Bismillah. Cikros di sini.
Sambutan birthday seterusnya ialah birthday Irfan yang ke 6 tahun. Anak omak sudah besar!!
Bulan November, anak bongsu aku Irdina punya birthday. Bulan Disember birthday Irfan pulak yang ke 6 tahun.
Happy Birthday Irfan!
17/12 tahun lepas Irfan dah masuk 6 tahun. Tapi masuk je bulan Januari 2019, Irfan officially dah 7 tahun. Sudah masuk darjah satu pun anak aku tu. Hehe!
Antara pencapaian Irfan yang membanggakan sempena hari lahir ke 6 tahun ialah:
- Menang pingat Gangsa dalam kejohanan Taekwondo yang pertama disertainya iaitu Kejohanan Taekwondo Sirkit Koryo 3rd Leg 2018.
- Pandai membaca sebelum cecah umur 6 tahun. Alhamdulillah!
Simple juga birthday celebration Irfan. Beli kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe. Sedap tapi kek ni cepat muak. Huhu!
Actually anak-anak requested nak kek Black Forest Cheese Cake atau Chocolate Banana. Tapi tak ada stok. Tak apa lah. Janji ada kek kan.
Alamak! Gambar kek dan sambutan birthday di rumah belum upload masuk laptop. Later lah aku update sini.
Sebelum cuti sekolah akhir tahun lepas tu, Irfan dah sambut birthday in advance kat sekolah. Kami dah belikan kek kecik untuk bawa ke sekolah.
Aku siap sediakan goodie bags untuk diberikan pada kawan-kawan dia. Excited sungguh anak aku tu.
Ye lah. First time merasa diraikan dalam majlis harijadi bersama kawan-kawan. Maklumlah tak pernah duduk taska kan. Hehe!
Happy Birthday aboi! Semoga Irfan membesar dengan sihat, gembira, cerdik, murah rezeki, sentiasa disayangi dan menyayangi dan menjadi anak yang soleh serta berbakti kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat. Amin ya Mujib!