Bismillah. Cikros di sini.
Anak-anak aku memang suka bermain. Kat rumah tu macam-macam jenis permainan dibelikan untuk mereka. Ada Lego bricks, car toys, patung mainan, alat muzik, basikal, scooter, remote control cars dan cooking sets.
Oh ya! Kami juga ada gelungsur dan trampoline di dalam rumah! Penuh satu rumah dengan barang permainan anak-anak. Nak letak sofa pun tak muat. Haha!
Selain bermain dengan permainan yang disediakan, anak-anak aku juga suka mencipta permainan mereka sendiri dan juga suka sangat bermain olok-olok (role play / pretend play). Kadang-kadang aku juga join sekali dalam permainan olok-olok mereka ni.
Teringat masa aku kecik. Kami adik-beradik dan cousins selalu bermain olok-olok @ pretend play. Kami pernah main olok-olok jadi TARZAN siap bergayut pada akar pokok dan memekik macam Tarzan.
Selain dari tu, kami pernah main jadi tukang masak (masak air, tanah dan daun guna periuk dan api betul), main kedai runcit jual beli guna duit daun, main doktor-doktor dan paling win sekali ialah main kahwin-kahwin. Siap ada tok kadi, pasangan pengantin bersanding dan tukang kipas. Best sangat bila teringat. Hehe!
Kebaikan Bermain Olok-Olok (Role Play) Untuk Anak-Anak
Tahu tak? Bermain olok-olok (role play / pretend play) adalah permainan imaginasi yang sangat digemari oleh kanak-kanak di seluruh dunia. So it’s a normal and healthy childhood thingy. Banyak benefits tau.
Biasanya anak-anak prasekolah dari umur 3 – 6 tahun lah yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Ketika ini mereka sangat suka bermain role play dan berpura-pura menjadi ibu, doktor, cikgu, princess / queen, penari, watak hero / heroin dan sebagainya.
Antara kepentingan bermain olok-olok untuk perkembangan awal kanak-kanak ialah mereka dapat belajar:
1) Menyelesaikan Masalah (Problem Solving)
Mengikut Piaget (1962), kanak-kanak memerlukan aktiviti bermain kerana bermain memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaikan pelbagai bentuk masalah (kognitif, motor, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek.
Kajian Smith and Simon (1984) mendapati bahawa pretend play meningkatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan kanak-kanak.
Bermain olok-olok mengajar anak-anak menyelesaikan masalah bersesuaian dengan pengetahuan kanak-kanak itu sendiri.
Contohnya bermain olok-olok sebagai doktor. Apakah tugas sebagai seorang doktor? Bagaimana caranya memeriksa pesakit? Apa perlu diberi / dibuat untuk redakan kesakitan pesakit?
2) Menyelaras Tugasan (Coordinate)
Semasa bermain olok-olok bersama kawan-kawan atau adik-beradik, kanak-kanak belajar menyelaras tugasan. Siapa yang memainkan peranan tertentu? Siapa yang akan jadi doktor dan menggunakan stetoskop? Siapa yang akan jadi pesakit?
Ketika ini kanak-kanak akan belajar siapa mereka, apa pentingnya mereka dalam persekitaran mereka dan perkaitan antara diri mereka dan persekitaran mereka.
3) Bekerjasama (Cooperate)
Kanak-kanak juga belajar kemahiran berkomunikasi, bersosial dan seni rundingan (the art of negotiation) semasa sama-sama bermain olok-olok dengan kawan-kawan atau adik-beradik.
Bermain olok-olok / pretend play mengajar kanak-kanak mengambil kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur. Mereka dapat belajar untuk menangguh kehendak semerta diri (delayed gratification) untuk mencapai matlamat kumpulan semasa bermain.
4) Berfikir Secara Fleksibel
Kanak-kanak belajar mengenali alam dewasa semasa role playing. Mereka diperkenalkan dengan konsep bahawa seseorang boleh menjadi sesiapa sahaja yang dia mahu.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tiada sekatan dalam berimaginasi dan ini mengajar mereka keberanian dan memupuk rasa ingin tahu yang sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak.
Bermain olok-olok juga mewujudkan rasa empati semasa anak-anak meletakkan diri mereka sebagai orang lain. Tak kisah lah samada mereka bermain olok-olok menjadi ibu, cikgu, pekebun atau puteri, kanak-kanak akan berpeluang mengenali satu-satu watak yang dimainkannya.
7 Tips / Idea Bermain Olok-Olok (Role Play Di Rumah)
Actually ada banyak idea bermain olok-olok (role play / pretend play) yang boleh dilakukan anak-anak di rumah. Biarkan anak bebas berimaginasi dalam bermain. Hasilnya pastinya menyeronokkan!
1) Main Jadi Doktor
Main olok-olok jadi doktor ni adalah role play yang anak-anak aku paling suka. Dari zaman Izzah kecik hingga Irfan dan Dina, semuanya suka betul jadi doktor.
Aku ada belikan Izzah set permainan doktor lengkap dengan stetoskop dan medicine kit plastik. Setiap hari mesti Izzah main jadi doktor dan checked jantung anak patung Baby Alive tu.
Time aku pregnant-kan Irfan, Izzah suka sangat checked perut aku yang membuyung tu. Konon nak check baby dalam perut okey ke tidak. Omak pasrah saja lah. Haha!
Aku ada juga beli stetoskop yang macam stetoskop real punya tau. Look and feel memang sebijik macam stetoskop doktor in real life. Siap boleh dengar degupan jantung melalui ear piece tu walaupun sayup-sayup.
So ada stetoskop ni memang makin seronok anak-anak aku main jadi doktor. Masa Dina baby, Irfan suka lah jadi doktor dan checked adik dia tu.
Bila Dina besar dia pulak main jadi doktor. Most of the time aku lah yang kena jadi pesakit kepada Doktor Dina ni. Hehe!
2) Main Jadi Mak
Aku rasa mana-mana budak pun suka main mak-mak ni. Pretend jadi mak kepada anak patung atau teddy bear. Role play paling biasa sangat ni di seluruh dunia. Hehe!
Of coz lah. Sebab anak kan suka copy paste tengok perlakuan ibu sendiri. Especially jika anak tu ada adik so biasa nampak ibu layan dan jaga adik macam mana. Masa main dia tiru lah apa yang dia nampak tu.
Izzah dan Irfan suka sangat jadi mak kepada anak patung baby alive tu. Siap tukar diaper, bagi minum susu dan bedung baby tu sebelum dodoikan baby tidur.
Owh! Irfan tu siap boleh breastfeed “anak” dia tau. Copy sebijik macam aku time menyusui baby Dina. Tepuk dahi! Haha!
3) Main Jadi Pemandu Kereta Kotak
Kat rumah ni macam-macam jenis car ride ada. Ada yang jenis kereta ada pedal kena kayuh. Ada kereta yang remote control. Ada jenis push car. Semua ni anak-anak boleh naik dan jadi pemandu.
Tapi most of the time kereta kotak jugak jadi pilihan anak-anak aku. Setiap kali ada kotak besar yang kosong mesti kotak tu akan dijadikan kereta.
Izzah lah yang lukis segala peralatan pada dashboard kereta (stering, meter, air cond) dan juga lukis tayar pada sisi kotak.
Adik-adik dia pulak masuk kotak dan jadi pemandu kereta. Gilir-gilir Dina dan Irfan jadi pemandu kereta dan tukang tolak kereta. Hehe!
4) Main Jadi Mekanik
Mekanik ni satu lagi permainan olok-olok favorite anak-anak aku. Mereka main jadi mekanik siap guna peralatan mekanik yang sebenar tau.
Tak main lah alat mekanik yang plastik tu. Rachets, wrenches, screwdriver dan sebagainya tu yang real baru best main jadi mekanik. Haha!
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Aku rasa memang bagus lah bagi anak pegang peralatan membaiki kereta / motor yang sebenar ni. Anak boleh belajar nama-nama setiap peralatan tu dan kegunaannya.
Izzah dulu beriya konon jadi mekanik nak baiki motor babahnya. Tapi gaya je lebih. Tak berpusing pun skru kat motor tu. Haha!
Irfan pulak jadi mekanik kereta. Tiru aksi babahnya nak tukar tayar kereta.
Siap guna car jack tu masa nak tukar tayar kereta mainan dia tu. Seronok aku tengok anak aku beriya-iya memulas skru tayar tu.
5) Main Jadi Princess
Anak perempuan memang pasti suka main olok-olok jadi tuan puteri kan. Especially kalau ada costume princess dan crown sekali.
Sure anak rasa seronok bergaya dan berlagak umpama princess yang menjelma dari buku cerita fairy tales. Banyak watak puteri yang anak boleh pilih – Snow White, Rapunzel, Belle, Cinderella, Sleeping Beauty, Princess Aurora, Princess Jasmine dan sebagainya.
Macam Izzah ni suka jadi Snow White sebab memang ada costume Snow White yang babahnya belikan masa ke Guangzhou tak lama dulu.
Seronok lah dia main jadi puteri especially bila dapat bergaya dengan Flower Crown yang dia menang dalam satu pageant online tu. Omak dulu tak merasa main olok-olok jadi princess ni tau. Haha!
6) Main Jadi Cikgu
Kat rumah ni ada dua black board easel so mudah mereka nak luahkan hasil kreativiti mereka kat papan hitam tu dengan kapur.
Selalunya anak-anak aku suka main olok-olok jadi cikgu. Of coz lah sebab hasil memerhatikan cikgu mereka kat sekolah tu. So macam biasa copy paste tiru.
Biasanya Irfan lah yang memainkan peranan sebagai cikgu. Anak murid pula sudah tentulah si Dina. Izzah pulak jadi guru besar.
Garang tau Cikgu Irfan ni. Kalau anak murid tak fokus mesti kena bebel. Kadang-kadang omak pun tak tahan dengar cikgu tu membebel.
7) Main Jadi Chef / Baker
Main masak-masak ni memang favorite anak aku jugak ni. Aku selalu jugak buat sesi main masak-masak ni kat dapur kami tu.
Bila aku nak buat biskut, kek atau kuih mesti aku panggil anak-anak aku main olok-olok jadi chef / baker.
Mereka seronok sangat bila dapat kacau adunan, uli tepung dan buat biskut guna cookie cutters. Part paling best mesti lah masa menghias biskut tu. Sambil hias sambil makan segala hiasan biskut tu. Haha!
Bermain Olok-Olok (Role Play) Lebih Seronok Di KidZania KL
Ada lebih 100 pekerjaan olok-olok di KidZania KL yang kanak-kanak boleh cuba mainkan peranan. Aku suka bawa anak-anak ke KidZania KL ni sebab persekitaran memang diwujudkan khas untuk anak-anak bermain olok-olok.
Siap ada pakaian / uniform khas untuk kanak-kanak semasa role play. Kat sini memang kanak-kanak akan dapat bersosial dan belajar disiplin / mengikut arahan.
Antara role play di KidZania KL yang anak-anak aku pernah buat ialah:
Bomba / Fire Fighter
Fire Fighter di KidZania KL adalah aktiviti yang paling hot sekali. Nak main jadi bomba ni kena beratur pada hiring time tertentu untuk ambil sticker giliran.
Kanak-kanak diajar langkah-langkah pencegahan kebakaran dan selepas itu akan naik fire truck untuk pergi memadamkan kebakaran di hotel.
Doktor Gigi / Dentist
Kanak-kanak akan belajar tentang kebersihan gigi dan cara untuk melakukan rawatan gigi kepada pesakit.
Fuel Dispatcher
Kanak-kanak main olok-olok sebagai pekerja stesen minyak. Biasa tengok parents singgah stesen minyak untuk isi minyak kan?
Nah.. sekarang anak pula boleh isikan minyak kereta pelanggan di Driving Streets tu.
Window Cleaner
Anak aku suka betul main olok-olok jadi pencuci tingkap ni. Tak tau lah kenapa. Seronok kot mencuci tingkap tu. Haha!
Vitamin Researcher
Aktiviti penyelidik vitamin di Pharmaniaga Citrex Vitamin Research Institut ni sangat best. Anak boleh belajar kebaikan vitamin Citrex dan membuat research tentang bahan aktif vitamin dan menghasilkan final produk.
Selepas habis research akan dapat sepaket vitamin untuk di makan!
Milk Processing Operator
Anak aku suka betul jadi operator kat Marigold Vitagen Factory ni. Mereka belajar menghasilkan susu kultur dan selepas itu akan dapat sebotol Vitagen.
Polis
Satu lagi pekerjaan olok-olok yang popular di KidZania ialah menjad polis. Dina pun pernah jadi polis tau!
Kanak-kanak memainkan peranan sebagai pegawai polis yang mengawasi keselamatan awam semasa bomba memadamkan kebakaran.
Notebook Engineer
Kanak-kanak belajar mereka cipta notebook cover dan menyusun komponen komputer di Z-Tech Computer Factory.
So mommies, bermain olok-olok kini tak susah, semuanya ada di KidZania Kuala Lumpur. Lagi best main olok-olok kat sini sebab persekitaran adalah simulasi dunia pekerjaan dewasa yang sebenar.
tq for this post.. mmg best main olok-olok ni msa kecik2 dulu heh heh
kannn.. hahaa
kak.. kidzania ada tiket murah ke? camner nak dpt tu…
biasa kidzania ada buat promosi.. kena tgk website kidzania ada kod diskaun kat situ.. boleh apply kod masa beli tiket online.. ada jugak kod yg khas untuk walk in purchase kat kaunter je
aku dulu suka main masak-masak.. guna api real tau.. campur tanah dgn air pastu masak ekekeeh.. syok ssangat
kak tim dulu suka main jadi pengantin ewahhhh.. suka benar bersanding hahahaaa