Royale Orchid Shawl Review | Tudung Royale Orchid Go Shop (Zahra Collection by Royale Orchid) – Ada Defect?

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Aku ni pakai tudung tak ikut fesyen pun. Aku suka pakai tudung Syria printed. Senang match dengan breastfeeding blouse aku yang mostly plain colors tu.

Ada juga aku pakai instant dan semi-instant shawls. Tapi kurang minat sikit tudung yang instant/semi-instant. Sebab payah nak gosok!

Tudung Syria jugak jadi pilihan hati. Tak perlu iron boleh terus pakai. Mudah dan cepat bagi mak anak 3 yang pemalas gosok tudung macam aku ni. Hehe!

Dah bertahun-tahun aku setia dengan tudung Syria. Rasa bosan lah pulak. Makin tua ni rasa nak lah tukar gaya tudung. Asyik gaya Syria je kan.

Last week aku checked lah koleksi tudung aku yang menimbun tu. Omakgorg! Banyaknya long shawl kain jersey dan chiffon yang aku tak pakai. Simpan jadi pekasam. Nasib baik elok lagi.

Terus aku bungkus semua tudung Syria printed aku dan susun long shawl dalam drawer. Hehe!

Tudung Royale Orchid Go Shop – Zahra Collection

Macam tau-tau pulak aku dah beralih pada long shawl dan teringin nak pakai shawl kain satin. Tiba-tiba Go Shop ada promote tudung satin Zahra Collection by Royale Orchid.

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Omakgorg! Mata terpandang. Hati tertawan. Jiwa omak meronta-ronta nak sangat beli Royale Orchid scarves kat Go Shop tu. Cantik pulak shawl satin Royale Orchid tu!!

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Elegan sangat Rozita Che Wan pakai tudung Royale Orchid tu. Che Ta tu duta Royale Orchid. Bestnya Che Ta jadi duta Royale Orchid sebab mesti dapat free semua koleksi tudung Royale Orchid kan. Jeles amat. Hehe!

Harga Royale Orchid Zahraa Collection Go Shop RM199. Akan dapat:

  • 3 helai Royale Orchid Satin Silk Printed Shawl (Zahra Pink, Zahra Nude & Zahra Turquoise)
  • FREE: 1x Heavy Chiffon Shawl
  • FREE: 1x Royale Orchid Exclusive Detachable Charm
  • FREE: 1x Brooch pin

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Meleleh air liur nak beli tudung Royale Orchid kat Go Shop tu. Tapi aku tak beli pun. Aku berjaya menahan nafsu. Hehe!

Kenapa Royale Orchid Scarves Menjadi Rebutan?

Aku ni memang ketinggalan fesyen. Royale Orchid ni dah lama ada dan satu jenama tudung yang agak popular. Setiap kali keluar koleksi baru tudung Royale Orchid mesti sold out!

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Royale Orchid by Rosix Omar menawarkan keunikan tersendiri berbanding pelbagai tudung dan skaf yang sedia ada. Encik Rosix Omar berpengalaman selama enam tahun dalam lapangan fesyen tanah air menerusi jenama Wanpa dan Naelofar Abaya. Royale Orchid by Rosix Omar adalah tudung yang lahir daripada idea dan impian untuk menghidangkan kelainan buat para muslimah.

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Antara sebab tudung Royale Orchid menjadi rebutan ramai ialah:

Tudung Pertama Yang Ada Charm

Kelainan Royale Orchid berbanding tudung yang lain adalah tudung ini merupakan tudung pertama yang didatangkan dengan charm yang boleh ditukar ganti dan setiap koleksi didatangkan dengan charm yang berlainan.

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Memang nampak unik, cantik dan menambahkan seri mereka yang memakainya.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Pelbagai Design Yang Menarik

Tudung Royale Orchid ada pelbagai jenis koleksi untuk semua jenis usia, semua jenis wajah dan paling penting, semua koleksi tersebut cantik-cantik belaka.

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Nama koleksi pun best macam Laelia (dua ton), Cattleya (dua warna), Miltonia (tiga warna) dan Alcra (bercetak).

Pilihan Warna Yang Lembut

Aku suka sangat warna tudung Royale Orchid. Cantik, lembut dan sedap mata memandang.

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Memang akan nampak sweet sangat pakai tudung Royale Orchid ni.

Bersaiz Panjang & Lebar

Tudung Royale Orchid tidak singkat sebab ukuran tudung ini adalah 1.8m x 0.7m, jadi ia memang panjang. Terpulang kepada si pemakai untuk menggayakannya. Aku suka sebab memang besar, labuh serta dapat menutup dada. Nak pakai gaya singkat boleh. Nak pakai gaya labuh pun boleh. Best ke best?

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Harga Yang Berpatutan

Harga tudung Royale Orchid dalam range RM140 – RM250 sehelai. Tidak terlalu mahal untuk design yang cantik, warna yang memikat, kualiti kain yang terbaik dan dilengkapi hiasan charm pada tudung. Kalau nak murah boleh beli masa Royale Orchid buat sales. Boleh dapat harga Royale Orchid terlajak murah dalam RM40 sehelai!

Mudah Nak Beli

Tak perlu nak Whatsapp, nak mesej atau nak PM, anda hanya perlu pergi ke www.starporium.com untuk membeli tudung Royale Orchid ini.

Ada tudung Royale Orchid ni bolehlah tukar-tukar charm dan pasangkan di tudung anda. Best ke best tu?

Review Tudung Royale Orchid GoShop – Zahraa Collection

Masa Che Ta promosikan tudung Royale Orchid kat Go Shop aku tak beli pun. Tapi a few weeks later aku terbeli jugak Royale Orchid tu. Mau tak beli ada promosi masa siaran lagi baik punya. Hehe!

Aku dapat harga tudung Royale Orchid Go Shop murah sikit RM189 dan extra lagi satu shawl chiffon. Rugi weh tak rembat. Hik!

Dengan penjimatan RM10 aku dapat 5 tudung long shawl Royale Orchid:

  • 1x matte satin shawl Zahra Pink
  • 1x matte satin shawl Zahra Nude
  • 1x matte satin shawl Zahra Turquoise
  • 1x plain chiffon shawl warna merah
  • 1x plain chiffon shawl warna hitam
  • 1x Royale Orchid charm
  • 1x flower pin brooch

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Berbunga-bunga hati aku macam bunga pada tudung Royale Orchid tu masa dapat Royale Orhid Printed Shawl yang aku beli di Go Shop tu.

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Tapi bila buka kotak Royale Orchid Printed Shawl tu terus layu bunga-bunga dalam hati aku! Apa pasal tudung Royale Orchid Zahra Nude tu nampak BURUK sangat? Serius lain daripada gambar yang Che Ta pakai!

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Zahra Nude by Royale Orchid

First tudung yang aku ambik dari kotak Royale Orchid tu ialah Zahra Nude. Imagine omak terkejut dan kecewa bila tengok tudung Royale Orchid tu macam gini rupanya.

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Bertampuk-tampuk warna kuning. Indah khabar dari rupa. Huwaaaaaaaaa!

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Tengok gambar Che Ta pakai memang nampak cantik kan? Kat FB described tudung Zahra Nude ni sebagai: “A white scarf in floral pattern with a tinge of purple is a perfect match for Rozita Che Wan, the ever-beautiful!”.

Zahra Collection Royale Orchid Printed Shawl by Rosix Omar

Tinge purple? Tompok kuning banyaklah. Macam tertumpah dakwat aku tengok. Aku dapat tudung defect! Omak is feeling meh!

Royale Orchid Printed Shawal by Rosix Omar

Zahra Pink by Royale Orchid

Nasib baik Zahra Pink printed shawl Royal Orchid ni tiada cacat cela. Memang lembut dan cantik designnya.

Royale Orchid Printed Shawal by Rosix Omar

Simple tapi masih elegan dan feminin.

Zahra Turquoise by Royale Orchid

Zahra Turquoise pun perfect dan cantik. Since aku puas hati dengan Royale Orchid Printed Shawls yang Zahra Blue dan Pink, so pejam mata lah dapat tudung Royale Orchid defect sehelai tu.

Royale Orchid Printed Shawal by Rosix Omar

Tak kan nak pulangkan semua sekali. Leceh kot. Malas aku nak fikir. Anggap saja lah bukan rezeki aku. Huhu!

Royale Orchid Printed Shawal by Rosix Omar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *