Review PraSekolah KPM | Antara PASTI Atau PraSekolah, Kelebihan PraSekolah Kerajaan & Sukatan Pelajaran Prasekolah KPM

Bismillah. Cikros di sini.

Aku nak buat review kelebihan prasekolah KPM / kerajaan ni. Anak-anak aku Izzah pernah masuk prasekolah (2014) dan Irfan masih belajar di prasekolah kerajaan (2018), so aku rasa aku ada pengalaman lah tentang prasekolah ni kan.

Prasekolah KPM
Izzah Prasekolah 2014

Sebelum masuk prasekolah KPM ni, anak-anak pernah belajar kat tadika swasta. Izzah pernah belajar kat playschool Taska Fantasia Alam (TFA) dan Irfan pernah belajar kat tadika PASTI.

Prasekolah KPM
Irfa Prasekolah 2018

So best ke tidak hantar anak masuk prasekolah kerajaan ni? Bagi aku, memang lah best! Nak tahu sebabnya teruskan membaca. Hehe!

Antara PASTI dan Prasekolah

Irfan pernah belajar di PASTI semasa berumur 5 tahun (2017).  Sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam, PASTI sudah pasti lah menekankan aspek agama. Banyak amalan doa harian, hadis dan hafalan surah-surah lazim.

Murid-murid yang juga didedahkan untuk menjadi pemimpin. Biasanya murid yang berumur 6 tahun dan berkebolehan akan diberi peluang menjadi pembaca doa atau pengacara.

 

sekolah pasti pusat asuhan tunas islam 06

Sukatan pelajaran PASTI adalah selaras dan menggunakan buku-buku keluaran PASTI sendiri. Akua rasa buku-buku PASTI ini memang sangat berkualiti dan sesuai untuk pendidikan murid prasekolah.

Irfan sudah kenal ABC dan 123 sebelum masuk PASTI. Tapi dia belum pandai membaca.

Selepas setahun berada di tadika PASTI, Irfan tetap tak pandai membaca walau satu suku kata sekali pun. Surah lazim pun dia tidak hafal sangat. So omak rasa agak feeling meh di situ la.

Yuran kemasukan tadika PASTI bagi kami agak mahal juga tapi diusahakan untuk kepentingan anak. Bulanan kena bayar RM100. Merecik peluh juga nak membayarnya.

Irfan berjaya masuk Prasekolah KPM masa umur 6 tahun (2018). Alhamdulillah. Yuran kemasukan hanya RM100 dan tiada yuran bulan dikenakan.

Prasekolah KPM

Aku puas hati dengan Prasekolah sebab selepas 3 bulan di Prasekolah, Irfan sudah boleh membaca suku kata perkataan dengan baik sekali. Malah dia sudah boleh membaca ayat pendek dengan lancar.

Time anak sulung aku, Izzah dulu pun sama juga. Masuk prasekolah baru Izzah lancar membaca.

Aku beri kredit kepada Kaedah Membatang Suku Kata yang digunakan di Prasekolah. Bagi aku kaedah Membatang adalah lebih berkesan mengajar anak membaca dengan cepat berbanding dengan kaedah Phonics yang digunakan di PASTI / tadika swasta.

Antara Tadika Swasta dan Prasekolah

Anak aku tak pernah masuk tadika swasta. Tapi Izzah pernah masuk Taska Playschool (Taska Fantasia Alam – TFA) yang merupakan champion Playschool kat Malaysia ni kot.

Izzah kat TFA sejak umur 3-5 tahun. Kat TFA selain merupakan Taman Asuhan, ia juga adalah Playschool iaitu ada kelas mengikut tahap umur. Kat situ lebih menumpukan kepada PLAY so Izzah memang tak pandai membaca masa umur 5 tahun tu.

Yuran bulanan masa tu dalam RM450 sebulan which is agak mahal. Tapi masa tu aku kerja gaji banyak jugak lah dan masih mampu bayar walaupun setiap bulan merecik jugak peluh. Anak sorang tak pe lah. Haha!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Tadika swasta lain yang glamer dan yuran kebabooom mahal semua tu tu anak aku tak pernah masuk. Tapi aku nak share pengalaman kawan aku yang hantar anak dia ke Sm*** Re***.

Anak dia masa tu 5 tahun kot. Kat tadika budak memang ditekankan untuk pandai membaca cepat. Tapi balik rumah parents kena pastikan anak revised membaca.

Cara Mengajar Anak Belajar Membaca

Kawan aku ni kerja busy sangat so memang tak sempat lah nak go through bahan bacaan dengan anak dia kat rumah. Then, cikgu komplen cakap anak dia dah lupa baca. I mean LUPA BACA segala perkatan yang dia pernah pandai baca!

Nampak tak? Budak tu macam diajar MENGHAFAL bukannya diajar membaca kan?

Kalau dia tahu baca mana boleh dia lupa perkataan yang pernah dia baca. Tak something fishy di situ kan? Bayar mahal tapi diajar hafal sahaja. Huhu!

Tapi ini hanya pengalaman seorang kawan. Mungkin situasi tak sama dengan orang lain. Aku tak cakap tadika swasta tak bagus pun. Just nak share pengalaman kawan tu je. Hehe!

Kelebihan PraSekolah KPM

Kenapa aku suka anak-anak aku sekolah Prasekolah? Of coz sebab yuran free. Hehe.

Tapi yang paling utama ialah Prasekolah ni sukatan pelajaran ikut Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang lagi penting anak-anak aku cepat pandai membaca kat Prasekolah.

  • Tiada bayaran yuran bulanan. Semua percuma!
  • Guru berkelulusan Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan terlatih
  • Silibus pelajaran mengikut sukatan KPM. Bila masuk tahun 1 tiada kejutan berbanding budak tadika swasta
  • Kemudahan pembelajaran dan permainan yang lengkap
  • Persekitaran amat selesa
  • Latihan disiplin diterap setiap hari
  • Pengajaran & Pembelajaran mengikut tahap umur (5 tahun lebih banyak bermain, 6 tahun lebih banyak belajar)
  • Makanan percuma berkhasiat mengikut menu KPM
Prasekolah KPM
Izzah & Kawan-Kawan Prasekolah 2014

Aku suka persekitaran prasekolah kerajaan ni sebab setiap kelas murid hanya maksima 25 orang sahaja. Kelas pula luas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan pembelajaran. Alat bantu mengajar pun complete sangat. Omak memang puas hati.

Prasekolah KPM
Irfan 1st Day Prasekolah 2018

Kat sekolah anak aku ada 2 bangunan khas prasekolah. Setiap bangunan ada 2 kelas, 1 tempat penyediaan makanan (dapur), tandas dan PLAY GROUND sendiri yang dilengkapi buaian, jongkang-jongkit dan gelungsur.

Oh ya! Dalam kelas juga ada disediakan katil di satu sudut sebagai sick bay untuk kemudahan anak yang tiba-tiba tidak sihat.

Irfan pernah menggunakan katil sick bay ni semasa hari kedua bersekolah. Tiba-tiba dia demam dan muntah-muntah. So kena baring di katil sehingga aku datang ambik.

Sukatan Pelajaran Prasekolah KPM

Aku tak ada details sangat tentang sukatan pelajaran prasekolah KPM. Tapi aku nak share sini buku-buku prasekolah anak aku.

Prasekolah KPM

  • Bahasa Melayu – BAGUS
  • Bahasa Inggeris – BAGUS
  • Matematik Awal – BAGUS
  • Sains Awal – BAGUS
  • Kuasai Abjad – KALAM 1
  • Awal Membaca – KALAM 2
  • Mudah Membaca – KALAM 3

Anak aku gunakan buku KALAM tu untuk belajar membaca di prasekolah. So far so good!

Selain dari mata pelajaran teras di atas, kat prasekolah KPM juga diajar Pendidikan Islam, Kreativiti (Seni Visual & Muzik), Perkembangan Fizikal & Penjagaan Kesihatan.

Prasekolah KPM
Hari Graduasi Prasekolah Izzah 2014

Ada juga sukan tahunan, sesi lawatan ke tempat menarik dan majlis graduasi yang dijalankan bersama dengan majlis penyampaian hadiah pelajar tahun 1-6 di dewan sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *