Bismillah. Cikros di sini.
PRU 14 Malaysia dah berakhir. Tapi demam pilihan raya tu belum reda tau.
Aku seronok tengok kebangkitan rakyat Malaysia dalam PRU14. Aku juga teruja dengan kemenangan Pakatan Harapan menumbangkan penguasaan 60 tahun Barisan Nasional di Malaysia. Tahniah PH!!
Tapi aku tetap bersyukur PAS menang majoriti dan membentuk kerajaan baru di Terengganu, negeri tanah tumpah darah ku.
Malah aku sangat bangga apabila anak kelahiran Jerteh, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.
Aku bertambah bangga apabila meneliti profile Menteri Besar Terengganu 2018 ini yang sangat wowwww! Semoga Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar Terengganu yang terkini ini dapat menguruskan negeri Terengganu Darul Iman dengan bijaksana.
Tahniah anak BESUT Prof DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR yang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu..
” Kenali YAB MB TERENGGANU Kiter ”
Biodata Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
- Tarikh lahir :16 November 1970
- Umur : 48 Tahun
- Asal : Jerteh, Besut, Terengganu
- Isteri :Tuan Faizah bt Tuan Ab Rahman
Pekerjaan : Penganalisis Kejuruteraan Aeroangkasa.
PENGAJIAN TINGGI
- PhD (Aeroengine ignition and combustion. high altilude engine failure) School of Mechanical Engineering. University of Leeds, UK (2001).
- Masters Of Science in Combustion and Energy. Centre for Combustion Studies. University of Leeds. UK (1996).
- B.Eng. in Mechanical and Materials Engineering Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia (1993).
PENGALAMAN DALAM KERJAYA
- Professor in Practice. Universiti Selangor Darul Ehsan (UNISEL).
- Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008.
- Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM.2001-2006.
- Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008.
- Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM. 1994-1995.
- Jurutera Quality Assurance, Hitachi Consumer Products. 1993-1994.
KHIDMAT KEBAJIKAN 8 KEMASYARAKATAN
- Penganalis Kejuruteraan Aeroangkasa, Tragedi MH370 & MH17 :-TV1,TV2, Astro Awani, TV Hijrah, Bernama TV, Radio lKlM fm
- Penasihat, Jawatankuasa Bidang Strategik (Aeroangkasa) Kementerian Pengajian Tinggi, (Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi) : Feb 2007-Jan 2009.
- Pengerusi, Jemaah Dekan Program Aeroangkasa, Kementerian Pengajian Tinggi. Malaysia: Feb 2007-Jan 2009.
- Ketua Delagasi Teknikal IPTA Malaysia. Jawatankuasa Kebangsaan Panel Program Aeroangkasa ke China (China National Space Agency) Korea (Korean Space Agency) Jepun (Japan Space and Exploration Agency).
- Mewakili IPTA Malaysia ke Persidangan National Aeronautics and Astronautics (NASA) International Conference. Washington, 2006.
PENCAPAIAN
- Anugerah Penyelidik Cemerlang Universiti Putra Malaysia, 2005.
- Anugerah Pencapaian Khas, dari Federal Agency for Industry (ROSPROM), Russian Federation: 54th World Exhibition of Innovation. Research & NewTechnologies, Brussels, 2005.
- Pingat Emas, 54th World Exhibition of Innovation. Research & New Technologies, Brussels, 2005.
- Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2003.
- Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2004.
tahniah PAS di Kelantan dan Terengganu. Moga-moga royalti 20% yang dipohon dipermudah. Suka dengan Malaysia Baru ni, rasa lebih harmoni
Hafizah
http://www.tudungbabyaisyah.com