Anak perempuan suka main anak patung? Biasalah tu. Girls will always be girls la kannn.
Izzah ni suka main bola sepak, Hot Wheels cars, Angry Birds dan macam-macam mainan budak lelaki. Tapi bila dapat anak patung tetap dia suka.
Terutama kalau anak patung Monster High. Terus ditinggalkannya mainan lain tau.. ekeekeee.
Minggu lepas saya dapat Monster High Doll bernama Frankie Stein dari Monsters High Original Favorite Doll Line.
Monster High Dolls ni ada banyak jenis koleksi yang mana setiap watak anak patung akan bergaya dengan pakaian dan aksesori berbeza dalam setiap tema.
Macam Clawdeen Wolf yang saya cerita pergi pantai tu adalah dari koleksi Scaris – City of Frights.
Maknanya… gaya fesyen anak-anak patung Monster High ni memang sangat banyak. Kalau yang memang tegar kumpul Monster High Dolls ni mesti dah penuh beberapa almari kot… ekeekeke.
Monster High Original Favorites Doll Line
Kali ni saya nak cerita pasal anak patung asal Monster High yang memang jadi kegemaran semua pengumpul Monster High Dolls.
Koleksi Monster High Original Favorites dolls iaitu Draculaura, Frankie Stein dan Clawdeen Wolf ni memakai pakaian asal (original outfits) semasa hari pertama mereka di sekolah.
Setiap anak patung dilengkapi dengan haiwan peliharan (pet), diary, berus rambut dan doll stand.
Mari kita tengok karakter setiap watak Monster High Dolls dari koleksi Original Favorites ni.
Draculaura – anak Count Dracula
Saya suka tengok Draculaura original ni. Gaya fesyen anak Dracula ni tak lah old-fashion macam ayah dia yang suka serba hitam tu.
Draculaura suka jugak warna hitam tapi dia lagi suka hitam yang diceriakan dengan warna pink. Kombinasi hitam dan pink memang sangat menarik!
Monster High Draculaura memang sangat trendy dengan sepasang baju hitam dan pink yang diceriakan dengan lengan dan stokin tinggi fishnet serta boot tinggi paras lutut.
Draculaura ni ada seekor kelawar bernama Count Fabulous yang dijadikan haiwan kesayangan.
Biasanya kalau Dracula mesti tak keluar siang sebab takut cahaya matahari kan? Tapi Draculaura ni selalu jugak jalan-jalan under the sun. Tak takut cair eh dia ni…ekekee.
Mestilah tak. Sebab dia ada payung!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Frankie Stein – anak Frankenstein
I love Frankie Stein!!
Tu Izzah yang kata… bukan saya…ekekeee.
Frankie Stein ni memang lain sikit dari patung Monster High yang lain. Badan dia ada kesan jahit!
Memang lah kan. Frankie Stein ni anak Frankenstein yang terhasil dari jahitan beberapa bahagian badan dan dihidupkan oleh renjatan elektrik. Like father like daughter lah kiranya ni.
Sebab tu Frankie Stein ni tak suka swimming. Tak boleh kena air sebab nanti dia kena short-circuit dan jadi weng weng…ekeekee
Frankie Stein berpakaian funky plaid mini dress dan studded belt serta sepasang kasut platform belang putih hitam yang matching dengan rambut dia tu.
Frankie Stein ni ada seekor anjing haiwan kesayangan bernama Watzit. Watzit ni comel dan stiched together daripada nuts and bolts.
Oh.. Frankie Stein juga ada hand bag yang curlassss tu.
Clawdeen Wolf – anak Werewolf
Saya suka rambut Clawdeen Wolf ni sebab lebat sangat. Boleh jadi model iklan syampu tu.
Gaya fesyen Clawdeen dalam koleksi Original Favorites ialah purple fur-collar jacket dengan baju bercorak harimau bintang terang. Sangat funky dipakai bersama striped peep toe boots dan handbag hitam.
Clawdeen ada seekor kucing bernama Crescent sebagai haiwan kesayangan.
Monster High Dolls Original Favorites – Frankie Stein
Izzah suka sangat dengan anak patung Monster High bernama Frankie Stein ni.
I love Frankie Stein!
I love Frankie Stein!
Asyik ulang ayat tu sejak dapat Frankie Stein tu… ekekeee.
Sini ada video Izzah bagi review pendek tentang Frankie Stein.
Saya ni blogger dan photographer.. bukan vlogger so tak berapa pandai rekod video. Editing video lagi lah out. So.. ini sahaja yang sempat rekod…raw tanpa ditapis-tapis… ekekee.
Saya pun suka tengok Frankie Stein Monster High Doll ni. Sangat unik. Sangat voltage!
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Frankie Stein.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Anak Frankenstein
Tak kenal Frankenstein? Mesti tak minat filem seram ni..heh heh
Frankenstein tu satu watak makhluk yang dicipta (dijahit sebenarnya) dari beberapa bahagian badan dan kemudian dihidupkan dengan renjatan elektrik. Frankie Stein ni anak perempuan Frankenstein tu lah.
Umur Frankie Stein ni baru 15 HARI sahaja. Muda belia lagi.
Rambut Lebat dan Cantik
Saya suka rambut Frankie Stein. Sebab panjang lurus dan berbelang putih hitam. Sangat senang nak sikat.
Kalau kita tengok rambut Frankie Stein ni bawah cahaya matahari… beberapa helaian rambut dia akan bertukar menjadi warna purple!
Mata Dua Warna
Perhatikan mata Frankie Stein tu. Mata dia berlainan warna iaitu biru dan hijau.
Menarik dan cantik macam mata kucing Siam pulak gitu…ekekeke
Kasut Platform
Tak sah kalau tak tengok kasut Monster High doll ni. Kasut Frankie Stein dari Original Favorites adalah kasut platform tinggi berbelang hitam putih.
Matching sangat dengan warna rambut Frankie Stein tu.
Kulit Hijau dan Kesan Jahitan
Frankie Stein ni warna kulit dia hijau lembut yang gebu dan langsung tidak menakutkan.
Muka, tangan dan kaki dia ada kesan jahitan atau Izzah kata “ada zip”…ekeekee
Jika ada anak perempuan apa kata hadiahkan dia patung Monster High ni.
Instead of just patung yang cantik tapi biasa-biasa je… lebih baik mereka bermain dengan Monster High Dolls ni.
Mesti banyak soalan yang akan ditanya tentang anak patung Monster High tu sebab mereka sangat unik.
Anak-anak boleh belajar sambil bermain.
Of course, mommies kena prepare untuk jawab soalan-soalan daripada anak. Mencabar juga tau…ekekee
- Mama… kenapa kulit Frankie Stein warna hijau?
- Mama.. kenapa ada ‘zip’ kat muka, tangan dan kaki dia?
- Mama.. kenapa Watzit ni pun ada ‘zip’?
- Mama.. kenapa mata Frankie Stein tak sama warna?
Kena lah saya kreatif untuk menjawab soalan-soalan Izzah pasal keunikan Frankie Stein ni.
Sambil menjawab boleh dikaitkan dengan realiti kehidupan sebenar kita sendiri juga.
Be yourself. Be unique. Be a monster.
Monster High Original Favorites ni boleh didapati di semua kompleks beli belah dan Toys R Us seluruh negara.
Harga setiap satu Monster High Doll ialah RM79.90.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut tentang Monster High ghouls @ hantu-hantu comel Monster High ada di website: visit http://www.monsterhigh.com
Ada pelbagai siri kartun episod mini, pengenalan kepada watak dan bimbingan kepada setiap gaya serta fesyen patung-patung Monster High di situ.
Cool monster doll!~