak. Tepis jauh-jauh pun perasaan tu akan datang balik.

Naluri keibuan memang macam ni kan. Hanya ibu bekerja sepenuh masa yang terpaksa hantar anak kepada taska atau pengasuh sahaja tahu betapa peritnya perasaan ini.

Masa Izzah kecik dulu kan….. lepas genap 2 bulan cuti bersalin memang kena masuk kerja balik. Nak sambung cuti lagi 2 bulan memang boleh. Tapi TANPA GAJI!! Mana nak cekau duit untuk belanja dan bayar bil hutang? Terpaksa jugak masuk kerja dengan hati retak seribu. [wp-svg-icons icon=”rainy-4″ wrap=”i”]

Izzah pulak baby premie. Lahir tak cukup bulan. Lembik je badan. Memang tak sanggup nak serah baby kat taska atau pengasuh.

Nasib baik masa Izzah umur 2-4 bulan, MIL akak sanggup datang untuk jaga Izzah. Namun perasaan gundah-gulana terpaksa tinggalkan anak untuk bekerja tu tetap ada.

Bila Izzah dah 5 bulan dan kuat sikit baru akak hantar taska. Hari-hari drive bawa Izzah dari rumah di Klang dan tinggalkan dia di taska yang terletak di TTDI. Masa tu akak kerja kat Kelana Jaya.

Tiap-tiap pagi mesti kelam kabut. Jalan selalu jem kat TTDI tu. Selalu akak lambat masuk ofis. Bos okey je tapi ada yang dengki komplen tak puas hati sampai bos terpaksa emel bagi warning… huhuuu

Terpaksa tukar taska yang dekat dengan rumah. Hantar dia dulu baru pergi kerja. Perasaan tetap gundah-gulana!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Masa Irfan kecik pula… sama juga. Lepas genap 2 bulan cuti bersalin kena masuk kerja. Tapi masa Irfan perasaan sedih dan risau tu kurang sikit.

Sebab tak perlu hantar Irfan ke taska. Suami yang jaga dia di rumah. Masa tu suami ambik VSS dan buat bisnes dari rumah. So dia volunteer jaga baby. Rasa lega sangat!

Tapi setiap pagi memang rasa sayu dan berat hati sangat nak tinggalkan dia. Kadang-kadang Irfan masih tidur dalam cot so cepat-cepat akak pergi kerja.

Kadang-kadang Irfan pun sama bangun. Lepas menyusui dia terpaksa letak balik dalam cot. Menangis-nangis dia. Sebak pulak rasa. Drive kereta pun teringat-ingat baby. Sayu sangat rasa… huhuu [wp-svg-icons icon=”sad” wrap=”i”]

Irdina

Masa Irdina ni… syukur sangat akak dah tak perlu lalui seperti masa Izzah dan Irfan baby. Bangun pagi tak rushing lagi nak pergi kerja. Rasa tension dan serabut pun sangat kurang. Of coz lah bekerja sendiri ni ada masa tension jugak tapi berbeza sangat dengan time makan gaji tu. [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *