Renew Lesen Memandu | Cara Baharui Lesen Memandu Online

14 Jun 2014 ni lesen memandu saya tamat tempoh.

Nyaris lupa dah nak renew. Sebab kali terakhir saya baharui lesen memandu saya tu pun 5 tahun lepas!!

Oh ya.. lesen memandu saya jenis old-style… laminated punya. Bila saya renew dapat slip renewal yang laminated juga.

Khabarnya sekarang lesen memandu dalam bentuk kad yang canggih dan cantik macam MyKad tu kan.

Patutnya saya pergi JPJ untuk renew so dapatlah tukar lesen memandu saya tu kepada yang jenis baru tu.

Tapi saya malas nak pergi JPJ dan malas nak beratur menunggu. So… saya ambil langkah mudah untuk renew lesen memandu online. Guna je perkhidmatan MyEg tu.

Mudah. Cepat. Pantas. Tak berpeluh pun…ekekkee.

Renew Lesen Memandu

Memang tabik spring dengan kepantasan servis myeg.com.my ni. Tempoh masa untuk siap 5 hari tapi satu hari je dah siap pun lesen memandu saya. Saya suka.. saya suka..saya suka!

Renew Lesen Memandu

Hanya pemegang CDL (Lesen Memandu Kompeten) iaitu lesen memandu bukan P (percubaan) sahaja yang boleh baharui lesen memandu online tau. Kalau lesen P kena lah pergi JPJ okei.

Renew Lesen Memandu

Bayaran baharui cukai jalan ni RM30 sahaja setahun. Tempoh maksima boleh renew ialah 5 tahun.

Saya pun apa lagi… renew terus lah 5 tahun. Malas nak renew setiap tahun. Dah memang tahu nak pakai lesen memandu tu kan.

Agaknya kalau ada pilihan renew seumur hidup dah tentu saya pilih dah…ekekeke.

5 tahun x RM30 sepatutnya RM150 lah kan.. kos delivery RM5 so RM155… tapi saya kena RM175!!

Patutkah??

Memang patut pun. Sebab JPJ ada buat pelarasan tarikh tamat lesen memandu kepada tarikh hari lahir kita. Tarikh tamat lesen memandu saya yang baru ni 19 Februari 2020.

Renew Lesen Memandu

Agaknya nak bagi kita ni INGAT kot tarikh expired lesen memandu tu. Kalau orang yang jenis ingat tarikh lahir dan sambut birthday okay la tak lupa la kan. Kalau jenis yang tak peduli birthday sendiri macam mana tu? Lupa jugak kannnn….ekekekeke.

Oh ya… kalau nak renew lesen memandu online ni kenalah buat SEBELUM tamat tempoh. Bukan semasa hari tamat tempoh. Kalau tak confirm kena reject dan kena pergi JPJ jugak.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Jangan lupa ye… baharui lesen memandu tu. Kalau terlupa sampai lebih 3 tahun kena buat rayuan.

Mungkin juga kena ambil test untuk dapat lesen memandu baru. Ingat ke camana nak buat side parking semua tu…ekekeke.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *