Anak minat patung mainan Monster High?
Monster High dolls memang semuanya unik dan menarik. Sangat berbaloi untuk dijadikan mainan dan koleksi anak-anak.
Tapi kalau anak dapat cipta dan hias sendiri patung Monster High mengikut kreativiti mereka sendiri, mesti lagi best, kan?
Berita baik!
Monster High Create-A-Monster Color Me Creepy Starter Pack kini berada di pasaran Malaysia.
Banyak aksesori berwarna-warni. Boleh tukar-tukar kaler pulak tu.
Mak yang semangat lebih dari anak…ekekeke.
Ada dua pilihan Monster High Color Me Creepy Starter Pack ni:
- Werewolf
- Sea Monster
Kedua-duanya ada Add-On Pack yang boleh menambah daya kreativiti anak dalam mencipta dan menghias Monster High Doll kesukaan mereka.
Set Monster High Create-A-Monster Color Me Creepy ni ada kasut, baju, rambut palsu lembik (squishy wig), telinga yang boleh dicabut, satu red friction stylus, satu blue ice stylus dan hiasan untuk kaki dan tangan.
Izzah dapat set Werewolf Color Me Creepy Starter Pack dan juga Add-On Accessory Pack.
Seronoknya!
Macam promoter pulak si Izzah ni..ekekeke.
Monster High Create-A-Monster Color Me Creepy ni dibuat dengan bahan yang boleh bertukar warna mengikut suhu. Anak boleh cipta dan padam hiasan pada badan patung dengan gunakan ice stylus dan friction stylus yang berfungsi macam pen.
Sangat mudah dan ada beratus-ratus kemungkinan hiasan yang boleh anak cipta.
Caranya?
Letakkan air dalam stylus biru dan simpan dalam freezer selama beberapa jam sebelum digunakan. Lama pulak nak tunggu tu. Budak mana lah yang sesabar itu…ha ha ha.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
So… kalau rasa macam tak sabar tu boleh je letak stylus biru tu dalam mangkuk berisi ais.
Bila stylus biru dah sejuk boleh gunakan untuk tukarkan warna kulit patung Werewolf tu dari pink kepada warna oren.
Lepas tu… gunakan pulak red friction stylus untuk mula menghias apa saja corak yang anak suka.
Kalau rasa design yang dibuat comot dan tak comel… gunakan blue stylus tu untuk padam.
Izzah memang suka lah kalau dapat lukis-lukis pada patung Monster High tu.
Saya pulak suka tengok kasut-kasut Monster High Dolls tu. Menarik beb…masa kecik dulu tak dapat mainan canggih macam ni.
So.. tumpang main sama dengan anak lah…ekekkee.
Monster High Creat-A-Monster Color Me Creepy Starter Pack dan Add-On Accessory Pack ini boleh didapati di semua kompleks beli belah dan Toys R Us seluruh negara.
Harga Starter Pack ialah RM109.90 manakala harga Add-On Pack ialah RM59.90.
Peminat patung Monster High Malaysia!! Maklumat lanjut tentang Monster High ghouls @ hantu-hantu comel Monster High ada di website: lawati http://www.monsterhigh.com