Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor | Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam – Bahagian Kanak-Kanak

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Aku ada masalah anai-anai kat rumah so kami panggil pest control untuk basmi ana-anai. Syarikat pest control ambil masa 7 jam untuk buat kerja. Terpaksa aku melarikan diri ke tempat lain bersama anak-anak. Tak koser nak hadap debu dan bunyi bising mesin gerudi selama 7 jam.

Aku decided pergi bertapa di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam sebab time tu Izzah tengah exam mid-year. Boleh buat ulang-kaji kat library.

Last aku pergi library Raja Tun Uda ni tak silap awal tahun 2016 sebab ada kursus. Masa tu parking kat Perpustakaan Raja Tun Uda ni tutup. Kena parking kat tepi jalan.

Parking kat library Shah Alam tu tutup sebab pembinaan tempat parking bertingkat Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam tengah buat since Januari 2016. Sampai sekarang (May 2017) belum siap!

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Ada tempat parking sementara kat libary tapi sangat jauh untuk berjalan kaki. Nasib baik ada perkhidmatan buggy disediakan. Tak lah omak pening nak handle budak 3 orang + beg dari parking ke library. Lega!

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Seronok jugak naik buggy ni. Boleh menikmati permandangan indah menghijau dari tempat parking ke library. Anak-anak aku memang excited giler. Hehe!

Bahagian Kanak-kanak Perpustakaan Raja Tun Uda

Aku bawak anak-anak ke Perpustakaan Raja Tun Uda sebab situ ada Bahagian Kanak-Kanak khas untuk budak bawah 10 tahun.

Sesuai sangat bawak anak ke situ sebab boleh bawa beg masuk dan boleh buat bising sesuka hati. Hehe!

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Perpustakaan Raja Tun Uda dibina dengan berkonsepkan ‘Perpustakaan dalam Taman’. Library Shah Alam ni memang nampak sangat aman dan hijau. Lokasi library terletak bersebelahan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Good location!

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Nak masuk perpustakaan kena buka kasut dan simpan kasut dalam beg yang disediakan. Beg kasut tu kena bawa bersama bila masuk dalam library. Aku rasa peraturan ini sangat bagus. Tiada risiko kasut yang mahal-mahal tu hilang. Hehe!

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Ada banyak kemudahan menarik di Bahagian Kanak-Kanak @ Zon Kreatif library Raja Tun Uda ni tau.

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Reading Tree

Ada pokok besar yang rimbun dalam Bahagian Kanak-Kanak Perpustakaan Raja Tun Uda!!

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Bukan pokok betul tapi hanya replika pokok yang dihiasi lampu. Kanak-kanak boleh membaca buku secara santai di bawah pokok.

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Omak abah boleh lepak sekali dengan anak-anak di situ. Nak baring-baring pun boleh. Hehe!

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Zon Kreatif

Berhampiran pintu masuk Bahagian Kanak-Kanak Perpustakaan Raja Tun Uda ada sebuah pentas kecil untuk memudahkan penganjuran pelbagai aktiviti minda.

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Kanak-kanak menyertai aktiviti setiap hujung minggu dan juga musim cuti sekolah seperti pertandingan mewarna, bercerita, senam-ria dan pertunjukan boneka.

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Zon Interaktif

Ada beberapa tarikan di Zon Interaktif perpustakaan ini iaitu:

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

  • i-Step merupakan satu tarikan utama di Zon Interaktif yang berupaya membangkitkan mood ceria kanak-kanak.
  • On-Location Reporter ialah satu aplikasi permainan yang membina keyakinan diri untuk pengucapan awam dengan gaya seorang wartawan melaporkan secara lintas langsung.
  • Permainan XBOX 360 Kinect turut disediakan bagi merangsang pemikiran strategik dalam permainan komputer, dengan caj minima RM0.50 untuk setiap pusingan permainan.

Zon Siber

Zon Siber menyediakan 8 komputer peribadi berasaskan Windows dan 8 komputer iMac. Caj penggunaan hanya RM1.00 sejam sahaja.

Reading Zone

Bahagian Kanak-Kanak Perpustakaan Raja Tun Uda ni memang sangat-sangat-sangat BISING.

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Budak-budak boleh membaca dan bermain dalam library ini sesuka hati. Baca buku kuat-kuat pun tiada siapa marah. Nak tonton TV pun boleh.

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Memang susah nak tumpukan perhatian buat ulang-kaji dalam keadaan bising macam tu.

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Nasib baik ada Reading Zone dalam Bahagian Kanak-Kanak Perpustakaan Raja Tun Uda ni.

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Reading Zone dipisahkan dari bahagian lain dengan dinding berkaca. Sangat peaceful duduk dalam Reading Zone. Hehe!

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Baby Dina suka sangat pergi library Raja Tun Uda ni. Acah-acah konon baca buku sambil duduk di lantai.

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Acah-acah konon baca buku sambil duduk di pangkin antara rak buku. Hehe!

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Eh! Ada buku Dinosaur lah! Dina-saur pegang buku Dinosaur. So sweet!

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Punyalah lama bertapa dalam library yang sejuk tu. Dina-saur aku siap tidur lagi dalam Reading Zone.

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Irfan dan Dina-saur boleh main hide and seek lagi tu dalam Perpustakaan Raja Tun Uda.

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Peekaboo!!

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Seronok budak-budak ni semua. Kami akan kembali!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *