Nampaknya koleksi boneka Monster High kepunyaan Izzah semakin bertambah. Memang bertuah dapat menyimpan koleksi patung Monster High yang unik dan comel tu.
Saya masa kecik dulu dapat main paper doll sahaja. Masa tu patung kertas sekeping lengkap dengan beberapa pasang baju berharga 10 sen. Mahal bagi saya.
Sebab tu saya banyak lukis sendiri je baju-baju paper doll saya…he he he.
So… Izzah kira bertuah sebab dapat bermain patung bersaiz besar macam Monster High ni.
Kalau dah puas main boleh simpan buat koleksi. Mana tau suatu hari nanti jadi collector item yang bernilai tinggi kannnnnn.
Kali ni Izzah dapat patung Monster High berwarna purple bernama Spectra Vondergeist.
Wah!! Purple memang warna yang saya suka. I love purple!
Bila dapat patung Monster High mesti saya dan Izzah seronok. Eh… maknya pun sama seronok? Rasa macam dapat hadiah beb…. Muahha haaaa!
Tengok saja lah kotak patung Monster High. Setiap patung Monster High diletakkan dalam kotak yang cantik dan menarik.
Saya simpan semua kotak Monster High dalam bilik study yang dah jadi bilik stor tewww… sayang nak buang.
Spectra Vondergeist yang berumur 16 tahun adalah anak kepada Ghosts.
So… sesuai dengan statusnya sebagai hantu… Spectra ni mestilah boleh terapung dan meresap menembusi dinding. Hantu mesti ada super power macam ni kannnn.
Apa kata Izzah tentang patung Monster High bernama Spectra Vondergeist ini?
Okey….
Saya nak review tentang patung Monster High dari siri Ghoul’s Alive bernama Spectra Vondergeist ini. Semua patung dalam siri Ghoul’s Alive boleh hidup kerana ada bateri.
Maksud saya…bukannya patung ni boleh hidup dan menghantui manusia tapi ada ciri-ciri macam bergerak, berbunyi atau menyala. Kira macam hantu hidup lah…ekekkeke.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Rambut & Muka
Spectra Vondergeist ada rambut panjang, lurus dan lembut berwarna ungu (periwinkle and pinkish purple highlights).
Matanya pulak biru dan bersinar seperti ais. Mata putihnya tak putih tapi warna ungu cair. Bibir of course lah kaler purple.
Memang kena sangat warna mata dan rambut Spectra dengan kulitnya yang pucat putih macam hantu tu. Eh… dia memang hantu pun…ekekeke.
Pakaian
Baju dan akesori patung Monster High Spectra Vondergeist ni memang sangat cantik. Kelihatan sangat mewah pada tubuh badan Spectra yang transparent tu.
Tengok kasut Spectra. Sangat unik.
Menariknya Monster High Spectra ni sebab dia boleh keluarkan bunyi kehantuan dan cahaya bersinar-sinar. Konon macam hantu betul lah…ekekee.
Tekan je butang kat perut Spectra ni dan keluarlah bunyi kehantuan (ghostly) sambil tangan dan kaki dia bercahaya ungu. Serius. Tak menakutkan.
Bunyi yang cahaya yang dikeluarkan ada lah dalam 3 saat macam tu. Tak lama. Unless.. anak terus je tekan butang tu berpanjangan.
Izzah suka sangat tekan butang kat perut patung Monster High Spectra tu. Seronok ada bunyi dan cahaya tu.
Monster High di Malaysia boleh didapati di semua kompleks beli belah dan Toys R Us seluruh negara.
Peminat patung Monster High Malaysia!! Maklumat lanjut tentang Monster High ghouls @ hantu-hantu comel Monster High ada di website: http://www.monsterhigh.com
assalam..nk tanya skit-kt mana sis li patong2 monster high?ank ppn sy umo 4y++ sgt obses nn patong2 nih..ari2 tgk utube emma apa tah..bdk ppn ni make up cara monster high…hehe….
harap dpt share web/link ato kedai yg ada jual monster high ni..dlm sogo ada bag n set color..kt giant ada laaaa 2@3eko patong nih..tu je sy dok jumpa..
@wawa, wsalam.. monster high ada banyak di Jusco Aeon; Parkson dan kedai mainan Toys r Us dan Hamleys.