Bismillah. Cikros di sini.
Berjemaah nampaknya friends FB aku up status tentang keputusan peperiksaan UPKK anak masing-masing. Lepas geram sebab now dah tak boleh raikan result UPSR ke? Gurau je. Hehe!
Aku tak ambik pot pun pasal UPKK ni. Actually, aku tak tau pun apa UPKK ni. Tapi bila kawan-kawan cakap UPKK ni peperiksaan sekolah KAFA masa darjah 5 terus ringgggggggg! Berbunyi non-stop alarm dalam otak omak ni hah.
Izzah darjah 4 tahun ni so tahun depan kena ambik la exam UPKK tu. Aku ingat sekolah agama ada PSRA je sama macam UPSR. Rupanya ada UPKK jugak. Serius omak tak alert. Dush sebijik. Wa haha!
Apakah UPKK?
UPKK ialah singkatan kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) UPKK ialah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan ini di jalankan ke atas semua pelajar di darjah 5 di sekolah KAFA diseluruh Malaysia.
Ada ke yang tahu KAFA tu apa? Meh omak bagi pencerahan. KAFA stands for Kelas Agama & Fardhu Ain. Get it?
Kenapa Perlu Ambil Ujian UPKK ?
Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) telah dilaksanakan pada tahun 1994 setelah mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Lembaga LEPAI kali ke-19 selaras dengan objektif pertubuhan KAFA.
Matlamat UPKK ialah untuk menilai tahap kemahiran & kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan & hafazan Al-Quran serta amal ibadat & cara hidup Islam.
- Menilai tahap pengetahuan & kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain.
- Menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar.
- Menilai kemahiran pelajar dalam membaca & menulis jawi.
- Menilai keupayaan, kecekapan & kemahiran pelajar dalam membaca & menulis bahasa Arab.
Peperiksaan ni adalah bagi pelajar tahun 5 seluruh Malaysia. Kalau nak masuk sekolah menengah agama, asrama penuh, sekolah tahfiz dan lain2, sijil ni penting di samping sijil PSRA (tahun 6).
54,824 calon peperiksaan UPKK 2017 dapat 8A
PUTRAJAYA: Seramai 54,824 calon peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2017 mendapat 8A, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata bilangan itu meningkat sebanyak 18 peratus berbanding 46,461 calon mendapat 8A pada tahun 2016.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Jamil Khir berkata seramai 21,639 calon mendapat 7A, manakala 21,462 mendapat 6A dan 23,950 calon lagi mendapat 5A.
Menurutnya, Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti mata pelajaran Al-Quran yang mencapai 99.7 peratus kelulusan.
Jamil Khir berkata pencapaian ini sekaligus menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah Al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.
Dalam pada itu, katanya mata pelajaran Jawi dan Khat mencapai 94.8 kelulusan, Lughatul Quran (91 peratus), Adab (Akhlak Islamiah) (93 peratus), Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah) (85.7 peratus) dan Sirah (87 peratus).
Calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau semakan secara dalam talian di semakan.islam.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke mySMS 15888 bermula pukul 11 pagi ini hingga 5 petang dan dibuka hingga 5 Feb 2018.
Dalam pada itu, katanya, bermula tahun ini, keputusan UPKK akan diumumkan dalam tahun semasa dan semakan maklumat calon yang berdaftar juga boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga secara dalam talian.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
“Selain itu, pendaftaran calon kepada bukan warganegara dibuka mulai tahun ini mengikut syarat ditetapkan,” katanya. — Bernama
stuju lah sy dengan penerangan di atas