Peralatan Taekwondo | Beli Peralatan Taekwondo Murah Malaysia Online – Harga Target Kicking Taekwondo Omas Hanya RM22!

Bismillah. Aloe! Cikros di sini.

Anak-anak aku belajar Taekwondo. So, kena ada kicking target untuk berlatih menyepak. Tak kan nak sepak omak sendiri kot. Hehe!

Suami aku ada beli hanging punch bag yang digantung kat ruang tamu rumah aku untuk anak-anak practise menendang. So far memang anak-anak practise kat situ.

Aku pun join sekali lah menyepak punch bag. Sesuai sangat menyepak benda alah ni bila datang stress dan kepala naik angin macam nak meletup tu. Sepak sampai penat. Hak hak hak!

Aku juga ada belikan Izzah dulu satu handheld kicking target Taekwondo jenama SS King about 3 years ago. Harga RM30++. Malangnya kicking target Taekwondo tu dah berkecai jadi debu dia punya lapisan PU (polyurethane). Bila sepak je habis terbang debu satu rumah!

Terus aku campak kicking target Taekwondo tu dalam tong sampah.  Omak kena beli kicking target Taekwondo yang baru.

Kicking Target Taekwondo Malaysia Murah Online

Aku kalau boleh nak beli kicking target Taekwondo yang berkualiti. Lagi best kalau boleh tahan hingga 7 generasi. Omak ngong! Hehe!

At least boleh tahan 3 adik beradik pun aku dah puas hati. Ni baru guna 3 tahun dah hancur. Bukan hari-hari pun buat latihan menyepak. Most of the time benda tu menyorok bawah katil Izzah je. Omak tak like!

Aku nak beli kicking target Taekwondo jenama Adidas. Tapi mahal lah pulak. RM90++ seketul kicking target yang tak gorgeous mana pun. Kuasa membeli omak semakin nipis sekarang ni. Hehe!

Google sana sini. Finally aku jumpa kicking target Taekwondo yang sangat gorgegous dan aku sangat berkenan. Harga pulak murah kebabooommmm. Tengah sales tu dapat diskaun 50%!

OMAS Taekwondo Kicking Target

Oriental World Martial Arts Supply (OMAS) ada buat promosi peralatan Taekwondo kat kedai online OMAS tu. Meleleh air liur omak!

Double pad kicking target OMAS tu berharga RM45 seketul tapi sekarang tengah jual murah hanya RM22 termasuk GST!! Terus aku beli 2 ketul kicking target Taekwondo tu berwarna merah dan hitam!!

Satu tak cukup ke? Tak! Aku kena beli dua sebab confirm Irfan akan bergaduh berebut kicking target dengan Izzah. Nah! Omak belikan kicking target Taekwondo jenama OMAS ni sorang satu. Malas practise menendang omak hempuk dengan kicking target ni. Hehe!

Aku suka sangat kicking target Taekwondo OMAS ni sebab kicking pad tu lebar dan design dia sangat luar biasa gorgeous bagi seketul kicking target. Hehe!

OMAS Taekwondo Kicking Target

Ada 4 pilihan warna iaitu merah, hitam, biru dan kuning. Aku berkenan sebab ada gambar kepala harimau mengaum pada kicking target Taekwondo OMAS tu. Sesuai sangat dengan omak yang rimau ni. Hak hak hak!

Selain kicking target Taekwondo OMAS yang murah, ada juga offer jual set peralatan sparring @ sparring gear Taekwondo yang murah.

Set lengkap peralatan untuk tournament Taekwondo hanya RM322 RM212 untuk:

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

  • Gear bag
  • Head gear
  • Arm guards
  • Shin guards
  • Groin guard
  • Body protector

OMAS Taekwondo Kicking Target

Aku rasa sangat berbaloi dan murah harga sparring gear Taekwondo OMAS ni. Sebab dulu aku beli jenama SS King complete set adalah dalam RM400++!!

Nota: Aku tak dapat komisen pun cerita tentang OMAS ni. Just sharing untuk bantu omak abah yang mungkin sedang mencari peralatan Taekwondo murah untuk anak mereka. Tak perlu terima kasih pada aku. Doakan aku murah rezeki pun cukup lah. Hehe!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *