Bismillah. Aloe! Cikros di sini.
Beberapa bulan lepas aku ada post tentang rambut baby bongsu aku, Dina tu berambut perang. Rambut dia yang asal dari dalam perut adalah hitam pekat. Tapi berubah menjadi warna platinum atau blonde kuning jika terkena cahaya. Macam mana boleh jadi macam tu?
Sebelum aku pecahkan rahsia Dina berambut perang dan bagi petua untuk dapat anak berambut perang semulajadi, sila baca post aku sebelum ini tentang rambut perang. Tak baca aku tak nak share rahsia! Hehehe!
- Kenapa Warna Rambut Berbeza & Bolehkan Kulit Hitam Rambut Perang Semulajadi?
- Rambut Irdina Warna Perang Blonde!
Masa aku cerita tentang rambut baby aku perang tu, umur Dina baru cecah setahun. Rambut dia masa tu pun sangat pendek.
Masa tu pun kalau duduk bawah cahaya lampu di siang hari atau cahaya matahari — memang boleh nampak warna rambut dia bertukar warna dari dark brown jadi light brown atau kuning blonde atau putih platinum.
Sila tengok post aku sebelum ini jika nak tengok gambar masa dia kecik dan berambut pendek.
Sekarang rambut Dina sudah panjang dan lebat. Makin terserlah warna rambut perang blonde dia tu. Aku tengok pun kadang-kadang macam tak percaya. Takut mata aku main trick sebab dah tua. Manalah tau kan. Hehe!
Tapi ramai yang menegur cakap warna rambut Dina perang. Bila aku ambik gambar dan video pun memang nampak perang. Confirm lah tu anak aku rambut blonde.
Petua Dapat Anak Rambut Perang
Aku nak share rahsia untuk dapat anak rambut perang yang aku simpan dekat 2 tahun dah ni. Ready? Hehe!
Dina kena kerak kepala (cradle cap) masa umur dia 1 minggu – sebulan lebih. Nak hilangkan kerak kepala ni kena selalu sikat rambut baby dan letak minyak bagi melembutkan kerak kepala tu. Bila lembut mudah sikat dan buang.
Tapi aku tak guna minyak. Aku sapu FOREVER ALOE VERA GELLY pada seluruh rambut baby selepas mandi. Kemudian aku sikat rambut baby hingga kerak kepala tanggal dan melekat pada sikat.
Aku sapu Aloe Vera Gelly dan sikat rambut untuk buang kerak kepala ni rasanya dalam sebulan lebih. Setiap hari buat 2 kali sehari.
Masa tu rambut Dina memang hitam pekat. Bila rambut asal dari dalam rahim dia gugur dan tumbuh rambut baru, aku perasan warna rambut Dina dah berubah jadi light.
Macam warna putih platinum bila kena cahaya matahari. Aku ingatkan sementara. Tapi lepas cukur botak dan rambut baru tumbuh pun tetap warna perang!
Sampai sekarang umur Dina dah nak masuk 2 tahun pun, warna rambut dia tetap perang blonde. Maknanya Aloe Vera memang boleh cerahkan warna rambut secara kekal.
Aku pernah search Google tentang kesan Aloe Vera dalam mencerahkan warna rambut. Memang betul tau! Ada forumers di oversea yang discuss tentang Aloe Vera yang menyebabkan rambut mereka menjadi warna lebih cerah (lighter) atau perang / merah.

Terpulang nak percaya atau tidak. Tapi inilah rahsia bagaimana Dina dapat rambut perang. Izzah dulu aku sapu minyak Zaitun dan Irfan aku sapu Moogo Scalp Cream untuk atasi kerak kepala mereka. Rambut Izzah dan Irfan memang dark black lah. Kena cahaya memang hitam legam jugak. Memang beza sangat dengan rambut Dina.
Omak yang ada baby baru lahir tu boleh lah cuba sapu Forever Aloe Vera Gelly pada rambut anak. Mana tau nak dapat anak rambut perang macam Dina kan. Hehe!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Aku tak pasti samada kalau guna gel dari pokok Aloe Vera yang ditanam sendiri bagi hasil yang sama ke tidak. Boleh je cuba. Tapi aku tak galakkan sebab kalau ambik gel fresh dari pokok lidah buaya tu mungkin melekat getah so takut gatal-gatal pulak kepala baby.
Nak selamat guna Forever Aloe Vera Gelly sebab dia guna Aloe Vera yang distabilkan. Mudah nak guna. Picit dan sapu sahaja.
Disclaimer: Aku tak jamin tau akan dapat hasil rambut perang yang sama macam Dina. Aku tak pernah sapu-sapu minyak atau benda lain kat kepala Dina selain Aloe Vera Gelly tu. So aku rasa rambut dia perang disebabkan Aloe Vera Gelly. Aku juga tak pasti samada effect yang sama boleh jadi pada rambut orang dewasa. Aku share apa yang aku buat sahaja. Kalau dah sapu tapi tak perang jangan marah aku pulak. Hehe!
Menarik tip yang diberikan. Rupanya ada cara untuk mendapatkan rambut berwarna perang.