Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].
Aku dan famili ke Pulau Pinang pada 21/1/2017. Sebab aku nak naik stage ambik 4 awards kat majlis Malaysia Websites Awards 2016 di Wisma Yeap Chor Ee, Penang.
Wisma Yeap Chor Ee tu letaknya kat Georgetown. Bandar yang padat dengan kawasan perumahan.
Ada banyak hotel kat area Georgetown Penang tu. Tapi tak ada satu pun yang aku berkenan.
Ada seketul dua je hotel kat Georgetown yang ada family room. Tapi permandangan sekeliling buruk. Dari bilik yang nampak nampak atap rumah orang. Memang tepi kawasan perumahan teres. Omak rejected!
Masalah permandangan maybe boleh tolak tepi. Masalah lagi besar parking tak cukup pulak!
Event aku tu habis pukul 10 malam. Balik hotel dah penat tak ada parking kat hotel. Kena parking kat tepi jalan. Mau mengamuk laling aku tu. Hak hak hak!
Hotel Sentral Seaview Penang – Hotel Tepi Laut
Terpaksa lah aku cari hotel kat area lain. Jauh sikit tak apa. Asal parking no problem.
Aku sewa Hotel Sentral Seaview Penang kat Tanjung Bungah. Kira-kira 20 minit driving lah dari hotel ke Georgetown.
Sebab utama aku pilih Hotel Sentral Seaview Penang ialah:
- Ada family room ( 2 bilik – satu king bed dan dua singles)
- Parking basement cukup (based on review)
- Ada swimming pool
- Permandangan tepi laut yang sangat cantik!
Hotel Sentral Seaview Penang ni letaknya kat tepi laut. Bilik family room aku tu memang full sea view lah. Sejuk mata bila tengok laut.
Kat bilik master ada katil king dan TV. Boleh nampak permandangan laut juga dari beranda bilik.
Bilik satu lagi ada 2 katil single. Tapi sini tak ada TV.
Kat tengah ada ruang famili. Ada sofa dan TV at situ. Serta boleh tengok laut di beranda.
Kolam Renang Hotel Sentral Seaview Penang
Swimming pool hotel ni ada kat sebelah restoran. Memang tepi laut. Nice view.
Sambil berenang boleh nikmati permandangan laut juga. Hehe!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Anak-anak dan laling je yang pergi main kolam. Aku dan Dina malas. Baring lagi best. Hak hak hak!
Review Aku Tentang Hotel Sentral Seaview Penang
Tadi aku dah cerita benda-benda yang best kat Hotel Sentral Seaview Penang ni. Sekarang nak story benda yang kurang best.
Parking Tak Cukup
Parking memang kat basement hotel. Tapi ada satu level sahaja. Maybe sebab tepi laut tak boleh gali basement dalam kan.
Masa aku checked-in banyak parking. Masa aku balik hotel pukul 11 malam pun masih ada parking. Nasib baik!
Tapi esok paginya aku tengok parking full. Hingga ada yang parking tepi ramp nak masuk parking tu.
Tiada Lif Dari Parking ke Lobi
Hanya ada tangga untuk naik dari parking basement ke lobi hotel. Macam mana nak angkut beg yang setimbun tu?
Hmmm. Korang boleh campak dulu beg kat depan pintu lobi sebelum pergi parking.
Tapi kalau dah parking dulu macam kami? Terpaksa tarik beg naik ramp @ jalan masuk ke basement tu. Boleh kurus beb. Hehe!
Masa nak check out pun sama. Kena tarik beg turun ramp ke basement pulak. Peluh-peluh laling aku!
Breakfast Spread Tak Menarik
Sarapan pagi kat Hotel Sentral Seaview ni bagi aku tak best. Limited choice sangat.
Kena denda bayar duit kalau ambik makanan tapi tak makan habis. Omak is feeling meh!
Aku rasa nak ambik makanan pun macam takut. Ye lah. Anak-anak aku tu kalau makanan tak sedap memang tak kan habis punya lah.
Karang sia-sia kena denda. Tak kosa aku.Hak hak hak!
Ada jugak hotel kedekut macam ni. Dah lah sikit choice. Tak berapa sedap. Tak habis makan kena denda pulak tu. Omak dislike!
Hotel Sentral Seaview Penang ni dari segi lokasi bagus bagi aku. Tapi fasiliti untuk family dan breakfast kurang best.
Kalau nak duduk berdua suami isteri aku rasa perfect sangat hotel ni.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.