Bismillah. Cikros di sini.
Iron Philips Amway terbaru 2018 tu memang super duper awesome lah. Harga pun super duper mahal jugak. Kena menabung setahun demi seketul iron!
Aku ni jenis iron baju seminggu sekali. So, bayangkan setinggi gunung Everest longgokan baju aku nak kena iron tiap-tiap minggu. Merecik peluh dari atas ke bawah. Macam air terjun sudah. Haha!
Masa guna iron biasa, aku ambik masa ada kalanya sampai 3 jam plus untuk iron semua baju sekolah anak-anak aku + baju jalan-jalan kami sekeluarga.
Nasib lah aku tak kerja so selamat tak payah iron baju kerja. Kalau tak boleh kurus sebab marathon iron baju. Wahaha!
Iron Philips Amway terbaru 2018 Philips PerfectCare Performer Steam Generator Iron GC8755 ni memang penyelamat peluh aku dari membanjirkan rumah. Masa menggosok baju aku sekarang hanya 1 jam sahaja!
So meh aku share sini tips cara guna dan cara belai iron Philips Amway model baru 2018 ni. Belai jangan tak belai. Mahal weh. Hehe!
Iron Board Iron Philips Amway
Salah satu sebab aku beli iron Philips Amway ni ialah dapat FREE iron board yang besar gedabak ni. Iron board ni memang ekslusif dan tidak dijual berasingan.
Katanya nilai iron board ni pun dalam RM500. Perghhh. Mimpilah nak belanja RM500 semata nak beli seketul iron board. Wahaha!
Iron board ni tak muat kalau masuk kereta Sedan biasa. Nasib baik lah aku beli direct online dengan Amway dan mereka terus hantar ke rumah naik lori.
Tak leh imagine bawak iron board tu naik kereta sendiri. Kat boot belakang confirmed tak muat. Kena baringkan passenger seat baru muat kot. Memang giler besar dan panjang.
Kalau letak iron board biasa sebelah iron board Philips Amway ni, sure nampak iron board biasa macam tak cukup makan. Kecik dan kurus. Wahaha!
Memang aku puas hati sangat menyeterika baju atas iron board besar ni. Tapi…………. eh ada tapi pulak!
Tapi pelapik atau iron board cover tu macam tak menarik warna dia kan? Nipis pulak tu span dia. Dapat free pun mau komplen. Haha!
No worries. Banyak seller yang jual cover iron board Philips Amway ni. Macam-macam corak dan warna menarik. Siap ada set cover iron + cover wayar iron sekali. Menarik.
Aku tak beli sebab aku plan nak jahit sendiri cover untuk iron board dan cover wayar iron Philips Amway aku tu. Banyak kain cantik kat rumah aku ni. Tunggu aku rajin je. Buat masa sekarang ni omak malas. Wahaha!
Cara Guna Iron Philips Amway
Sebelum guna mesti lah kena ISI AIR dalam tangki iron tu. Tangki iron Philips Amway ni besar boleh muat 1.8 L air. So tak payah nak isi air banyak kali.
Masa tengah iron kalau air dah jatuh paras minima, boleh cabut tangki tu dan isikan air lagi.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Disarankan guna AIR BERTAPIS untuk isi dalam tangki iron Philips Amway ni. Ewah? Manja pulak iron ni nak air bertapis pulak. Haha!
Actually ada sebabnya disaran guna air bertapis @ filtered water. Sebab boleh mengurangkan keladak & karat dari air terkumpul dalam iron seterusnya mengurangkan kekerapan kena decalc @ bersihkan iron.
Selepas isi air, kena TEKAN BUTANG ON kat tengah tu. Dalam 2 minit akan ada bunyi teet teet menandakan dah boleh start iron. Butang tengah tu WARNA BIRU untuk fungsi steam iron yang normal.
Kalau rasa wap air tak cukup besar, boleh tekan butang tengah tu lama sikit untuk keluar fungsi TURBO. Butang tengah jadi WARNA PUTIH kalau fungsi turbo ni.
Cara Bersihkan @ Decalc Iron Philips Amway
Pengalaman aku kan. Masa mula-mula guna iron Philips Amway ni aku guna air paip je. External filter kat luar rumah aku dah lama expired so air paip tu memang tak bertapis lah.
So selepas 3 kali guna iron maka butang DECALC tu pun bising berbunyi teett teettt mintak dibersihkan iron. So far dah 2 kali aku kena decalc iron tu. Baru pakai 6 kali dah kena decalc 2 kali. Huhu!
Aku baru tau yang lebih elok guna air bertapis untuk iron Philips Amway ni. So selepas tu aku pun guna air COWAY untuk iron baju. So far belum kena decalc lagi since guna air Coway ni.
Kenapa kena bersihkan atau DECALC iron Philips Amway ni?
Air paip biasa tak bertapis ni mengandungi banyak kotoran. Ada pasir halus, keladak, karat dan macam-macam lah.
So ini boleh menyebabkan wujudnya kotoran atau “calc / scale” dalam iron tu. Kalau tak dibersihkan, kotoran yang terkumpul dalam iron akan keluar bersama wap semasa menggosok baju. Tak pasal-pasal melekat kotoran/karat pada baju tu nanti!
Bila nak bersihkan @ decalc iron Philips Amway ni?
Sebaik sahaja butang EASY DE-CALC tu menyala berkelip-kelip dan berbunyi bising tak henti-henti, kena stop iron sekejap dan buat proses decalc ni. Tak lama hanya beberapa minit.
Cara decalc pun mudah. Pastikan air penuh dalam tangki. Letak iron atas bekas decalc dan tekan butang decalc selama beberapa saat.

Pastu jauhkan diri dari iron sebab proses decalc ni akan mengeluarkan wap yang sangat banyak.
Iron Pintar Yang Best
Aku suka iron Philips Amway ni sebab dia jenis SMART IRON yang boleh detect jenis kain dan sesuaikan suhu iron dengan automatik. Tak perlu pulas tombol macam iron biasa tu.
So tak payah risau baju berlubang atau tudung mahal hangus sebab iron Philips Amway ni dijamin tidak berlaku kejadian sebegitu.
Malah iron ni boleh OFF SENDIRI in case terlupa tutup suis atau ada hal masa tengah syok menggosok tu contoh nak attend anak menangis atau jawab panggilan telefon. Jika iron ni kesan tiada pergerakan dalam masa 10 minit dia akan automatik off sendiri.
Best ke best? Mestilah super duper best!
Nak tanya akak hehe, kalau nak guna iron ni everytime nak gosok tu kena selalu tekan button dia tu lah? Bukan kena tekan sekali je awal awal eh?
Butang on tu sekali je tekan. Kalau nak guna function steam tu kena sentiasa tekan butang yang kat pemegang iron tu batu keluar wap.
sis berapa ya harga ahli amway?
berapa caj postage jika beli iron ni dgn amway?
hrg ahli dlm RM1300+.. free postage
Salam sis, lepas guna iron ni pernah tak basah lencun lantai bilik? Sy guna model yg sama dgn sis. Tp bila iron kadang2 lantai basah walaupun tak guna mode boost. Ke iron sy yg problem? Masa iron dlm stgh jam bilik dah macam sauna. Sis pernah kena macam ni x?
Tak pernah pulak jadi macam tu.
sy pon bru jer guna iron ni,sama lah mcm yg saya perasan bile guna iron nih span yg kt iron box tu akan jadi basah…normal ker mcm tu?