Nak pergi jalan-jalan oversea, kena la ada passport. Kalau takde, camana nak pergi Hong Kong Disneyland?
Well, me and hubby dah ada passport. Tapi budak kecik tu belum ada. So, kena la buat. Hari tu me dah bising kat hubby, ajak pergi buat passport Izzah. Mana tau ada rezeki dapat melancong satu dunia.
Kami ni bukan kaya-raya. Orang lain kurang-kurang setahun sekali berpoya-poya di luar negara. Kami ni sepuluh tahun sekali kot..ha..ha *pergi Singapore tu walaupun oversea tapi tak kira la sebab sea dia tu jarak dekat je…he..he*
Tiba-tiba dapat tuah pergi Hong Kong Disneyland for FREE!
Kelam-kabut la nak pergi buat passport Izzah. Me kena ambik cuti last Monday semata-mata nak settlekan hal passport dia.
Mak aii! Ramainya orang kat Pejabat Imigresen Shah Alam.
Lepas isi borang baru boleh ambik nombor. Aisey… kena tunggu lama la nampaknya. Sebab ada more than 40 orang before us.
Izzah tu pulak bukannya boleh duduk diam. Kena entertain dia. Kalau letak duduk dalam stroller, dia nak stroller tu bergerak non-stop. Kalau stroller berhenti, dia marah!
Lenguh lah.. nak tolak stroller je. So, bagi dia sendiri main tolak stroller. Baru senang hati…ha..ha
Pergi pukul 9 pagi tapi pukul 12 lebih baru turn kami. Dah lepas bayar semua, ingatkan hubby je boleh ambikkan the passport for Izzah.. tapi itu kastam said no.
Kena tunjuk muka anak jugak masa nak collect passport (hanya siap selepas 2 jam). Terpaksa la kami berlegar-legar kat Kompleks PKNS tu dulu. Sambil berlegar-legar tu me ter-shopping la beberapa benda…ha..ha
Pukul 2 lebih baru dapat collect passport Izzah. Balik rumah… semua pengsan!
rezeki kak ros gi melancong,free pulak tu…im so happy for u!
yay izzah dah ada passport!
dila, rezeki tahun rimau..aum!
huhu..bestnya ! I pun kena buat paspot anak nih..next month nak berjln..*wink!*
ida.z, mau ke mana kah?
amirul dulu maser buat passpost, sshnya nk amik gmbr, time tue dier umur 1thn 4bln.. aduss, mmg senget benget la gmbr dier
huda, ni pu payah betul..tak mau duduk atas kerusi..nak peluk mama je.. tu muka muncung je tu..he..he
huhuhuhuhuh musti beli tudung ni!
.-= Jiji´s last blog post..CUTEST BABY OF THE PLANET 2009 – FINALIST =-.
jiji, rahsia negara lor..ha..ha
siyes nyer muka izzah ehehe
.-= yatie chomeyl´s last blog post..Solah & Yatie’s 3rd "declaring" Annivessary =-.
yatie, payah tu nak ambik gambar..he..he
daripada kul 9, kul 2 baru siap??
lama jugak tu
last time masa kitorg gi buat passport budak2, 2 jam dah setel
tapi buat kat imigresen kajang la. dia bagi no khas utk children
izzah dah ada passport, pasni bole la melancong selalu 😉
hanie, a ah.. lama betul.. takde pulak bagi special treatment for budak2… yeaaah…lepas ni gi london, paris, new york etc..etc..ha..ha
wahhh izzah dah ada passport akif belom ada..nak ikut la gi Hong Kong! hahaha
amin amin..minta2 la suami saya ada wang besar amin amin
fid, bak sini pos akif pegi hong kong sesama.. mommy dia tinggal suruh buat adik lagi …wang besar juga..aminnnn!
hmm.. brapa eh buat pasport skang kak?
ada gak terfikir nak buatkan si kecik tu punya jugak.(eventho blon ada plan nak kemana2) 😛
queenin, rasanya dah murah RM150 untuk 32 muka surat..
salam kak ros,
haa..dah ada satu langkah ke depan skrg..pasni bila duit dah penuh poket jer bila2 masa pun dah leh p melancong dah…syoknyerrr!!
.-= ibuarifa´s last blog post..@ Cutest Baby of The Planet 2009 – FINALIST =-.
ibuarifa, salam salam.. tunggu macik kayoo..he..he
Wahhhh…bestnya menang hadiah pi travel for free!!!! Clap, clap…Along pun baru je buat pasport, nak kena pi China for work purposes…ok la, company bayar harga pasport…buat kat SA jugak..kejap je tunggu…very the efficient.
along, waah..pegi China.. best tu!
‘Little mama’ with ‘Big’ winning……:-)i pon pernah menang gi Bali untuk contest Johnson & Johnson Mandi Susu suami dan si manja semakin sayang….seronok kan travel. Esp kalau for FREE!!!!….hihihi……Congrats little mama…nanti wat posting gambar byk2 ehhh?…….. 😆
.-= ezna´s last blog post..Renungan buat kita para isteri =-.
ezna, rezeki tahun baru :)… okei..sure banyak gambar punya nanti..he..he
Jeles nih…
.-= wan anie´s last blog post..Rahsia Solat Awal =-.
wan anie, jgn la jeles..he..he
hahahaaa muka serius nye…miya dulu buat passport umur 2 bulan..lentok2 lg..
hamboi, byk sungguh tenaga budak tu menghilangkan bosan dia menunggu..patut la blk tu semua pengsan. hahahah…
mama miya, ni pun senget..dia nak turun dari kerusi.. tu la.. tenaga dia banyak..kita yang layan pun sama habis tenaga *pancit”
liza pun plan nak buat passport utk anak sbb ingat nak gi holiday jauh skit this year, buat passport pun nak pakai duit gak tu
liza, bagus buat siap2 pasport anak ni.. takde la kelam-kabut cam i.. a ah.. semua pakai duit 😛
cantiklah seluar izzah! 😀
hanz, legging tu
wah…sudah ada passport…hehehe…
comel gitu