Bila masuk je bulam Ramadhan, kita mesti seronok menyediakan keperluan anak-anak kan? Mesti nak beli baju baru, kasut baru… tu belum lagi langsir baru, bekas kuih baru.. dan macam-macam yang baru lah.
Tapi… pernah tak entee terfikir tentang mereka yang tak mampu mendapatkan baju dan kasut baru untuk sambut hari Raya? Mostly tak la kan…
Dalam fikiran cuma terbayang sales di shopping complex… brand baju yang nak beli.. berapa helai.. Ada tu siap dah buat jadual.. raya pertama pakai baju mana.. raya kedua .. raya ketiga… dan seterusnya. Ada betul?
Kalau part raya pertama mesti lah anak akan di pakaikan baju tradisional Melayu *baju kurung, kebaya dan baju melayu*. Waaah… mesti cantik dan segak anak-anak kita kan.
Beruntung anak-anak kita sebab ada kita sebagai ibu bapa.
Tapi.. nun di satu tempat… ada ramai anak-anak yang sedang sedih setiap kali Ramadhan datang.
Anak-anak yatim yang tidak pasti samada dapat menyambut Hari Raya berbaju baru!
Apa kata di bulan Ramadhan yang mulia ni, kita beramai-ramai bersedekah kepada anak yatim. Kalau tak mahu sedekah duit.. boleh juga sedekah BAJU RAYA. Mesti mereka akan sangat gembira.
Kalau dapat sedekah sehelai baju kurung baru atau baju melayu baru pun dah cukup untuk menyapu air mata anak yatim ini.
Kalau entee rasa nak menyumbang, boleh la lawat group Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata di Facebook.
Ada manusia berjiwa mulia yang berinisiatif memulakan kempen menderma baju raya untuk di agihkan kepada anak-anak yatim dan fakir menjelang ramadhan.
Sila kirim ke alamat:
KEPADA:
SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
(U.P :Ahmad bin Sa’abun)
No. 12, Jalan Platinum 7/44
Seksyen 7, 40000
Shah Alam, Selangor
Darul Ehsan
Kat Shah Alam je.. kalau nak pergi direct pun boleh. Kalau yang duduk negeri lain pun ada alamat ikut zone ye. Tengok Facebook tu untuk details.
Cara Menghantar:
- Bungkus mengikut set pakaian, setiap satu bungkusan satu pasang
- Tulis kat bungkusan Saiz samada Baju Melayu/Kurung
- Kemudian pos ke alamat yang diberi
Kalau boleh, belikan baju yang baru untuk disedekahkan. Barulah betul niat sedekah tu. Jangan pula sebab niat nak clearkan gobok yang penuh dengan baju yang kita sendiri dah tak nak pakai.
thanks for sharing yer ..moga2 kita semua dimurahkan rezeki utk bersedekah byk2 di bln mulia ni..
thanks for sharing yer ..moga2 kita semua dimurahkan rezeki utk bersedekah byk2 di bln mulia ni..
terima kasih kerna berkongsi info..dekat sgt dah tu ngan rumah eliss.
terima kasih kerna berkongsi info..dekat sgt dah tu ngan rumah eliss.
bagus ni …..jom kita buat ramai-ramai …
bagus ni …..jom kita buat ramai-ramai …