Bismillah. Cikros di sini.
Sebelum cuti sekolah hari tu, cikgu Irfan ada mesej bagitau untuk parents sediakan baju bendera Malaysia untuk anak. Ada pertandingan baju bendera sempena Hari Merdeka.
Alamak! Mana nak cari baju merdeka bendera Malaysia kanak-kanak lelaki ni? Tensen omak!
Aku cari kat Shopee ada seller ambil pre-order baju merdeka budak lelaki. Tapi harga dia omak aih…. kebaboomm mahal hingga RM50 sepasang.
Ye lah. Harga bendera Malaysia tak sampai pun RM10 untuk 2 bendera besar. Ni charged sampai RM50. Upah jahit RM40? Manyak untung noh. Haha!
So omak kena jahit sendiri lah baju bendera Malaysia untuk Irfan. Memang lah aku pandai jahit. Tapi masa tu kena korban lah 1-2 hari untuk buat baju merdeka tu. Huhu!
Baju Bendera Malaysia Kanak-Kanak Lelaki
Aku pun beli lah bendera Malaysia saiz 2 x 8 kaki kat Shopee. Semangat omak nak buat baju bendera untuk anak aku ni. Wahaha!
Tapi nak jahit design baju bendera macam mana? Aku tengok design baju merdeka budak lelaki kat internet tu semua macam sama je. Samada jubah atau baju melayu dengan seluar jalur putih merah. Tak berkenan langsung omak.
Kalau baju merdeka bendera Malaysia budak perempuan banyak lah pilihan design yang menarik. Boleh buat gown ropol-ropol.
Aku suka betul baju bendera Malaysia design macam ni. Serius cantik dan gojes. Macam pahlawan wanita gitu.
Tapi anak aku Irfan tu lelaki. Haishhh. Apa design baju merdeka aku nak buat ni.
Fikir punya fikir seminggu pun berlalu tanpa aku berbuat apa-apa. Aku pulak demam dan sakit satu badan akibat gigih bawa anak main kat KidZania hari tu. Huhu!
2 hari lagi pertandingan baju merdeka baru aku kelam-kabut buat baju bendera Malaysia Irfan.
Nak jahit baju merdeka budak lelaki design lain daripada yang lain tak sempat dah ni. Aku ingat nak buat baju coat dengan tie. Tapi masa mencemburui omak ni. Haha!
So aku jahit baju bendera Malaysia budak lelaki paling simple. Tapi still nampak lain sikit daripada baju bendera lain.
Aku guna kain satin putih untuk buat seluar dan lengan baju. Sampin pulak kain bendera berjalur merah putih. Siap ada tanjak tak berapa nak jadi tu. Wahaha!

Hanya satu bendera bersaiz 2 x 8 kaki yang digunakan untuk buat baju merdeka Irfan ni. Kosnya hanya RM7!
Baju Bendera Malaysia Kanak-Kanak Perempuan
Omak aihh. Anak aku yang bongsu Dina tu jeles pulak abang dia pakai baju merdeka. Dia pun nak jugak baju bendera Malaysia. Adeh!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Nasib baik ada lagi satu bendera extra tak guna. Aku jahit peasant dress untuk Dina.
Tapi nampak macam tak berapa cun pulak. So aku jahit jugak tutu yang menggunakan kain bendera jalur merah putih.
Perghh! Cantik pulak bila pakai peasant dress dengan tutu bendera Malaysia. Terpuji diri sendiri pulak. Wahaha!