Piqa Bakery Macarons | Cabaran Menelan French Macarons Paling Banyak!

Suka makan macarons? Macarons terutama French macarons ni macam makin popular sekarang ni. Beberapa tahun lepas macarons ni tak ada dijual kat Malaysia ni.

Kalau nak makan kena pergi oversea tau..he..he 

French Macaron

Tapi sekarang banyak dah tempat jual macarons ni. Kalau area Kelana Jaya/Subang Jaya/Shah Alam tu boleh je pergi Whisk kat Empire Gallery tu (Whisk Espresso Bar + Bake Shop LG 03A Empire Shopping Gallery). Promote Whisk free kat blog ni pulak…hik..hik

Tapi macarons kat Whisk tu rasanya kureng sikit. Dah lah kecik kemetot (besar duit syiling 50 sen kot). Harga pulak macam biasa mahal lah. Jangan ingat macarons ni murah tau.. satu biji tu RM2...ha..ha

Kalau rasa nak makan French macarons yang betul-betul macam French macarons tu boleh je beli kat Piqa Bakery. Terjamin halal lagi sebab orang Islam yang buat.

French Macaron

Tak pernah dengar tentang Piqa Bakery? Kalau tak tahu tentang Piqa Bakery mari I bagitahu.

Piqa Bakery ni adalah home-based bakery kepunyaan Nomie Aziz seorang baker yang terkenal di Malaysia ni. Nomie Aziz adalah penulis buku Rahsia Membuat Kek Gulung Lapis Sarawak.

French Macaron

Dua minggu lepas, Piqa Bakery ada letak offer macarons murah dekat Milkadeal.com. Kalau beli voucher time tu boleh dapat 50% diskaun untuk one box of 12 french macarons!

Harga asal satu box ialah RM24 (RM2 satu biji macaron) so kalau 50% discount tu dapatlah RM12 satu box French macarons.

French Macaron

So, I apa lagi terus beli lah. Tertarik tengok gambar macarons yang colorful tu. Sungguh comel sekali.

I siap beli dua voucher tu. Padahal bukan minat sangat makan macarons ni. Saja je nak sokong perniagaan Piqa Bakery..he..he *sebenarnya nak bagi Izzah & hubby rasa macarons ni so satu box mana cukup…la..la..la*

Cabaran Menelan French Macarons Paling Banyak

Teruja tak tengok tajuk? Muah..ha..ha 

Macaron ni manis rasanya. Sebab macarons ni sejenis manisan. Lebih kurang sama manis dengan ladoo (manisan kaum India) tu kot. Maybe ladoo lagi best sikit dari macaron ni…hik..hik

French Macaron

So.. agak-agak berapa yang you all mampu makan dalam satu masa?

2 biji? 5 biji? 10 biji? 

Semalam I pergi redeem voucher French macarons tu. Semangat tu dari Kelana Jaya pergi Piqa Bakery time lunch.

I beli 2 box kan. Satu box untuk Izzah & husband. Satu box just for me… tamak giler walaupun bukan suka sangat macarons nih he..he

French macaron ini mempunya 3 bahan penting iaitu tepung badam (almond), putih telur, gula & gula aising.  Proses pembuatannya yang memerlukan penilitian yang tinggi so sebab tu harga dia mahal tau.

French Macaron

Rasa macarons ni pulak memang manis gila. Tapi kalau makan macarons tak ada lah sampai jadi gila ya.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Kalau you all tak suka benda manis, French macarons ni memang tak sedap lah. Sebab manis!

Satu Macaron Sedap di Makan

I sengaja nak test sejauh mana I boleh bertahan dengan kemanisan French macarons ni.. Sebab tu satu box macarons Piqa Bakery tu I punya…he..he 

French Macaron

Bila macaron pertama masuk mulut memang rasa nikmat betul. Gabungan ranggup macaron dengan filling di dalamnya rasa macam mencair je dalam mulut.

French Macaron

Tak de lah rasa manis sangat French macarons Piqa Bakery ni. I tak tahu lah perisa apa tapi I start makan yang warna hijau tu.

French Macaron

  • Macaron kedua masuk mulut… oh.. masih terasa sedap lagi.
  • Macaron ketiga masuk mulut… hmmm.. sedap lagi.
  • Macaron keempat masuk mulut… emmm… rasa manis dah ni.. kena minum air masak sikit.
  • Macaron kelima dan keenam… emm… masih boleh bertahan dengan kemanisannya..he..he
  • Macaron ketujuh… aduhhh.. pesal kepala rasa pening ni…

Macaron ke lapan… tolong!! kepala rasa berdenyut sebab tak tahan dah dengan kemanisannya… terpaksa telan air masak banyak-banyak..

French Macaron

So.. cabaran makan French macarons hingga termuntah paling banyak ialah 8 biji French Macarons…he..he

Tahniah kepada I loooh… personal record tu.

So, siapa berani mahu teruskan cabaran? Agak-agak berapa biji boleh di telan ye?

Peta @ Map Piqa Bakery

Senang je nak pergi Piqa Bakery ni. Rumah Nomie Aziz tu lah Piqa Bakery.

Dari Jusco Bukit Raja terus je hingga jumpa Carrefour Klang. Lepas tu terus lagi menuju Port Klang, Pelabuhan Utara.

Kat situ jalan kecik ye dan banyak lori ok.. so be careful. Rumah Nomie Aziz atau Piqa Bakery tu ada sebelah kiri. Landmark penting ialah rumah dua tingkat beratap Minangkabau di kiri jalan dan Restoran Ahmad Tom Yam di sebelah kanan jalan.

Piqa Bakery ni terselindung sikit dari jalan tapi once you all dah nampak rumah Minangkabau tu stop la kat tepi tu. Pastu call la Nomie Aziz. 

Klik sini untuk download peta @ map Piqa Bakery.

Cara Membuat Macarons

Kalau rasa-rasa teruja nak cuba buat macarons sendiri tu Nomie Aziz ada buat kelas macarons ni tau.

Sambil tu boleh juga baca ebook percuma Master the Macaron dari PastryPal.com.

Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.

Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.

Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.

JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.

Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini

 

 

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *