Review Kuih Mochi Omnomnom | Kuih Mochi Halal Online Dengan Pelbagai Pilihan Perisa Mochi

Bismillah. Cikros di sini.

Hari tu masa awal tahun, dessert negara Jepun iaitu KUIH MOCHI ni agak viral di Facebook. Setiap hari lalu-lalang gambar kuih mochi Omnomnom ni tau.

Kuih Mochi Omnomnom Halal Online

Mana tak meleleh air liur omak ni hah. Menceceh sampai ke dagu. Wahaha!

Tapi sebab harga kuih mochi Omnomnom ni agak mahal bagi omak. So hasrat nak merasa makan kuih mochi Omnomnom tu aku simpan ketat-ketat dalam hati. Syahdu pulak omak. Huhu!

So mochi tu apa? Kuih mochi ni macam kuih koci la. Cuma kuih mochi ni asal dari Jepun.

Kuih Mochi Omnomnom Halal Online

Ada kemungkinan tak masa Jepun menjajah negara kita ni, mereka perkenalkan kuih mochi ni? Pastu orang kita pun ubahsuai kuih mochi ikut selera tempatan.

Kuih Mochi Omnomnom Halal Online

So kuih mochi jadi kuih koci. Bunyi nama pun dah hampir sama tu kan… mochi koci. Boleh terima tak teori asal usul kuih koci ni. Hehe!

Apa Beza Kuih Koci Dengan Kuih Mochi?

Aku rasa ada beberapa perbezaan antara kuih koci Malaysia dan kuih mochi Jepun.

  • Kuih koci inti kelapa + gula merah ; kuih mochi inti pelbagai perisa (kacang merah, coklat, pandan, durian, matcha adzuki, peanut, etc)
  • Kuih koci dibalut dengan daun pisang; kuih mochi hanya disaluti tepung katakuriko
  • Kuih koci murah; kuih mochi mahal ya ampun…. seketul kecil cecah RM2.. hahaha!

Kuih Mochi Omnomnom Halal Online

Kuih Mochi Omnomnom Halal Kah?

Jangan risau. Kuih mochi Omnomnom ni ada pengesahan halal JAKIM. So boleh makan tanpa was-was.

Kuih Mochi Omnomnom Halal Online

Apa yang best sangat kuih mochi Omnomnom ni? Antara keistimewaan kuih mochi Omnomnom ialah:

  • Organic paste | Natural coloring | Gluten free
  • TIADA gula putih | Non-dairy kecuali chocolate
  • HALAL Malaysia & Jepun
  • Raw material import dari Hokkaido Jepun
  • No preservative | Ready-to-eat
  • Tahan 1 tahun dalam freezer
  • 10pcs/pack

Kuih mochi Omnomnom ni bukan dibuat di Jepun tapi dibuat di Malaysia. Hanya bahan mentah sahaja diimport dari Jepun. So kuih mochi ni fresh dan terjamin kualiti.

Cara Makan Kuih Mochi

Kuih mochi ni boleh dimakan macam tu sahaja. Nak goreng dan makan dengan aiskrim pun boleh. Nak masukkan kuih mochi dalam bubur pulut hitam pun boleh tau.

Kuih Mochi Omnomnom Halal Online

Apa Rasa Kuih Mochi Omnomnom?

Alhamdulillah. Masa bulan 2 aku ada rezeki lebih so dapat lah beli kuih mochi omnomnom ni untuk santapan seisi keluarga.

Kuih Mochi Omnomnom Halal Online

Harga kuih mochi Omnomnom ni berbeza ikut perisa inti.

Aku beli 3 jenis perisa inti kuih mochi ni iaitu mochi red bean, mochi godiva chocolate dan of coz, mochi durian! Terbang RM75 untuk merasa makan kuih mochi ni.

So apa rasa kuih mochi Omnomnom ni? Sedap ke?

Hmmmmmmm. Amboi panjang benar hmmm nya tu. Haha!

Aku rasa not bad lah rasa kuih mochi Omnomnom ni. Memang ada rasa kuih koci cuma inti berbeza.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Satu pek tu ada 10 biji kuih mochi. Sekali ngap habis satu pek dikerjakan anak-anak aku.

Kuih Mochi Omnomnom Halal Online

Aku paling suka kuih mochi perisa Godiva Chocolate tu. Aku kan hantu coklat so of coz lah aku suka yang inti coklat. Best sangat sebab filling kuih mochi ni seketul coklat godiva yang pure tau. Heaven rasa. Haha!

 

Kuih Mochi Omnomnom Halal Online

Kuih mochi inti durian tu bagi aku tak best sangat. Sebab inti durian tu not really 100% isi durian. Macam ada mixed with some kind of tepung kot. Bau durian tu ada tapi rasa durian tu macam tak melekat kat lidah omak ni. Tak reti pulak aku nak explain.

Tapi anak-anak suka suka je makan mochi durian tu. Mereka cakap sedap. Hehe!

Kuih Mochi Omnomnom Halal Online

Kuih mochi inti red bean tu pulak aku rasa terlalu manis. Aku ni tak suka benda manis ni. Bila makan benda terlalu manis kepala aku cepat rasa pening.

Macam badan aku bagi amaran jangan teruskan makan sebab tu pening kepala. Terer pulak badan ada signal macam ni. Wahaha!

So yang habiskan most kuih mochi red bean tu of coz anak-anak dan suami aku. Amboi. Suka betul mereka makan kuih mochi ye.

Agaknya kalau aku beli kuih mochi yang ais krim tu mahu tak sampai seminit habis dikerjakan anak-anak aku. Omak kena beli sorok-sorok ni. Kedekut punya omak. Mahal tu weh. Wahaha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *