Salam ceria! Cikros di sini.
Hujung tahun pasti agak sedikit mencabar bagi Ibu-ibu yang memiliki lebih dari seorang anak kerana untuk menyediakan set uniform sekolah bukanlah murah.
Ditambah lagi dengan yuran itu dan ini, alat tulis buku itu dan ini., pasti ianya sedikit mencabar.
Baju sekolah dan tudung sekolah pastinya perlu disediakan lebih dari sepasang. Untuk sekolah pagi dan kelas agama petang.
Keesokkannya harinya lagi, takkan lah nak membasuh setiap hari pula kan? Pastinya kita akan letih disamping membazir air dan eletrik.
Dan jika boleh dibasuh setiap hari pun, pasti juga uniform akan cepat lusuh, pudar dan kusam. Terpaksa juga beli baru. Kesian Si Comel ke sekolah dengan baju yang kusam.
PROGRAM 3X BAYAR – IN SHAA ALLAH MAMPU MERINGANKAN BEBAN
Jadi memandangkan ramai yang minta kita anjurkan lagi Program 3x Bayar untuk belian Uniform Sekolah (Tudung Sekolah + Baju + Kain), jadi tahun ini kita anjurkan lagi dengan hasrat dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan tersebut.
Kita faham kesukaran tersebut kerana Cikros sendiri pun memiliki 3 orang anak yang bersekolah.
Berikut adalah sedikit butiran berkaitan Program 3x Bayar TudungSiComel dan untuk maklumat lebih lanjut boleh terus hubungi Cikros.
JADUAL BAYARAN
- Bayaran Pertama – Awal Oktober
- Bayaran Kedua – Akhir Oktober/Awal November
- Bayaran Ketiga(Akhir) – Akhir November/Awal Disember(last 10hb Dis 2019).
PENGHANTARAN
Penghantaran akan dibuat pada awal Disember setelah bayaran penuh diterima. Antara 10-15 Disember, in shaa Allah. Penghantaran hanya pilih POS LAJU SAHAJA ya.
Semoga Program ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan urusan puan sekeluarga.
TUDUNGSICOMEL | CANGGIH | ASUH