Review Patung Monster High Malaysia | Clawdeen Wolf Bersantai di Pantai

Kecik-kecik dulu saya hanya main paper doll @ patung kertas. Seronok saya dan adik melukis bermacam-macam fesyen baju daripada kertas. Pastu main dengan kawan-kawan kat bawah pokok. Nostalgia sungguh.

Masa tu memang tak mampu lah nak dapat patung Barbie yang cantik tu. Telan air liur je lah tengok.

Budak-budak kan mesti suka patung mainan yang comel, boleh tukar-tukar baju dan ada pelbagai aksesori macam Barbie tu kannnn. Izzah pun ada 3 patung Barbie ni. Over tau… mama dia dulu tak merasa pun….teeheeee.

Baru-baru ni saya dapat tau ada patung mainan baru di pasaran Malaysia.

Monster High dolls keluaran Mattel jugak. Teruja sungguh saya. Sebab Monster High dolls ni lagi best dengan macam-macam watak menarik dan penuh misteri.

Monster High Dolls

Actually, Monster High dolls ni dah lama berada di pasaran Amerika Syarikat sejak 2010 lagi. Tapi Monster High ni baru sampai kat Malaysia bulan September tahun lepas.

Monster High menjadi antara jenama terkenal dalam kalangan patung 12 inci di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Eropah.

Memang sangat comel dan menarik semua Monster High dolls ni. Suka sungguh saya tengok. Eh… ni anak yang nak main ke maknya… muahh…ha aha!

Walaupun patung Monster High ni berimej raksasa, hantu atau serigala tapi Monster High dolls ni tidak lah berwatak jahat.

Monster High Dolls

Luaran saja nampak daring tapi sebenarnya Monster High dolls ni adalah remaja sekolah yang sedikit luar biasa.

Being monsters, they all have their little quirks, flaws and imperfections – all of which reflects their monster heritage. Always fashionably fierce, the students at Monster High™ are fabulously flawed, drop dead gorgeous, trendy, edgy and sophisticated. Combine this with their unique monster-rific characteristics and personalities; they make a totally-clawsome bunch!

Watak drakula, frankenstein, werewolf dan mummy itu dizahirkan semula dengan watak positif sebagai karakter anak mereka.

  • Frankie Stein – anak Frankenstein
  • Draculaura – anak Dracula
  • Clawdeen Wolf – anak Werewolf
  • Ghoulia Yelps – anak Zombi
  • Lagoona Blue – anak Sea Monster dan banyak lagi.

Mesej yang hendak disampaikan oleh Monster High adalah:

Bukan semua imej yang buruk sebenarnya jahat.

Tepat sekali. Kita mana boleh menilai peribadi orang melalui luaran sahaja. Tak kenal maka tak cinta kannnn.

Scaris: City of Frights Monster High™ Toy Collection – Limited Edition

Terbaru. Clawdeen Wolf dapat peluang untuk masuk peraduan mereka-cipta fesyen dimana pemenangnya akan dapat menjadi anak didik @ apprentice pereka terkenal iaitu Moanatella Ghostier. Clawdeen bawa semua ghoul friends dia bersama-sama ke Scaris the City of Frights.

Di Scaris, Clawdeen Wolf berkenalan dengan pesaingnya iaitu Skelita Calaveras and Jinafire Long.

Berita baik untuk peminat Monster High Dolls!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Monster High Dolls

Koleksi Monster High Dolls terbaru – Scaris: City of Frights edisi terhad ni sudah boleh didapati di Malaysia.

Setiap patung Monster High dalam koleksi deluxe Scaris ni memakai travel outfit baru lengkap dengan barang kemas dan “rolling” suitcase dan travel journal or sketchbook untuk catat travelogue mereka. Set juga termasuk hair brush dan doll stand untuk posing bagi ambik gambar.

Saya suka… saya suka.. saya suka!!

Tu Izzah yang kata…teeeheeee!

Harga setiap satu set deluxe dolls koleksi terhad Scaris Monster High ni ialah RM79.90. Terdapat juga set basic dolls edisi Scaris yang berharga RM59.90.

Senarai Deluxe Dolls – Monster High Scaris: City of Frights limited edition

  • Clawdeen Wolf
  • Rochelle Goyle
  • Frankie Stein
  • Jinafire Long
  • Skelita Calaveras

Senarai Basic Dolls – Monster High Scaris: City of Frights limited edition

  • Draculaura
  • Abbey Bominable
  • Ghoulia Yelps
  • Deuce Gorgon

Ada dua aksesori tambahan untuk koleksi Scaris ini iaitu kereta @ coupe dan cafe yang berharga RM109.90 setiap satu.

Boleh beli di Toys r Us. Kat online pun ada di Lazada.com.my.

Monster High Doll Scaris: City of Frights – Clawdeen Wolf

Saya dapat patung Monster High limited edition untuk Scaris City of Frights bernama Clawdeen Wolf ni bersama dengan sebuah kereta @ purple coupe. Erk.. kereta mainan je lah. Warna purple my favorite kaler maah. I like!

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Tapi… bukan untuk saya lah *frust*… Clawdeen Wolf ni untuk Izzah main.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Still saya boleh main sama-sama dengan Izzah kannnn…. tak best kan Izzah main sorang-sorang… teeheeee!

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Berikut adalah beberapa perkara menarik tentang Clawdeen Wolf.

Anak Serigala Jadian

Clawdeen Wolf ni anak serigala jadian yang bernama Werewolf tu. Kalau suka tengok cerita seram mesti tahu siapa Werewolf ni kannnn.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Clawdeen Wolf datang dari keluarga yang besar. Ye lah.. serigala kan banyak sedara mara. So.. dia mesti nak stand out from the pack.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Umur Clawdeen Wolf ni baru 15 tahun. Sweet 15 je baru. Tapi… taste fesyen dia.. OMG.. hebat!

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Sebagai serigala jadian sudah tentu lah dia ada pointy wolf ears, white fangs dan sharp claws.

Rambut Sangat Lebat dan Cantik

Saya suka rambut dia yang sangat lebat dan tebal.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Izzah pun bukan main seronok dapat sikat rambut Clawdeen Wolf tu.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Jeles pulak tengok rambut Clawdeen Wolf. Maklum lah.. saya ni tengah alami masalah rambut gugur akibat perubahan hormon lepas bersalin.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Kalau dapat rambut lebat macam Clawdeen Wolf tu mesti tak muat masuk tudung saya ni kot….teeheeee!

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Baby Irfan pun macam geram je tengok Izzah main dengan Monster High doll tu. Pandang dari jauh je la dik ye..cepat-cepat la merangkak laju.. baru boleh kacau kakak…ngeeee.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Segalanya Keemasan

Clawdeen Wolf suka sangat dengan warna keemasan (gold color).

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Tak hairan sebab mata dia pun golden color yang sangat memukau. Memang matching sangat warna mata dengan kulitnya yang coklat dan rambut auburn brown dia tu.

Scary-cool Travel Outfit

Pakaian dan perhiasan Clawdeen Wolf ni semasa ke Scaris memang sangat menarik. Sudah tentu banyak aksesori berwarna keemasan yang dipakai. Dia kan suka gold color maaaah.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Look at her golden shoes!! Tinggi berapa inci ntah kasut Clawdeen Wolf ni…teeheee!

Belt pun sangat unik dan sesuai dengan imej dia sebagai Clawdeen Wolf.

Clawdeen Wolf Bersantai di Pantai Batu Buruk

Wah!!! Biar betul si Clawdeen Wolf ni. Kata nak ke Scaris: City of Frights. Macam mana boleh tersinggah kat Pantai Batu Buruk Terengganu pulak ni.

Jauhnya melencong….ha haha.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Kami satu famili ke Terengganu seminggu lepas.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

So… Clawdeen Wolf ni pun ikut sekali lah. Dia tumpang kami lah sebab tak biasa kat Malaysia ni…teeeheeee!

Bagus juga ada Clawdeen Wolf ni.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Tak lah si Izzah boring duduk dalam kereta lama-lama. Perjalanan dari Klang ke Terengganu tu makan masa lebih 6 jam tau.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Clawdeen Wolf ni lah jadi kawan Izzah masa on the way ke Terengganu tu.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Kami bermalam di Batu Buruk Beach Resort sebab dekat dengan pantai. Clawdeen Wolf pun nak bersiar-siar tepi pantai jugak. Nature lover jugak serigala jadian ni…ngeeee.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Tak boleh tinggal dia punya kereta purple dan rolling suit case tu.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Macam rusa masuk kampung pulak di Clawdeen Wolf ni. Pergi pantai pun nak pakai high heels warna emas dia tu jugak.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Izzah memang seronok main dengan Clawdeen Wolf di atas pasir yang putih bersih tu.

Monster High - Clawdeen Wolf

Angin tepi pantai kan kuat so mengerbang macam pontianak lah rambut Clawdeen Wolf yang lebat tu. Nasib baik ada bawak sikat dia sekali. Boleh Izzah tolong betulkan rambut dia yang warna coklat dengan sedikit purple tu.

Monster High Dolls - Clawdeen Wolf

Fashionista Clawdeen Wolf tu mestilah tak lepas peluang berposing dengan kereta purple dia tu kat tepi pantai.

Monster High - Clawdeen Wolf

Rolling suitcase tu boleh buka dan isi barang kecik dalamnya. Handle rolling suitcase tu juga boleh laras.

Kereta purple tu pulak ada compartment kat belakang yang boleh di buka. Senang nak letak sikat atau kasut Clawdeen Wolf dalam tu.

Monster High - Clawdeen Wolf

Saya rasa Monster High dolls ni bagus juga sebagai permainanan kanak-kanak. Mereka bukan sahaja bermain dengan fesyen yang cantik tapi jugak belajar tentang pentingnya menerima kekurangan orang lain seadanya.

Sesuai la tu dengan tagline Monster High iaitu: Be yourself. Be unique. Be a monster.

Setiap Monster High doll ada “freaky flaw” yang setiap watak tu kena terima. Hidup kena diteruskan so kena jadikan kekurangan tu satu kelebihan. So very true!

Monster High - Clawdeen Wolf

Macam Clawdeen Wolf ni kekurangan dia bab rambut dia lah. Macam tak percaya pulak ia satu flaw. Saya nampak cantik je.. teeheee!

Tapi actually since dia ni serigala jadian… her hair bukan sahaja tumbuh kat kepala tapi kat kaki jugak. Terpaksa dia cukur all the time tapi itu tidak jadikan dia down. Dia siap masuk fashion design competition tu kannnn.

Monster High - Clawdeen Wolf

Perghh. Panjang betul saya cerita pasal Monster High dolls ni. Tunggu next doll pulak…yeay!

Video dan Maklumat Lanjut

Tonton video Monster High ghouls bersiar-siar di Kuala Lumpur semasa dalam perjalanan ke Scaris™ The City of Frights™.

Maklumat lanjut tentang Monster High ghouls @ hantu-hantu comel Monster High ada di website: visit www.monsterhigh.com.

Ada pelbagai siri kartun episod mini, pengenalan kepada watak dan bimbingan kepada setiap gaya serta fesyen patung-patung Monster High di situ.

1 Comment

  • Hi…tertarik sgt ngan review ni…saya pun collector mh…nak Tanya pernah beli mh ni kat lazada?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *