Bismillah. Cikros di sini.
Selain kelas Taekwondo yang biasa, aku juga hantar Izzah dan Irfan pergi gym Sir Rizman untuk kelas latihan Taekwondo intensif khas untuk yang nak belajar lebih lanjut skill berlawan dan untuk sertai kejohanan Taekwondo.
Kelas yang ni tak sama dengan kelas Taekwondo biasa. Sebab dalam kelas Taekwondo biasa hanya fokus kepada mengajar pelajar new Taekwondo steps dan taegeuk untuk grading. Teknik sparring tidak ditekankan dalam kelas ini.
Tapi dalam kelas intensif Taekwondo, pelajar akan diberi lebih banyak senaman menaikkan stamina, latihan kicking intensif dan strategi serta latihan sparring.
So pelajar kena beli Taekwondo sparring set yang complete. Masa kat kelas Taekwondo ni wajib pakai at least body vest dan head gear.
Pihak gym ada sediakan peralatan sparring untuk dipinjam tapi tak banyak lah. Kondisi peralatan pun dah lunyai sebab ramai yang pakai.
So lebih baik beli sendiri sebab lebih hygiene. Anak pun pasti lebih selesa pakai peralatan sparring sendiri sebab saiz peralatan sparring Taekwondo pun for sure ikut badan anak.
Of coz omak abah kena invest duit lah untuk beli peralatan Taekwondo untuk berlawan ni. Harganya pulak tak murah tau.
Kalau anak seorang okey lagi lah kot Tapi kalau anak 2 ke atas tu boleh murung omak! Wahaha!
Taekwondo Sparring Set / Protection Gear Jenama SS King
Izzah first time masuk kejohanan Taekwondo masa umur dia 8 tahun. Aku belikan dia peralatan Taekwondo Sparring Set jenama SS King.
Satu set protection gear Taekwondo ni mengandungi 5 peralatan:
- Body protector / vest | Head gear
- Groin guard | Shin guards | Forearm guards
Harga satu set kebabooom mahal. RM400+ untuk satu set peralatan Taekwondo sparring set!
Mana aku beli peralatan Taekwondo ni? Of coz lah beli dari Sir Rizman. Masa tu dia jual jenama SS King ni.
Sir Rizman pun dah buka kedai peralatan Taekwondo kat Setia Alam, Taipan 2. World Martial Arts nama kedai dia.
Aku belikan Izzah set sparring tu saiz XS. Sampai sekarang Izzah pun Izzah masih muat lagi pakai saiz XS. Keadaan Taekwondo sparring set SS King tu pun masih dalam keadaan baik. So Izzah boleh terus guna untuk latihan Taekwondo intensif di gym 2 kali seminggu.
Taekwondo Sparring Set / Protection Gear Jenama OMAS
Omak kena cari lah peralatan Taekwondo untuk sparring yang harga mampu milik. Aku search kat internet terjumpa dengan website OMAS yang jual peralatan Taekwondo secara online.
Kebetulan masa tu OMAS Martial Arts Shop ada buat promosi jual peralatan Taekwondo protection gear set dengan harga RM212 sahaja!
Terus lah aku beli peralatan Taekwondo jenama OMAS untuk Irfan. Aku beli saiz S untuk junior / kanak-kanak.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Nampak comel pulak anak aku pakai complete set Taekwondo protection gear tu. Hehe!
Taekwondo Sparring Set / Protection Gear Jenama Adidas
Aku memang minat dengan peralatan Taekwondo jenama Adidas ni. Tapi harga satu set RM400+ jugak. So mampu tengok je lah dulu. Kena menabung ni untuk beli new set untuk Izzah.
Kalau nak beli peralatan Taekwondo, boleh terjah kedai peralatan Taekwondo / martial arts kepunyaan Sir Rizman di Taipan 2, Setia Alam.
Tapi nak pergi please call dulu lah ye. Sebab ia adalah mainly kedai supplier untuk jualan online. So masa buka tu tak tentu.
World of Martial Arts => 017 – 349 9240