Rebat Tol Touch n Go | Lebih 49 Juta Ringgit Rebat Tol 20% Tidak Dituntut!!

Hmmm. Rebat tol Touch n Go ni diperkenalkan sejak tahun 2009 lagi. Tapi ramai tak tau. Termasuk saya!!

Anggaran lebih 49 juta ringgit rebat tol tidak dituntut. 49 juta ringgit tu banyak tau. Dalam jumlah tu ada rebat tol saya dekat RM2,500 yang tak dituntut tau… huwaaaaa!!

Banyak rugi wooooooooooo!

Rebat Tol Touch n Go

Kalau dapat claim yang lama-lama tu best jugak. Tapi tak boleh. Expired selepas 6 bulan.

Contoh: Rebat tol 1-31 Januari akan luput selepas 31 Julai.

So… kalau tak claim lempang diri sendiri lah. Pang!!

Saya first time claim pun awal Januari 2014. Dapatlah dalam RM280 untuk tempoh 6 bulan tahun 2013.

Rebat Tol Touch n Go

Banyak RM280 tu. Tak payah saya reload kad Touch n Go saya selama 2 bulan!!

Rebat Tol 20% Touch n Go

Rebat Touch n Go termasuk dalam 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan 100 hari sebagai perdana menteri pada 11 Julai 2009.

Pengguna kad Touch n Go yang menggunakannya melebihi 80 kali sebulan layak mendapat rebat sebanyak 20% daripada nilai tol yang digunakan bulan tersebut.

Rebat Tol Touch n Go

Rebat tol ini boleh dituntut setiap bulan atau dikumpul sehingga 6 bulan. Tapi tak boleh melebihi 6 bulan sebab rebat tu akan dikira luput.

Cara nak claim rebat tol Touch n Go ni senang je.

  • Pergi ke laman web Touch n Go: https://privilege.touchngo.com.my/. Daftar kad Touch n Go anda. Jangan lupa catat nama login dan password. Nanti lupa password kena blok macam saya hari tu.. panik mak… ekeekee.
  • Semak pada Current Rebate Status untuk tengok samada kita layak tak dapat rebat tol 20% tu. Ingat ye… hanya pengguna yang guna kad Touch n Go sebanyak 80 kali atau lebih sebulan yang layak. Kalau guna kad Touch n Go bawah 80 tu sorry banyak-banyak tak dapat lah rebat tol Touch n Go.
  • Pergi ke mana-mana kaunter Touch n Go pada 1-9hb atau 15hb hingga hujung bulan. 10-14hb tak boleh claim sebab mereka nak update pengiraan rebat tol dalam sistem. Jangan lupa pulak bawak kad Touch n Go tu.

Rebat tol ni akan dikreditkan dalam akaun kad Touch n Go kita. Tak boleh claim duit tunai tau. Kalau boleh dapat tunai dah lama saya ambik duit…ekekeke.

Sebelum ni saya tak tau pun pasal rebat tol ni. Memang saya perasan dekat tol ada banner besar tulis rebat 20% tapi macam mention untuk pengguna PlusMiles sahaja. So… saya tak ambil peduli pun.

Akhir tahun lepas baru saya betul-betul tahu. Tu pun sebab ada kawan kat FB yang up status pasal dia redeem rebat tol. Dia sorang je pun antara beribu friends saya yang pernah cerita pasa rebat tol.

Yang lain-lain pun mesti tak tahu macam saya.

Ada ke publisiti tentang rebat tol 20% dalam TV? Macam tak ada pun. Maybe ada tapi saya tak nampak sebab tak tengok TV 24 jam.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Ada ke flyers tentang rebat tol 20% diedarkan pada pengguna Touch n Go dan Smart Tag? Tak ada pun. Hari-hari lalu tol sejak 2009 mana ada dapat apa-apa flyers.

Saya sendiri search internet cari maklumat cara nak claim rebat tol 20% Touch n Go ni. Ketinggalan zaman la saya ni kan.

Kata nak bagi hadiah tapi tak war-war kan pada rakyat jelata secara meluas. Macam tak ikhlas je kannnnn.

Saya claim rebat tol 20% Touch n Go tu untuk tempoh Jun – Disember 2013. Next claim saya nak buat pada bulan 6 nanti lah. So… claim rebat tol Touch n Go dari Januari – Mei 2014.

Rebat Tol Touch n Go

Ngam-ngam 5 bulan terus claim. Tak mau tunggu 6 bulan lah. Takut terlupa sampai yang bulan 1 tu expired pulak…mih mih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *