Petua Hilangkan Gegata Dengan Mudah | Sapu-Sapu Terus Hilang Rasa Gatal Gegata!

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini [wp-svg-icons icon=”smiley” wrap=”i”].

Gegata. Lapar garam. Kelopak garam. Hives. Urticaria. Korang pernah kena tak? Gatal giler satu badan!

First time aku kena gegata ni atau orang kampung aku cakap “lapar gare” = lapar garam ialah masa aku sekolah rendah. Masa tu aku lepas makan daging lembu. Timbul bintat-bintat besar kat kulit macam peta rupanya. Memang gatal yang amat sangat.

Gegata

Bila garu lagi lah cepat “peta” tu merebak. Tup-tup satu badan penuh berbintat. Kesan merah timbul kat kulit dari muka sampai lah kaki.

Mak aku sapu air garam kat kulit. Lepas tu beransur-ansur hilang bengkak kulit akibat gegata tu.

Selepas tu lama jugak aku tak makan daging lembu. Konon aku ni alergik daging lembu.

Suatu hari aku selamba makan. Tak kena pun gegata!

Segala jenis masakan daging lembu aku makan — kari, bakar, panggang, singgang, masak merah — langsung tak kena gegata pun. Aku tak alah daging lembu rupanya. Hehe!

Second time aku kena gegata lepas makan sayur keladi. Gatal giler kena gegata ni. Mengaruk-garuk tak boleh tidur malam.

Aku ingat aku alergik keladi lah kan. Sebab tu first time aku makan keladi.

Tapi bila aku makan keladi lagi tak kena pun gegata. Tak alah pun! Kalau alahan mesti kena lagi dan lagi dan lagi gegata tu kan? Omak heran!

Kemudian aku pernah kena gegata suddenly tanpa diketahui sebab. Tiba-tiba satu badan dan muka kena gegata. Rasa kulit bengkak, sakit dan gatal pada satu masa!

Last sekali aku gegata yang teruk ialah selepas melahirkan Izzah. Masa tu aku duduk meneran dalam toilet. Sembelit. Peluh-peluh aku dibuatnya.

Tiba-tiba perut rasa gatal yang merebak satu badan. Habis kulit muka, perut dan belakang aku ada “peta” bintat-bintat merah.

Gegata

Merah macam gigitan nyamuk tapi bersambung-sambung bintat tu jadi macam “peta”. Aku rasa muka aku macam dah kembang bengkak.

Pergi klinik doktor terus injek suntikan anti-histamin. Doktor cakap kalau tak suntik sure malam aku tak boleh tidur. Esoknya terus baik.

Tips Hilangkan Gegata Dengan Mudah & Berkesan

Beberapa hari lepas muka aku keluar bintat merah secara tiba-tiba. Gatal sangat!

Aku tengok kat lengan pun mula keluar bintat merah juga. Kat perut pun. “Peta” dah mula membentuk. Gatalnya!

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Omakgorg! Gegata tu mula merebak!

Suami tak ada kat rumah so aku tak boleh nak pergi klinik. Apa aku nak buat ni? Mandi garam? Ish.. leceh. Fikir… fikir!

Kat rumah aku ada RenoSkin Medic Serum yang aku beli untuk rawat eczema aku.

RenoSkin Medic Serum Ubat Gegata Ubat Urticaria

Tak tahan gatal dan nak cepat — aku terus ambik RenoSkin Medic Serum. Picit dan sapu rata kali kat bahagian kulit yang kena gegata tu.

Omakgorg! Macam magik pulak tindak-balas Renoskin Medic Serum ni pada gegata. Lepas sembur terus rasa kurang gatal. 2-3 minit lepas tu rasa gatal terus hilang!!

“Peta” gegata tu pun makin surut. Gegata tu tak merebak ke bahagian lain. Sejam kemudian gegata pun hilang!

Memang terbaik RenoSkin Medic Serum ni. Memang first-aid dalam botol ni wajib ada kat setiap rumah. Selamat untuk bayi. Kalau bayi kena gegata pun boleh sapu RenoSkin Medic Serum ni!

RenoSkin Medic Serum Ubat Gegata Ubat Urticaria

Nota: Harga RenoSkin Medic Serum mampu milik. Hanya RM65 sebotol 80ml. Kalau guna hanya masa kena gegata memang boleh tahan berbulan-bulan. Beli RenoSkin Medic Serum kat sini ==> http://UbatPenyakitKulit.com/shop

More info tentang gegata di sini ==> 8 CARA HILANGKAN GEGATA DENGAN BERKESAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *