Bismillah. Cikros di sini.
Masa Irfan lahir pada akhir tahun 2012, aku beli satu beg caddy iaitu Fisher Price Bath and Changing Caddy (Precious Planet) dari satu kedai online.
Harganya RM90. Not cheap lah. Tapi since beg itu adalah keluaran Fisher Price dan nampak sangat comel so aku beli lah. Hehe!
Actually ada reason lain aku beli Fisher Price Bath and Changing Caddy tu. Mudah dan lebih tersusun untuk aku letak diaper dan alat keperluan harian baby aku.
Masa Izzah baby dulu, aku letak diaper, minyak Yuyi, minyak rambut, bedak, losyen, grooming kits dan sebagainya tu dalam satu bakul besar empat segi.
So easy untuk aku capai dan guna masa nak tukar lampin atau masa nak siapkan baby selepas mandi. Semua benda ada dalam bakul tu.
Tersusun memang tersusun. Tapi bakul tu agak besar dan melecehkan aku nak angkut keluar masuk bilik pulak.
Nasib baik time Irfan aku jumpa Fisher Price Bath and Changing Caddy tu. Beg caddy ni adalah sangat multi-functional tau. Boleh guna bath and changing caddy ni untuk:
- simpan diaper, baby wipes, losyen, minyak urut, minyak rambut, bedak, ketip kuku, sikat
- simpan towel, sabun mandi, syampu, berus gigi, ubat gigi
So boleh guna masa mandi dalam bilik air atau boleh juga guna masa changing baby. Aku guna time tukar diaper dan selepas mandi. Sangat convenient.
Aku suka Fisher Price Bath and Changing Caddy ni sebab boleh muat hingga 24 keping diaper dan ada banyak poket untuk letak barang keperluan baby yang lain.
Mudah nak angkut ke mana saja pulak tu. Omak super like!
Fisher Price Bath and Changing Caddy Sangat Tahan Lama
Masa nak melahirkan Irdina pada akhir tahun 2015, kelam kabut aku cari online nak beli satu lagi Fisher Price Bath and Changing Caddy tu.
Irfan punya beg caddy tu masih cantik dan elok lagi. Tapi aku masih guna untuk letak barang keperluan Irfan yang masa tu berumur 3 tahun. So aku kena beli lain untuk Dina.
Kat kedai online yang aku beli masa tahun 2012 dah out of stock. Puas aku cari beg caddy tu di banyak kedai baby online.
Tapi semuanya dah tak jual lagi. Out of stock. Sudah tak dikeluarkan lagi kot?
Aku search lagi kat Google dan jumpa ada orang jual kat website Lelong. Aku pun terus beli dengan harga RM40. Murah pulak ye?
Bila dapat Bath and Changing Caddy Bag tu aku macam pelik. Sebab kat beg caddy tu bukan logo Fisher Price. Tapi logo Carter’s Junior.
Bentuk, corak dan design beg caddy tu semua sama dengan yang Fisher Price. Tapi logo lain dan aku tengok kualiti material pun sangat lain.
Sangat nipis dan bila pegang rasa macam barang tak ada kualiti. Aku dah terbeli barang fake lah ni. Huhu!
Tapi since aku tak ada choice dah so aku pun guna saja lah. Tak sampai setahun beg caddy cap Carter’s Junior tu sudah koyak rabak!!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Sakit hati betul aku tau. Terpaksa lah buang sebab dah berlubang sana sini.
Nasib baik time tu Irfan dan berjaya toilet-trained so tak perlu lagi guna beg Fisher Price Bath and Changing Caddy tu. Aku dapat gunakan untuk Dina pulak.
Aku guna beg ni setiap hari tau. Siang bawak beg ni keluar bilik time nak mandikan Dina. Malam bawak beg caddy simpan dalam bilik.
Sampai sekarang iaitu 6 tahun selepas beli, beg Fisher Price Bath and Changing Caddy tu masih lagi cantik dan tiada langsung koyak. So sangat puas hati dan berbaloi beli dengan harga RM90 masa tahun 2012 tu.
Tak pasti sekarang ni Fisher Price ada keluarkan lagi tak Bath and Changing Caddy ni. Macam tak kot. Tak jumpa pun bila aku search online.
Anyway, aku just share sini sebagai panduan. Boleh cari beg yang style ala-ala Fisher Price Bath and Changing Caddy ni untuk kegunaan anak. Kat Shopee banyak beg caddy style macam ni. Search “caddy bag” mesti jumpa punya. Hehe!