Rempah Ratus Melayu | Serbuk Rempah Gulai & Serbuk Rempah Masak Cap Bunga Rose – Serbuk Rempah Melayu Untuk Masakan Terengganu

Bismillah. Cikros di sini.

Aku orang Terengganu. Sejak kecik dah terbiasa dengan masakan Kelantan dan Terengganu.

So bila masuk sekolah asrama TKC di Seremban, aku rasa pelik lah dengan masakan gulai orang Negeri. Sangat berbeza tau bau dan rasa.

Nasib baik tekak omak ni boleh terima. Kalau tak kebulur tak makan. Wahaha!

Time belajar kat UM pulak, aku biasa beli makanan masakan orang Kelantan. So tak lah rasa rindu dengan masakan tu.

Tapi time aku dah kahwin, nak masak gulai kena guna serbuk kari Adabi atau Babas. Fuhh. Terus rasa lain macam pulak masakan aku.

Rupanya rasa masakan Kelantan dan Terengganu tu berbeza dengan masakan negeri lain disebabkan serbuk rempahnya. Mana lah aku tau. Aku bukannya terer masak pun. Haha!

Serbuk Rempah Cap Bunga Rose

Patut lah setiap kali balik kampung, kakak aku akan borong banyak serbuk rempah dari pasar. Serbuk rempah gulai kawah, serbuk rempah kerutuk, serbuk rempah kari daging, serbuk rempah kari ayam, serbuk rempah terung, serbuk rempah kurma dan lain-lain.

Biasanya kalau Kelantan ni yang popular ialah serbuk rempah cap Kg Langgar dan cap Wau Tradisi. Serbuk rempah masakan Terengganu pulak yang popular sudah tentu serbuk rempah Cap Bunga Rose.

Bau serbuk rempah dari Terengganu dan Kelantan ni sangat berbeza berbanding dengan serbuk rempah Adabi atau Babas. Lebih wangi dan mengecurkan air liur. Tu baru bau serbuk rempah. Belum bau masakan lagi tau. Wahaha!

Serbuk Rempah Cap Bunga Rose Masakan Terengganu

Aku nak cerita tentang serbuk rempah dari Terengganu yang popular iaitu serbuk rempah  Cap Bunga Rose.

Bertahun-tahun sebelum ni aku guna serbuk rempah Adabi / Babas. Maklum lah suami orang KL.

Masa tu tak tau pulak yang serbuk rempah Cap Bunga Rose ni dah boleh beli online. Nak tunggu balik kampung setahun sekali pun belum tentu.

Serbuk Rempah Cap Bunga Rose
Packaging Lama

Sejarah serbuk rempah Cap Bunga Rose ni bermula sejak tahun 1968 lagi. Masa dulu bisnes secara kecil-kecilan. Sekarang produk serbuk rempah Cap Bunga Rose dah dikomersialkan untuk pasaran yang lebih luas.

Serbuk Rempah Cap Bunga Rose
Packaging Baru

Serbuk rempah Cap Bunga Rose ni best sebab ianya hanya ada dua jenis serbuk rempah.

  • Serbuk Rempah Gulai Cap Bunga Rose
  • Serbuk Rempah Masak Cap Bunga Rose

Tapi dari dua jenis serbuk rempah Cap Bunga Rose ni boleh guna untuk masak macam-macam jenis masakan Terengganu seperti gulai nasi dagang, kerutuk ayam, rendang daging, acar buah, ayam goreng berempah, kuah laksa Terengganu, daging masak hitam, rendang tok dan gulai ayam/daging. Hebat kan?

Serbuk Rempah Gulai Cap Bunga Rose

Serbuk rempah gulai Cap Bunga Rose ni adalah serbuk rempah serbaguna yang dibuat dari 100% rempah asli terpilih.

Serbuk Rempah Cap Bunga Rose

Rempah Gulai boleh digunakan untuk masak:

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

  • Kuah Laksa Terengganu | Gulai Ikan Tongkol (Nasi Dagang)
  • Gulai Telur | Gulai Ikan Masin | Perapan Ayam Goreng Berempah

Serbuk rempah gulai Cap Bunga Rose boleh digunakan bersama Rempah Masak :

  • Kerutuk Ayam/Daging | Gulai Ayam/Daging
  • Gulai Kawah | Rendang | Mee Kari

Serbuk Rempah Masak Cap Bunga Rose

Serbuk rempah masak Cap Bunga Rose adalah adunan rempah ratus Melayu semulajadi serbaguna dari 100% bahan-bahan asli dipanggang terpilih mengikut resipi rahsia sejak 1968.

Serbuk Rempah Cap Bunga Rose

Fungsi rempah masak ialah untuk menghasilkan aroma yang memikat rasa pada masakan dan menjadikan masakan lebih wangi dan lazat.

Serbuk rempah masak Cap Bunga Rose boleh digunakan untuk masak :

  • Rendang Tok | Daging Masak Hitam
  • Masakan Sup | Masakan Kuzi
  • Perapan Ayam Bakar Berempah | Masak Kurma Hitam

Rempah Masak boleh digunakan bersama Rempah Gulai:

  • Kerutuk Ayam/Daging | Gulai Ayam/Daging
  • Gulai Kawah | Rendang | Mee Kari

Serbuk Rempah Asyura Terengganu & Serbuk Kacang Hijau

Selain daripada serbuk rempah masak dan gulai, Cap Bunga Rose juga ada jual serbuk rempah asyura Terengganu dan serbuk kacang hijau (mung bean).

Serbuk Rempah Cap Bunga Rose

Tapi serbuk rempah asyura Cap Bunga Rose hanya dijual setahun sekali pada bulan September. So kalau nak beli sempat lagi ni. Hehe!

Beli Serbuk Rempah Cap Bunga Rose Online

Serbuk rempah Cap Bunga Rose ni boleh beli secara online. Tak payah pergi Terengganu untuk beli.

Nak beli serbuk rempah Cap Bunga Rose Online boleh pergi ke web Cap Bunga Rose.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *