Bismillah. Aloe!
Masa aku remaja demam campak ni perkara biasa di kalangan baby kat kampung aku. Malah anak-anak saudara aku yang duduk bandar pun biasa kena demam campak.
Sangat biasa hingga mak bapak pun relek je kalau anak kena demam campak. Jaga kat rumah je dalam seminggu baik la demam campak @ measles tu.
Kiranya dulu penyakit demam campak ni sesuatu yang mak bapak expected akan jadi pada baby & kanak-kanak. Sama macam penyakit chicken pox lah. Masa tu tak pernah pulak aku dengar ada budak mati kena demam campak.
Tapi sekarang ni sebut demam campak @ measles je macam merbahaya sangat penyakit ni. Mungkin sistem imun badan manusia dah semakin lemah tak kuat macam dulu.
Jom belajar lebih lagi tentang demam campak. Knowledge is power kan. Aku share artikel di bawah ni untuk pengetahuan semua.
Demam Campak @ Measles
Deman campak adalah demam yang datang bersama ruam pada kulit. Demam campak juga dikenali sebagai morbili, rubeola atau measles.
Sekitar tahun 1960-an, iaitu ketika vaksin campak masih belum ditemui, ia menjadi ancaman utama kepada ibu bapa kerana komplikasinya yang boleh mengakibatkan kematian. Sejak itu juga, berlaku penurunan kes-kes campak yang dilaporkan di negara ini berikutan kempen imunisasi campak yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Pada tahun 2005, negara dikejutkan pula dengan berita kematian 14 orang Penan di Sungai Urun, Belaga, Sarawak. Rata-ratanya mengalami pneumonia (radang paru-paru), antara komplikasi utama campak, yang dipercayai disebarkan oleh seorang lelaki kaum itu yang berkahwin dengan wanita Iban.
Samarahan, Sarawak (Malaysia) – Empat lagi lelaki dewasa Penan dijangkiti campak dan dimasukkan ke Hospital Bintulu, menjadikan semua 11 orang masih dirawat selepas wabak itu merebak tiga minggu lalu. Kesemua mangsa terbaru berasal dari Sungai Asap, Belaga, di utara Sarawak. Sebelum ini, 13 kanak-kanak dan seorang dewasa Penan meninggal dunia akibat campak – – Berita Harian, Sabtu – 29 Januari 2005
Pensyarah Pediatrik Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azam Mohd. Nor berkata, campak @ measles merupakan sejenis penyakit berjangkit yang ditularkan oleh virus campak morbillivirus, dari keluarga paramyxoviridae.
Penyakit campak boleh merebak dengan begitu senang sekali iaitu melalui titisan air liur pesakit, baik semasa batuk, bersin ataupun hanya bercakap.
Campak mempunyai peluang jangkitan yang sangat tinggi sehingga mencapai lebih 90 peratus sekiranya seseorang belum pernah mendapat imunisasi campak mahupun terkena penyakit itu sendiri.
Ditanya sama ada orang dewasa boleh mendapat campak, Dr. Azam menjelaskan, kemungkinannya ada tetapi sangat jarang khususnya mereka yang berusia 30 tahun ke atas.
Dalam kes campak orang Penan yang turut meragut nyawa orang dewasa itu, ia berlaku kerana mereka belum pernah terdedah kepada penyakit sedemikian, menyebabkan badan tidak mempunyai daya tahan melawan campak.
Gejala-Gejala Penyakit Demam Campak @ Measles
Gejala-gejala yang boleh timbul dari penyakit demam campak @ measles ini terbahagi kepada empat tahap iaitu:
1: Tahap pengeraman sekitar 10 hingga 14 hari selepas dijangkiti di mana pesakit tidak mengalami sebarang gejala
2: Tahap prodromal berlangsung selama lebih kurang lima hari. Pada saat ini, kanak-kanak mula menunjukkan gejala seperti
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
- demam selesema
- hidung berair
- batuk ringan
- mata merah berair (konjunktivitis)
- photofobia (mata mudah silau kepada cahaya)
- kesukaran menelan
Tompokan kecil berwarna putih di dalam mulut (koplik’s spot) berupa garam yang ditaburkan di atas permaidani merah, lazimnya dikesan selepas dua hingga tiga hari pesakit mendapat batuk selesema. Koplik’s spot dinamakan sempena seorang pakar pediatrik di Amerika Syarikat, Henry Koplik yang pertama kali mengesan tompokan ini.
3: Apabila tahap pembentukan ruam yang berasa sedikit miang bermula, demam menjadi bertambah tinggi sehingga mencapai lebih 40′ C. Batuk pula semakin parah.Sebahagian ruam muncul dalam bentuk perubahan warna (makula) manakala sebahagian lagi timbul pada permukaan kulit (papula).
Tabiat ruam campak bermula dari belakang telinga, leher, muka, dada, merebak ke seluruh badan, tangan, punggung, perut dan lengan sebelum menjalar ke bahagian kaki.
Keseluruhan proses ini mengambil masa antara dua hingga tiga hari, kemudiannya beransur-ansur hilang manakala suhu badan mulai menurun, demam kebah dan koplik’s spot turut lenyap. Sebab itulah, kita biasa mendengar orang tua-tua selalu berkata, sekiranya ruam sampai ke kaki, tandanya campak semakin sembuh.
4: Tahap penyembuhan; ruam hilang, lapisan kulit mengelupas manakala konjunktivitis juga semakin pulih. Gejala batuk bagaimanapun mengambil masa sedikit untuk pulih.
Kesan Buruk @ Komplikasi Demam Campak
Gejala campak, kata Dr. Azam, sekalipun nampak ringan tetapi ia boleh menyebabkan komplikasi jangkitan yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Masalahnya, virus campak boleh ditularkan daripada seseorang kepada yang lain semasa pesakit masih berada pada tahap pengeraman yang tidak menunjukkan sebarang tanda.
“Komplikasi yang paling biasa mengiringi campak ialah pneumonia, keratitis (inflamasi selaput mata) yang jika tidak dirawat boleh menjejaskan daya penglihatan, otitis media (jangkitan telinga) menyebabkan pekak dan ensefalitis (radang otak) menyebabkan sawan.
“Kekurangan zat makanan yang berkait rapat dengan daya tahan badan yang lemah serta masalah immunoefficiency disebabkan oleh rawatan kanser atau HIV, boleh memburukkan lagi komplikasi campak,” katanya.
Sejenis komplikasi lain yang boleh mengundang maut sekalipun jarang berlaku iaitu subacute sclerosing pan-encephalitis, boleh menyebabkan perubahan personaliti, serangan mengejut, kerosakan otak kekal dan pesakit koma selepas beberapa tahun dijangkiti. Memandangkan sehingga ke hari ini, tiada rawatan untuk penyakit-penyakit bawaan virus termasuklah campak, imunisasi sangat penting sebagai pencegahan, kata Dr. Azam.
Rawatan Demam Campak @ Measles
Rawatan biasa yang diberikan ialah banyakkan minum air bagi mengelakkan dehidrasi akibat panas badan, pemberian paracetamol bagi melegakan demam, antibiotik sekiranya terdapat kuman di dalam paru-paru dan vitamin A bagi mengurangkan komplikasi.
“Campak tergolong dalam kategori penyakit yang dapat dicegah dan pencegahan paling berkesan adalah melalui suntikan vaksin.
“Vaksin campak terdiri daripada virus campak hidup yang dilemahkan dan dikulturkan di dalam embrio anak ayam untuk merangsang tubuh menghasilkan antibodi sendiri,” katanya.
Vaksinasi campak didatangkan dalam bentuk gabungan dengan vaksin beguk (mumps) dan rubella yang secara ringkasnya dinamakan sebagai MMR.
Sebanyak dua dos imunisasi MMR diberikan iaitu dos pertama ketika kanak-kanak berusia setahun manakala dos tambahan semasa mereka berada di tahun satu persekolahan rendah.
“Usia 12 bulan dipilih kerana jika diberikan terlalu awal, vaksin mungkin tidak dapat bertindak balas dengan berkesan kerana bayi masih membawa kekebalan si ibu semasa hamil.” [wp-svg-icons icon=”shocked-2″ wrap=”i”]
“Kerana itu, penyusuan ibu sangat digalakkan bagi memanjangkan lagi tahap dan tempoh daya tahan kanak-kanak,” katanya.
Ibu bapa yang tidak menyuntik MMR semasa bayi berusia 12 bulan hanya mendedahkan kanak-kanak itu kepada ancaman campak yang lebih besar pada masa akan datang.
Suntikan imunisasi MMR diberikan sama ada pada bahagian paha atau lengan. Ia akan meninggalkan kesan sampingan yang ringan seperti sakit dan bengkak pada bahagian yang dicucuk, mengantuk, demam, ruam dan bengkak kelenjar air liur di leher.
Demam Campak Boleh Menjangkiti Mereka Yang Sudah Divaksin
Menjawab soalan sama ada individu yang mendapat suntikan MMR masih boleh dijangkiti, beliau menjelaskan, dianggarkan dua hingga empat peratus vaksin tidak berkesan.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
“Ada banyak sebab kenapa ia berlaku seperti cara penyimpanannya yang tidak sesuai, pemberian vaksin yang terlalu awal kepada bayi berusia kurang 9 bulan di mana vaksin tidak bertindak secara baik dan kekebalan tidak sempurna.
“Kalau terdapat kes campak yang banyak di satu-satu tempat, umur 12 bulan dah dapat campak, kita boleh berikan suntikan lebih awal, sembilan bulan misalnya,” kata beliau.
Mengenai salah tanggapan segelintir masyarakat yang mengaitkan vaksin campak sebagai punca penyakit lain seperti autisme, berikut adalah mesej Dr. Azam:
“Penyelidikan terperinci telah menyangkal autisme sebagai kesan sampingan vaksinasi. Kesahihannya boleh dipertikaikan.
“Kita cenderung percaya benda kecil yang diperbesarkan hinggakan kita lupa kebaikannya yang jauh lebih besar,” katanya sambil menambah, kes campak di Penan adalah terpencil, sedangkan di Kuala Lumpur masih ada orang yang tidak mengambil suntikan MMR.
Tidak Boleh Vaksin Pesakit Dengan Alahan Kepada Telur
Antara keraguan yang biasa dibangkitkan ialah mengenai alahan pesakit kepada telur memandangkan pembuatan vaksin campak yang dihasilkan di dalam embrio anak ayam.
Cara penghasilan tersebut sebenarnya bertujuan menyukarkan pembiakan virus di dalam tubuh manusia.
Jika wujud keraguan, tambahnya, pihak hospital akan melakukan suntikan di bawah penyeliaan doktor. Vaksinasi MMR boleh diperoleh secara percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan, di seluruh negara.
Oleh: Shafinaz Sheikh Maznan