Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.
Alamak raya dah nak dekat. Tapi kuih raya belum beli lagi. Nak buat kuih raya seribu tahun tak kan mungkin lah. Omak dah sedekah oven buruk tu. Hehe!
Aku ni last buat biskut raya rasanya masa aku belasan tahun. Bukan aku malas tapi biasanya cookies yang aku buat tak sedap. Keras. Kembang. Tak ada rupa biskut raya! Omak tak pandai. Better lah aku beli sahaja. Hak hak hak!
Tapi biskut raya murah yang selalu jual kat pasaraya tu tak berapa sedap pun. Kuih raya buatan kilang mana sedap pun. Biasanya bentuk dan nama kuih raya berbeza tapi rasa semuanya sama!
Aku lagi suka beli biskut raya homemade. Time raya ni lah nak support bisnes kecil-kecilan suri rumah, ibu tunggal dan mereka yang perlukan duit raya dengan membuat dan menjual kuih raya online. Betul ke betul?
Biskut Raya Moden & Tradisional Royal Raya Cookies
Aku time kerja dulu biasa order kuih raya dari kawan-kawan ofis. Sebab boleh rasa sample kuih raya tu sebelum bulan puasa.
Pernah jugak beli online biskut raya ni. Gambar nampak macam sedap dengan pelbagai warna, bentuk dan nama yang menarik. Tapi bila dapat semuanya rasa yang sama. Adunan bahan yang sama cuma tukar warna dan acuan. Arghhhhhh!
Tak pernah aku repeat order biskut raya dari seller yang sama. Memang ramai penjual biskut raya online kat Facebook dan Instagram. Macam mana nak tau mana satu betul-betul sedap?
Selain pergi ke kedai atau ke rumah penjual untuk rasa sample kuih raya — memang tak ada cara lain nak tentukan kesedapan kuih raya online.
Tapi aku ada satu tips yang boleh guna. Cari seller yang tunjuk gambar cookies yang cantik (flat lay) + ada video testimoni artis tengah makan kuih raya!!
Agak-agak rasa meleleh air liur tengok artis tu sedang makan biskut raya tu confirm sedap la tu. Tak boleh blah punya tips. Hak hak hak!
Aku dah plan tak nak beli biskut raya dah tahun ni. Konon lah. Tapi bila terjumpa Royal Raya Cookies ni aku terus meleleh air liur. Nampak sedap dan lain dari yang lain.
Ada banyak pilihan yang sedap-sedap dengan harga yang berpatutan. Setiap satu bekas biskut raya moden harga RM35. Jika beli 3 bekas dapat harga RM100.
Aku suka Royal Raya Cookies sebab ada servis delivery ke area KL/Selangor. Kos delivery RM20 tapi salau beli 9 bekas ke atas free delivery!
Memang pening nak pilih kuih raya yang mana satu. Aku decided beli yang tak ada hiasan kacang sebab baby aku Dina-saur tak banyak gigi lagi. Tak kan dia nak pandang je kan. Hehe!
Aku dah cuba kuih raya Royal Raya Cookies yang berikut:
- Nadim Oreo Cookies
- Royal Flower Tart
- Royal Roll Tart
- Lekir Tiramisu Cookies
- Hummingbird Cookies
- Royal Bangkit Cheese – FAVORITE!! PALING SEDAP!!
Nadim Oreo Cookies ialah kuih raya moden dengan topping dia white chocolate so agak manis bagi aku. Anak-anak aku suka je.
Royal Flower Tart dan Royal Roll Tart ni biasalah biskut tart nenas. Aku suka sebab biskutnya lembut mencair dalam mulut disulami jem nenas yang masam-masam manis.
Lekir Tiramisu Cookies pula biskut raya moden berperisa kopi. Serius sangat sedap dan lain dari yang lain. Kalau aku buat sure tak menjadi punya lah. Hehe!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Hummingbird Cookies ni kuih raya moden berbentuk mini donut yang berkacang. Sedap juga tau.
Royal Bangkit Cheese adalah biskut raya tradisional kuih bangkit berperisa cheese. Perghhh!! Melt in the mouth kawwww!
Aku dan anak-anak aku paling suka biskut raya Royal Bangkit Cheese ni lah. Beli sebalang Royal Bangkit Cheese ni terus habis makan dalam masa 3 hari.
Kena order lagi lah biskut raya Royal Raya Cookies ni. Aku rasa lepas ni aku nak order semua jenis kuih bangkit Royal Raya Cookies lah.
- Royal Bangkit Cheese
- Royal Bangkit Santan
- Royal Bangkit Gula Melaka
Kuih raya tradisional jugak yang paling sedap. Hehe!