Panduan Memilih Topeng Jerebu Terbaik | Surgical Mask atau N95?

Jerebu. Sejak beberapa minggu lepas, keadaan jerebu kat Malaysia ni semakin teruk. Puncanya? Kebakaran hutan tanah gambut di Sumatera yang tidak terkawal.

Rasanya jerebu kali ini lebih teruk daripada jerebu tahun 1997. Dah banyak kali sekolah kena tutup sebab paras jerebu mencecah paras bahaya. Bacaan IPU melebihi 200 confirm sekolah kena arah tutup.

Jerebu kat Indonesia sana khabarnya bacaan IPU sampai cecah 3,000!! Macam mana mereka bernafas tu. Kat sini takat 200+ pun dah sesak nafas. Bayangkan 3,000. Kesian tau.

Minggu lepas patutnya Izzah ada exam akhir tahun untuk Sekolah Kebangsaan. Tapi sekolah diarah tutup 4 hari sebab jerebu. So… minggu ni exam bertindan untuk Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Pagi dan petang exam!!

Semput akak ni jadi tarzan @ cikgu tusyen mengajar Izzah ni ulangkaji. Budak umur 7 tahun ni buat latihan 2 muka surat pastu nak rehat 10 minit. Konon lah. Tengok-tengok 10 minit dia jadi 1 jam huhuuu!! [wp-svg-icons icon=”confused-2″ wrap=”i”].

Topeng Muka Jerebu

Okeh. Setiap kali jerebu setiap kali tu la topeng jerebu jadi rebutan. Sampai sold out lah topeng jerebu kat farmasi semua tu. Malah ada yang jahat pergi naikkan harga topeng jerebu. Especially topeng jerebu N95.

Tahukah korang? Topeng muka adalah barangan harga terkawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Pengisytiharan topeng muka sebagai barangan harga kawalan telah dibuat pada 26 Ogos 2009.

So… kalau rasa-rasa topeng muka N95 tu dijual dengan harga tak masuk akal, boleh kot buat report. Tu dah kira mencatut dah tu!

Take note ye. Harga muka dijual antara 20 sen hingga RM6 seunit berdasarkan kualiti.

Harga maksimum borong bagi sekotak yang mengandungi 100 keping topeng hidung dan mulut selapis bergelung ialah RM5 sekotak dan harga maksimum runcit ialah RM7 sekotak.

  • Topeng muka dua lapis – 20 sen sekeping
  • Topeng muka tiga lapis – 80 sen sekeping
  • Topeng muka jenis N95 – harga maksimum RM6 seunit

Tips Memilih Topeng Jerebu

Time jerebu ni kebanyakan orang cuma pakai topeng muka yang biasa doktor pakai tu @ surgical mask. Tak berapa sesuai tu!!!

Surgical mask tak sesuai untuk perlindungan semasa jerebu. Sebab topeng muka jenis ni direka untuk menghalang air liur, kahak dan hingus si pemakai daripada tersebar ke udara semasa bersin atau batuk. Bukan untuk protect dari jerebu @ pencemaran udara.

Topeng muka jenis surgical mask biasanya tak dapat menapis partikel halus jerebu (haze) yang berukuran sekecil 2.5 mikrometer. Topeng ni jugak tidak melekap pada muka. So…. udara berjerebu boleh masuk melalui celah atau gap antara topeng dan muka. Kurang selamat kan.

Topeng Muka N95

Topeng muka yang paling bagus untuk dipakai masa jerebu ialah topeng muka N95 yang ada kelulusan NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan). Topeng jerebu N95 ini mampu melindungi daripada 95% PM2.5 (particulate matter 2.5: partikel kecil <2.5mikrometer).

Tapi!!! Jika korang ada penyakit pernafasan yang kronik atau sakit jantung perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan topeng jenis N95. Sebab bila pakai topeng N95 ni kita kena lebih berusaha untuk bernafas.

Topeng Muka Jerebu

Masa jerebu tahun 1997 dulu, akak masih belajar lagi kat Universiti Malaysia. Hari-hari bawak motor untuk pergi kuliah dari Kerinchi ke UM tu. Memang tak best pakai topeng N95 bentuk bulat yang tebal tu untuk bernafas. Rasa panas je muka bila hembus nafas hahahaha.

Topeng Muka Jerebu

Masalah dengan topeng jerebu N95 ni harganya lah. Mahal juga tu RM6 seketul. Sebab tu ramai yang belasah pakai topeng surgical mask tu je. Better la pakai topeng ni daripada langsung tak pakai kan? At least dapat jugak protect walaupun sekadar kurang 70% je partikel jerebu dapat dihalang.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Bila pakai topeng surgical ni tu timbul pulak persoalan – sebelah mana yang patut kat luar? Yang kaler biru/hijau atau yang kaler putih? Pulop!!

Topeng Muka Surgical

Ada yang menyatakan time jerebu, topeng muka pembedahan @ surgical mask tu kena pakai bahagian putih tu di luar. Manakala side yang kaler hijau/biru mesti letak kat dalam. Katanya part putih tu halang kuman masa selsema/batuk keluar ke udara. Jadi, bila jerebu kita nak elak jerebu masuk dalam paru-paru, kenalah terbalikkan topeng muka tu. Logik tak logik?

Topeng Muka Jerebu

Sebenarnya kan. Kalau nak pakai topeng muka surgical tu tak payah terbalikkan dia. Pakai macam biasa doktor pakai tu. Bahagian berwarna biru/hijau kat luar pun no problem. Sebab apa?

Sebab bahagian yang ada penapis @ filter tu ada kat lapisan tengah!

  • Lapisan Luar – Non-Woven, Liquid-Resistant, Thermobond (varies), Poly propylene material
  • Lapisan Tengah – Non-Woven, Liquid-Resistant, Meltblown (varies), Poly propylene material DESIGNED AS FILTER MEDIA BARRIER
  • Lapisan Dalam – Non-Woven, Liquid-Resistant, Thermobond (varies), Poly propylene material

Lapisan paling luar dan dalam topeng muka jenis surgical tu fungsinya KALIS AIR @ water resistant untuk elak air liur dan mukus dari keluar, dan elak darah atau lain-lain cecair badan dari masuk ke dalam.

Lapisan tengah tu lah yang bertindak sebagai penapis @ filter untuk elak kuman atau cecair keluar dari si pemakai atau masuk ke mulut/hidung si pemakai. So…. tak payah la nak terbalikkan dia.

Beli Topeng Jerebu Online

Masa jerebu 2 tahun lepas, akak nak beli topeng N95 tu tapi semua farmasi sold out topeng jerebu ni. Terpaksa berpuas hati beli sekotak topeng muka surgical tu. Masih ada lagi banyak baki topeng muka ni dalam simpanan saya. [wp-svg-icons icon=”wink” wrap=”i”]

Jerebu baru-baru ni akak beli online je topeng jerebu. Saya beli kat website Amsales.com.my.

Topeng Muka Jerebu

Ada banyak jenis topeng muka N95 yang sesuai untuk jerebu ni. Biasa kita selalu nampak yang jenis membulat tu kan. Rupanya ada macam-macam design yang lebih selesa dan murah dari yang bulat tu hehhehe.

Akak beli topeng muka N95 yang ni: 3M™ VFlex™ N95 Foldable Particulate Respirator 9105

Harga RM100 untuk sekotak mengandungi 50 helai topeng muka N95 NIOSH. So dalam RM2 satu topeng. Murah la tu kannnn.

Ni kira harga borong la. Boleh share dengan kawan-kawan kalau nak beli. Macam akak ni memang beli sekotak terus. Boleh guna untuk satu famili dan simpan untuk future use.

Topeng Muka Jerebu

Akak suka topeng muka ni sebab design dia tu memudahkan. Boleh lipat. Senang nak simpan dalam beg. Kalau topeng muka N95 yang biasa jenis membulat tu kena jaga betul-betul sebab mudah kemek.

Topeng Muka Jerebu

Topeng muka N95 ni juga berbentuk V. Nak bernafas tu lebih mudah dari topeng N95 yg bulat tu. Tekstur pun tak tebal sangat.

Topeng Muka Jerebu

Folded design with V-shaped pleats that flex with mouth movement for easier talking and expand for ease of breathing.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

  • 3M proprietary filter media and V-shaped pleats helps make breathing easier
  • Flatfold design allows for convenient storage prior to use

Topeng Muka Jerebu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *