Potty Training | Bila Berak Pun Bersorak?

Ha..ha..ha.. *gelak dulu*.

Rasanya tak pernah dengar kan orang bersorak *cheer macam cheer leader* lepas orang buang air besar kan? Tapi kalau you all dah jadi MAK mesti faham kenapa benda kelakar macam ni boleh berlaku.

I nak cerita pasal kisah mengajar anak ke tandas atau buang air sendiri ni. Orang putih kata potty training lah. Kalau rasa agak-agak macam ‘geli’ nak baca tak payah la baca. Ini kisah untuk mak-mak budak je ni. Macam-macam kisah lucu kalau cerita bab potty train anak ni.. he..he

Izzah dah berumur 3 tahun lebih dan I dah start potty train dia masa pertengahan tahun lepas. TAPI disebabkan I ni kadang-kadang rajin… kadang-kadang malas *hangat-hangat tahi baby je ni* so I tidaklah berjaya mengajar dia membuang air kecil dan besar di tempat yang sepatutnya iaitu tandas.. he.he

Mana nak berjaya kalau tak konsisten buat. Potty training kena latih-tubi berterusan mesti boleh punya. Tapi kalau sekejap buat, sekejap tak.. tak de maknanya buat.

Banyak kaedah potty training tapi yang I rasa paling best ialah Potty Training cara orang di negara China. Siap dipakaikan seluar ada lubang tu. Nak baca klik sini > Potty Training Cara Guangzhou.

I baru mula serius balik potty train Izzah ni sebulan lepas. So.. bab kencing tu rasanya dah hampir pass walaupun kekadang terbabas bila dia asyik bermain. I takde masalah sangat bab anak buang air kecil ni sebab dipakaikan potty training pants *jadi tak lah basah merata-rata walau terkucil*.

Tapi kan… bab anak buang air besar ni… I memang pening kepala betul. Boleh dia pergi membuang dalam potty training pants tu pulak. Aduhai….

I rasa Izzah phobia nak buang air besar kalau tak pakai diaper/pant sebab ada beberapa kali dia terberak dalam seluar *masa tu tak pakai training pant just seluar* dan itu poo poo sudah jatuh ke lantai melalui celah seluar. So.. dia terperanjat dan jadi takut dengan poo poo sendiri … hik..hik..hik!

Jadikan.. setiap kali I suruh dia membuang air besar di potty dalam tandas dia boleh TAHAN membuang tu hingga dipakaikan diaper atau potty training pant. Tapi kalau suruh buang air kecik OK je pun kat potty tu.

Beberapa hari lepas sesuatu yang ajaib telah berlaku. Izzah telah boleh dan rela hati membuang air besar di dalam potty!!!! Muah..ha..ha… apalah ajaib sangat tu tapi memang pencapaian besar la ni.

I memang sangat teruja dan memeluk dia beberapa kali. Lepas keluar toilet, I dan Izzah telah bertepuk-tangan serta bersorak keseronokan. Memang over bila anak berak dalam toilet pun bersorak bagai…ha..ha

Izzah

Bagi menggalakkan Izzah meneruskan aktiviti membuang air besar dan kecil di tandas.. maka I telah memberikan dia 3 sticker!!!

Izzah

Setakat hari ini… pencapaian potty training Izzah adalah sangat bagus sekali. Dah tak ada poo poo dalam potty training pants lagi dan siap boleh bagitahu nak poo poo. Harapnya sebelum akhir tahun ni dah boleh completely diaperless atau graduate potty training nih. Amin!

Izzah

 

Tags from the story
,

4 Comments

  • Faham juga situasi ni..masa time anak kena sembelit.. masa anak meneran tu tgk muka dia yang merah padam sebab meneran kita plak yang nangis..lepas dah siap berak kita plak yang senyum dan ketawa kegembiraan

  • Wah bestnya! Anak I part small business dah ok tapi big business tu dia still takmo buat kat toilet, dia insist nak berak dlm diaper..cemana ah? Kalo bawak pi toilet mesti terbantut..kesian la plak kan….

  • Anak saya yg kecik Umar sudah potty train, 3 hari saya latih tubi tak pakaikan diapers langsung walau siang atau malam, Alhamdulillah menjadi… 3 hari memang tak ke mana untuk mencapai visi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *