Bismillah. Cikros di sini.
Aku nak story tentang rebreakable board atau papan plastik boleh guna untuk latihan pecah papan Taekwondo secara berulang-kali.
Semasa grading terutamanya time grading Merah 1 naik ke Merah 2 dan time grading Black Belts, students Taekwondo WAJIB pecahkan papan.
Teknik sepakan atau tumbukan semasa pecahkan papan berbeza ikut gred. Contohnya jika Merah 1 naik Merah 2 hanya perlu pecah papan menggunakan side kick.
Peluang diberikan hanya 3 KALI PERCUBAAN. Jika selepas 3 kali cuba tapi masih tak pecah, dikira sudah gagal pecahkan papan.
Grading mungkin lulus jika persembahan Taegeuk cemerlang. Tapi tiada untuk sesi pecahkan papan.
Sebab tu WAJIB berlatih pecahkan papan sebelum grading.
Tapi harga sekeping papan Taekwondo tu bukan murah tau. Sekeping papan setebal 0.5 – 1 inci berharga RM15!
Mati lah nak beli banyak-banyak papan untuk praktis. Berlubang poket omak ni hah. Huhu!
Rebreakable Kick Board @ Papan Boleh Guna Semula
Solusinya mudah sahaja. Beli papan plastik yang bila pecah boleh cantum untuk digunakan semula. Rebreakable board!
Masa Izzah nak grading Merah 1 ke Merah 2 pada akhir tahun 2016, aku ada beli di Lazada satu rebreakable board berharga RM118.
Papan plastik MOOTO Taekwondo Rebreakable Tile ini special diimport dari Korea! Jenama Mooto tu. Patutlah harga mahal.
So Izzah gunakan rebreakable board ni sebagai latihan sebelum grading Merah 2. Juga berguna untuk latihan pecah papan sebelum grading Black Belt.
Aku suka papan plastik Mooto ni sebab:
- Boleh guna banyak kali untuk latihan pecah papan. Pecah, cantum dan pecah semula. The cycle continues!
- Sangat jimat berbanding beli papan kayu untuk latihan pecah papan. Hehe!
- Sangat tahan lama dan boleh digunakan adik-beradik yang lain.
Irfan pun guna juga rebreakable board ini sebagai persediaan naik tali Merah.
Tapi beberapa bulan lepas, sebelum Irfan naik Merah 2, papan plastik Mooto tu SUDAH HILANG. Tak dapat dikesan!
Omak terpaksa beli rebreakable baru. Nasib baik dapat murah sikit harga RM65.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tapi papan plastik yang baru ni tak sama dengan yang lama. Yang aku beli dari Korea jenama Mooto warna kuning tu bentuk dia melengkung dan ada padded circle kat depan.
Yang baru tiada jenama dan bentuk empat segi warna biru dan padded keseluruhan depan dia. Tak best sangat yang tak branded ni. Haha!
Tapi still masih sangat berguna untuk buat latihan pecah papan.
You know what? Selepas 2 hari aku beli rebreakable kick board yang baru tu, tiba-tiba Mootto rebreakable tile tu sudah dijumpai semula!
Cheese cake sungguh!!! Terbang duit aku RM65 beli kick board baru tau. Omak is feeling meh!!