Sekolah PASTI | Yuran Tadika PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Selangor 2017

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Irfan tu kalau kira tahun — 2017 ni dia dah 5 tahun. Tapi actual age baru je 4 tahun. Sebab lahir bulan 12. Hehe!

Nak masuk sekolah umur dikira ikut tahun kelahiran kan. Bukannya ikut tarikh lahir.

Lahir tahun 2012 — walaupun 17/12 — tetap dikira sudah 5 tahun. Orang kata jimat umur dapat masuk sekolah awal. Hak hak!

Tahun ni Irfan kena sekolah lah. Mula-mula tu nak hantar ke tadika Al-Fateh. Tapi aku rejected Al-Fateh. Yes. Omak rejected that school!!

Sebab cikgu kurang ajar sangat. Masa laling pergi minta borang nak daftar cikgu tu tanya Irfan ni duduk Taska tak sebelum ni.

Irfan tu dari baby sampai umur 2 tahun ++ laling aku yang jaga kat rumah. Bila aku resigned masa dia umur 2 tahun 3 bulan — aku lah yang jaga. Mana pernah duduk Taska pun. Cikgu tu cakap apa tau.

“Ish! Susah lah tak pernah hantar taska. Boleh ke nak sesuaikan diri? Susah kami nak handle nanti”.

Omakgorg!! Terasa angin bayu ribut taufan tornado puting beliung semua mencanak-canak naik dari kaki terus ke kepala aku ni!

It’s your job kan? Belum apa-apa lagi dah komplen? Nak kerja senang tak payah lah jadi cikgu tadika.

Dealing dengan pelbagai ragam budak tu bukan tugas cikgu tadika kah? Omak is so berapi!

Terus tak jadi hantar Irfan ke Al-Fateh. Belum apa-apa cikgu dah so negative. Nampak sangat tak ikhlas buat kerja tewwww.

Pusat Asuhan Tunas Islam – PASTI

Aku ni kalau boleh nak hantar Irfan masuk Pra-Sekolah 5 Tahun je. Tapi lupa nak apply awal. So terlepas.

Aku lagi suka Pra-Sekolah dari tadika swasta ni. Sebab memang Pra-Sekolah best. Aku tau lah sebab Izzah pun Pra-Sekolah masa 6 tahun.

Sekolah PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam

Laling cakap hantar PASTI lah supaya jadi Ustaz Pencetus Ummah. Ameen. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]

Kami daftar Irfan dah lambat so hanya ada kekosongan untuk kelas sesi petang.

Sekolah PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam

Alamak! Sure Irfan tidur dalam kelas ni. Sebab biasa petang memang akan tidur.  Tak apa. Lama-lama okey lah tu. Hehe!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Sekolah PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam

Yuran Sekolah PASTI 2017

Tadika PASTI ni ada kelas untuk umur 4, 5 dan 6 tahun. Yuran PASTI pun berbeza ikut umur.

Aku rasa yuran sekolah PASTI ni tak sama antara sesama Pusat Asuhan Tunas Islam lain. Berbeza jugak ikut negeri.

Sekolah PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam

Irfan hari tu daftar PASTI umur 5 tahun. Jumlah kena dalam RM700+ jugak lah. Yang aku ingat:

  • Pendaftaran RM100
  • Yuran kelas 5 tahun RM505
  • Uniform 3 pasang + baju sukan 1 pasang RM155

Yuran bulan sekolah PASTI Irfan ni RM100 sebulan. Aku rasa murah berbanding tadika PASTI lain. Ada sekolah PASTI yang caj RM150/RM200 sebulan!

Sekolah PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam

Sesi sekolah petang tadika PASTI ni dari 12.30pm – 5.00pm. Sesi petang lama sikit dari sesi pagi sebab ada kelas solat dan pra-tahfiz.

Buku Sekolah PASTI

Buku sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam ni keluaran PASTI sendiri.

Sekolah PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam

Aku rasa silibus tadika PASTI ni mabeles jugak. Ada Al-Quran & Hadis.

Sekolah PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam

Matematik, English, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Tulisan Jawi, Belajar Membaca, Peribadi Muslim dan Sains Sosial Pembangunan Insan pun ada.

Sekolah PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam

Kualiti dan isi kandungan buku sekolah PASTI ni pun aku rasa sangat bagus.

Sekolah PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam

Memang sesuai sangat untuk budak pra-sekolah.

Sekolah PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam

Bilangan murid dalam kelas dalam 16 orang sahaja. Kira okei lah!

Sekolah PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam

Irfan pun suka sangat pergi sekolah PASTI ni. Tak menangis pun. Steady macho je anak aku. Hehe!

Boleh pun dia sesuaikan diri. Cikgu cakap Irfan pandai berkawan tau. Mana ada susah handle pun kan?

Jangan sesekali assume budak yang omak abah jaga sendiri kat rumah — tak pernah jejak kaki ke Taska so tak pandai bersosial & tak pandai bawa diri. You’re dead wrong!

Sesekali tidur dalam kelas tu biasa lah. Budak kan. Hak hak!

 

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *