Bismillah. Cikros di sini.
Robot Taekwon V kini ada di Malaysia! The first and the only one Robot Taekwon V in Malaysia lah ni. Wahhhh!

Robot Taekwon V adalah filem animasi arahan Kim Cheong-gi yang dilancarkan pada tahun 1976 dan mendapat sambutan hangat di Korea Selatan. Robot Taekwon V kemudiannya diperkenalkan di Amerika Syarikat sebagai Voltar the Invicible.
Filem animasi Robot Taekwon V menerima rawatan pemulihan digital sepenuhnya pada tahun 2005.
Tak kenal dan tahu tentang Robot Taekwon V? Samalah kita. Wahaha!
Actually aku baru tahu kewujudan Robot Taekwon V ni bila Sir Rizman tempah patung Robot Taekwon V ni dari Korea Selatan untuk dipamerkan di dalam kedai martial arts dia.
Aiyok! Seorang black belt holder Taekwondo tak kenal Robot Taekwon V yang merupakan super hero filem animasi yang sangat hebat dalam seni bela diri Taekwondo.
Pulak tu Robot Taekwon V lahir tahun 1976 just 2 tahun selepas aku lahir. Waduh!
Tapi kan… aku rasa pernah tengok cerita kartun Voltar the Invicible tu masa kecik dulu. Rasanya lah. Hehe!
Muzium Robot Taekwon V
Filem animasi Robot Taekwon V sangat popular di Korea Selatan sehinggakan patung-patung Robot Taekwon V ini boleh dilihat berada di sekitar bandar Seoul hari ini.
Oh ya! Robot Taekwon V siap ada dipamerkan muzium di Korea Selatan!
Muzium bertemakan animasi robot itu dibuka pada Oktober 2015. Of coz yang menjadi tarikan ialah patung Robot Taekwon V setinggi 13 meter.
Plot Cerita Animasi Robot Taekwon V
Kisah cerita Robot Taekwon V ni macam ni….
Seorang saintis gila bernama Prof Karp mahu menguasai dunia jadi dia menculik atlit ternama dunia untuk dijadikan tentera. Untuk membanteras kegiatan Prof Karp, Dr Kim mencipta Robot Taekwon V.
Anak Dr Kim, Kim Hoon yang merupakan juara Taekwondo memandu atau mengawal pergerakan Robot Taekwon V. Jadi Robot Taekwon V ini menjadi super hero yang sangat hebat Taekwondo!