Sesi Membebel | Best Sangatkah Jadi Surirumah Bekerja @ WAHM?

Bismillah….Ya Wahhab Ya Razzaq Ya Fattah….

Masa akak menaip ni jam menunjukkan pukul 5.18 pagi. Hari ni akak bangun pukul 2.15 pagi.

Biasa pukul 3 baru alarm clock berbunyi. Tapi hari ni spesel sikit terkejut awal sebab Irfan jatuh katil!! [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Akak tengah syiok mimpi tetiba bunyi bidai kat tingkap sebelah katil tu jatuh. Gedegang!

Tengok-tengok Irfan kat sebelah tak ada. Pastu bunyi dia menangis mamai. Cepat-cepat akak bangun angkat dia. Dodoikan dia. Nasib baik dia sambung tidur balik. Fuh!!

Tapi akak tak lah risau atau stress bila terbangun awal pagi macam ni. Sebab akak tak bekerja makan gaji dah. Tak sambung tidur balik pun no problem.

Bukannya nak kena drive pergi ofis pun. Kalau ngantuk sangat time siang tu anytime boleh tidur. Bestnya!!

Alang-alang dah terbangun awal tu, akak terus menggosok baju-baju sekolah Izzah untuk seminggu. Dah settle iron, lipat baju pulak. Baju ni kena hari-hari lipat supaya tidak jadi gunung … hehhee.

Betul ke jadi surirumah bekerja @ wahm ni syiok gila? Hmmmm…. tak lah syiok sampai jadi giler. Of course, rasa tension @ stress sangat kurang lah berbanding masa full time working dulu tu. Masa tetap sama 24 jam sehari. Tapi masa kita tu hak milik kita sepenuhnya. Kena pandai la manage masa. Kalau tak hancur..hahaha!

Meh akak compare kan masa akak bekerja makan gaji dengan time jadi wahm sekarang ni. Mana tahu boleh jadi sumber inspirasi. [wp-svg-icons icon=”tongue” wrap=”i”]

Masa makan gaji, terpaksa bangun pukul 5 pagi sebab lepas solat Subuh terus kena drive ke ofis. Masuk ofis pukul 7 pagi. Lambat sikit je keluar mesti jalan jem teruk kat NKVE dan NPE tu!

Kerja

Sekarang, rela hati bangun pukul 3 pagi. Lepas Tahajud terus masuk ofis. Dua tiga langkah dah sampai ofis hahahahah

Masa makan gaji, hari-hari sakit hati kena hadap politik kat ofis. Ramai giler kuasa. Kaki bodek  ramai weh. Kejar duit & pangkat. Kita buat kerja depa dapat nama.

Sekarang, tarak office politic mah. Tapi kerja sendiri ni sendiri mahu ingat lah. Kena super rajin untuk kayakan diri sendiri!

Masa makan gaji, nak bercuti kena mintak izin boss. Time closing minggu pertama jangan mimpi nak cuti. Banyak kali hari raya tak dapat balik kampung sebab boss tak bagi ambik cuti. Katanya no back up. Tapi time depa raya boleh pulak depa cuti. Hmmm

Sekarang, anytime nak bercuti boleh mah!! Kita kuli. Kita lah boss. Pandai-pandai lah adjust masa bekerja dan masa bercuti.

Actually, banyak lah kelebihan jadi surirumah bekerja @ wahm ni berbanding dengan jadi ibu bekerja makan gaji. Memang ada juga yang tak berapa best macam jarang dapat keluar rumah dan bersosial. I miss those moments keluar lunch dan bergossip dengan office mates.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Sekarang kena masak everyday untuk lunch. Hari-hari pening nak fikir menu untuk masak for the day!

Bagi akak yang dah lebih sepuluh tahun jadi pekerja makan gaji, bila jadi wahm ni rasa BEBAS macam burung helang terbang di angkasa.

Forever

Perasaan seronok tu lain macam especially bila dapat tengok anak membesar depan mata dan dapat jaga makan pakai mereka dengan baik. Memang akak sangat bersyukur!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *