Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Omak abah ada mendaftar atau memohon anak masuk ke program pendidikan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2018 secara online atau manual? Dah boleh semak keputusan permohonan PraSekolah tau!
Actually semakan permohonan PraSekolah kerajaan tu dah boleh buat mulai 5 Ogos 2017 selama 2 minggu sahaja. Tarikh last boleh check status permohonan PraSekolah ialah pada 20 Ogos 2017.
Cara Membuat Semakan Permohonan PraSekolah
Masa memohon atau mendaftar Prasekolah untuk anak hari tu buat macam mana?
Kalau buat online boleh check keputusan permohonan Prasekolah secara online juga. Kalau buat permohonan manual secara isi borang tulis guna pen tu kena pergi sekolah untuk buat semakan.
a) Semakan Permohonan PraSekolah Secara Online
Keputusan permohonan boleh disemak secara online melalui sistem e-Prasekolah berikut:
Sila klik link ini : Sistem Aplikasi Semakan Permohonan Prasekolah (e-Prasekolah)
Log masuk mesti guna nombor IC ibu bapa dan password. Dah masuk klik Semakan & Kemaskini Permohonan.
Status permohonan Prasekolah akan dipaparkan samada berjaya atau tidak. Jika berjaya, sila cetak Surat Tawaran Prasekolah.
Dalam surat tawaran Prasekolah ada dinyatakan tarikh untuk hadir ke sekolah bagi mengesahkan pendaftaran dan taklimat. Jika gagal hadir bermakna anda menolak tawaran kemasukan ke Prasekolah.
Penting!! Surat tawaran mesti dicetak dan diserahkan kepada sekolah untuk mengesahkan bahawa tawaran diterima sebelum 5/9/2017.
b) Semakan Melalui Sekolah Yang Dimohon
Masa applied Prasekolah untuk Izzah dulu tahun 2014 aku isi borang manual dan dapat surat dari sekolah yang memaklumkan status berjaya masuk Prasekolah.
Kalau time daftar manual cikgu ada minta sampul surat bersetem dan beralamat sendiri, mesti akan terima surat makluman tu.
Kalau omak abah tunggu surat tak muncul better terus pergi sekolah check!
Permohonan Rayuan Kemasukan Ke PraSekolah 2018
Bagi permohonan Prasekolah secara online yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman web https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan. Tinggal beberapa hari lagi untuk buat rayuan!
Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW
Keputusan rayuan kemasukan Prasekolah 2018 boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2017.
Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.
Maklumat Lanjut / Bantuan Sistem e-Prasekolah
Jika anda menghadapi sebarang masalah mengenai sistem online e-Prasekolah ini, anda boleh hubungi dengan segera bahagian helpdesk seperti berikut.
- Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
- Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
- Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)
Atau sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
- eprasekolah@moe.gov.my