Bismillah. Cikros di sini.
Alamak! Omak hilang mood nak update blog dah banyak bulan. Huhu!
Baru ada time nak update tentang birthday Irdina (bulan 11) dan Irfan (bulan 12). Nasib baik birthday Izzah belum lagi bulan ni.
4 bulan lepas — 17 November — genaplah 3 tahun umur anak bongsu aku, Irdina tu. Rasa macam baru semalam perut kena toreh dengan pisau untuk keluarkan dia. Hehe!
Oh ye! Aku dah mula aktif update IG Dina ni tau. So kalau nak tengok gambar dan video dia boleh follow IG: https://www.instagram.com/irdina.sazahly/
Jarang sangat aku buka FB. Now lagi suka lepak kat Instagram. Untuk kakak dan abang dia pun aku bukak IG. Hehe!
Sebab apa tau? Aku ada so many pictures of them. Tapi tak update pun kat blog. So better lah update sikit-sikit kat IG kan. Mana tau later boleh jadi instafamous. Amin!
Okayyyy. Back to cerita birthday Dina.
Happy Birthday Irdina!!
Pejam celik. Makan tidur. Sedar-sedar dah 3 tahun anak aku.
Tapi tak sampai 2 bulan lepas birthday yang ke 3 tahun, Dina officially dah cecah 4 tahun lah tahun 2019.
Banyak good news tentang Dina ni sejak birthday dia yang ke 3 tahun ni. Nanti pelan-pelan aku story kat blog ni. Antaranya:
- Dina sudah pun graduated potty training masa bulan 12 tahun lepas. Dina sudah bebas diaper masa berumur 3 tahun 1 bulan. Syabas untuk anakku. Horeh!
- Dina mula joined belajar Taekwondo semasa berumur 3 tahun 2 bulan!! Yes.. yes yes!! Dina pecah rekod anak aku belajar Taekwondo paling awal lah. Kakak dia belajar masa umur 6 tahun. Abang pulak started masa umur 4 tahun 2 bulan.
Simple je sambutan hari lahir Dina-saur. Beli Chocolate Banana Cake dari Secret Recipe. Settled!
Aku memang lah teringin nak buat sambutan birthday yang ada tema walaupun kecil-kecilan. Mesti anak-anak seronok. Tapi mampu berimpian sahaja lah. Huhu!
Apa pun anak-anak aku dah cukup excited dapat makan kek dan pizza. Alhamdulillah. Bersyukur dengan rezeki yang ada.
Semoga Irdina membesar sihat, kuat, cerdik, gembira, murah rezeki, sentiasa disayangi dan menyayangi dan menjadi anak yang solehah. Amin ya Mujib!