Review Iron Philips Amway | Kelebihan Iron Amway Terbaru 2018 – Philips PerfectCare Performer Steam Generator Iron GC8755

Bismillah. Cikros di sini.

Aku ni dah guna macam-macam jenis steam iron. Dari seterika steam kecik Steam Q Iron Go Shop tu…. hinggalah seterika steam besar gedabak Tefal Garment Steamer tu.

Tapi still aku tak puas hati dengan Steam Q Iron Go Shop sebab steam dia tak power pun. Kecik sangat tak puas menggosok. Nak iron satu baju ambik masa betul.

Tefal Garment Steamer tu aku tak suka guna sebab susah nak iron baju anak-anak aku yang kecik-kecik tu. Makin makan banyak masa ada lah. Pastu sakit jiwa omak weh nak iron lipatan kain baju sekolah dengan gaya tergantung!

So aku kembali gunakan steam iron biasa je. Makan masa nak siap iron tapi at least tak sakit hati macam masa guna Steam Q Iron atau Tefal Garment Steamer.  Huhu!

Memang memenatkan kena iron baju berjam-jam. Kadang-kadang rasa nak nangis pun ye. Penat duh! Haha!

Sebab tu aku simpan angan-angan nak beli iron Philips Amway tu. Tapi harga dia ya ampunnnnnnnn. Kena menabung setahun!

Iron Philips Amway PerfectCare Steam Generator

Memang harga iron Philips Amway tu mahal kebaboomm. Sesuai lah harga dengan ciri-ciri best yang ada pada iron Amway tu.

Ada hikmahnya aku tak beli iron Philips Amways tahun lepas. Sebab Amway ada lancarkan iron Philips PerfectCare model baru April 2018. Features dia of coz lagi best dari iron Amway model lama tu.

Kelebihan Iron Philips PerfectCare Amway Terbaru 2018

Perghhh! Iron Philips Amway terbaru 2018 (Model GC8755) ni memang mengancam habis. Black and gold color mahhh.

Macam biasa bila beli iron Philips Amway ni akan dapat FREE iron board sebesar kapal angkasa. Serius best dan sangat puas hati iron baju guna iron board berharga hampir RM500 ni tau. Kerja-kerja menggosok jadi heaven gitu. Wa hahaha!

Iron Philips Amway PerfectCare Steam Generator

Antara ciri-ciri iron Amway Philips PerfectCare Performer Steam Generator Iron GC8755 ialah:

  • Dijamin tidak meninggalkan kesan terbakar pada semua pakaian yang boleh diseterika.
  • Smart Calc-Clean, fungsi penyahkerakan dan pembersihan bersepadu melindungi seterika.
  • Kunci pembawa pintar bersepadu untuk keselamatan dan mengangkut lebih mudah dengan sebelah tangan.
  • Stim sedia digunakan dalam masa 2 minit dan boleh diisi semula pada bila-bila masa semasa menyeterika.
  • Fungsi keselamatan automatik untuk penjimatan tenaga.

Kelebihan Iron Philips Amway Model 2018 Berbanding Model Lama

Memang banyak yang super best tentang iron Philips Amway terbaru 2018 berbanding dengan iron Philips Amway model sebelumnya.

  • Tank boleh dibuka dan mudah alih so nak isi air cepat dan senang.
  • Lebih ringan so tak penat tangan. Iron 100 helai baju pun no hal. Ewah!
  • Cara decalc (pembersihan) lebih senang. Letak iron dalam bekas decalc dan tekan butang decalc. Settled!
  • Capacity tank 1.8L so tak payah lah kena refill air puluh2 kali. Hehe!
  • Pressure lebih tinggi 6.5bar
  • Steam boost up to 450g
  • Tiada bunyi bising, comel pulak tu.
  • Tiada tombol sebab ini iron pintar boleh detect jenis kain dan laras suhu sendiri. No need to pulas tombol anymore.

Iron Philips Amway PerfectCare Steam Generator

Harga Iron Philips Amway ni mahal? Yeah. Memang harga iron Amway ni mahal. Harga runcit RM1600. Perghhh!

Tapi mahal pun orang berebut nak beli iron Philips Amway ni. Sebab iron Amway ni memang hebat.

Nak beli iron Philips Amway harga murah? Mudah je. Jadi ahli Amway. Dapat ler beli iron Philips Amway harga murah hanya RM1300 sahaja. Jimat banyak ratus dan nanti dapat bonus pulak tu dari belian.

* AKU TAK JUAL IRON PHILIPS AMWAY NI. I AM A USER ONLY!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *