Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.
Aku ada ekzema! Tiba-tiba time 4-series ni boleh kena penyakit kulit ekzema pulak. Omak tak percaya. Huhu!
Biasa ekzema ni jadi kat bayi dan boleh berlarutan sehingga dewasa. Tapi aku ni tiada history kena ekzema pun. Tetiba kena ekzema sentuhan @ contact ekzema. Kulit jadi alah dengan rambut, fabrik dan cuaca panas!
Macam mana boleh berlaku? Aku rasa kulit pelipat lengan aku alah kepada rambut Irdina! Rambut blonde Dina tu selalu kena pelipat lengan aku masa menyusui dia. Aku kan pangku dia kat pelipat lengan.
Mungkin cuaca panas + geseran kulit dengan rambut yang kerap menyebabkan kulit pelipat lengan kanan aku merengsa dan hingga tumbuh ruam-ruam kecil. Gatal giler!
Malam nak tidur aku letak Aloe Vera Gelly dan rasa gatal terkawal. Berminggu macam ni. Ruam kejap ada, kejap tak ada. Macam biskut Chipsmore. Hehe!
Mac 2017 – Ruam Gatal
Suatu hari ruam mula tumbuh di pelipat lengan kiri pulak. Kena kain baju lengan panjang pun merenyam gatal. It’s getting worst!
Ada sekali aku letak Aloe Vera dan tampal gauze dengan micropore surgical tape. Sebab nak elak kulit kena kain baju lengan panjang.
Lepas tu berpeluh-peluh dan kegatalan makin tidak terkawal. Tergaru-garu aku sampai melecet. Nampak merah dan berair. Makin teruk ni!
April 2017 – Prickly Heat Rashes (Ruam Peluh)
Cuaca masa tu sangat panas dan membahang. Pagi hari pun matahari sudah terik. Masa hantar anak ke kelas Taekwondo, leher aku berpeluh dengan banyak sekali. Terasa tidak selesa dan gatal-gatal.
Setiap kali peluh keluar terasa kulit macam ditusuk beratus jarum halus. Gatal, pedih dan sakit! Aku kena prickly heat rashes di leher dan dada. Memang sangat prickly!
Tak boleh peluh sikit memang sakit leher dan dada. Memang siksa sangat rasanya. Aku sapu Aloe Vera Gelly dan Aloe Propolis Creme pun pedih.
Masa Irfan kena heat rashes ni dulu aku sapu terus baik selepas 2 hari. Tapi aku berhari-hari tak baik-baik. Omak sangat sakit!
Ruam peluh @ prickly heat rashes makin menjadi-jadi. Tak tahan aku terus jumpa doktor di klinik. Alang-alang jumpa doktor untuk prickly heat rashes, aku tunjuk sekali pelipat lengan yang ada ruam tu.
Doktor cakap tangan aku kena jangkitan kulat. Aku dapat ubatan berikut:
- Ubat tahan gatal untuk dimakan – EZEDE
- Ubat sapuan steroid Ecocort untuk lengan dan Hydrocort untuk leher
Topical Steroid Withdrawal (TSW)
Aku tahu kesan buruk ubat sapuan steroid. Tapi since aku dah tak tahan dengan kegatalan ruam pada pelipat lengan (kiri dan kanan) DAN kesakitan akibat ruam peluh di leher & dada — so aku tawakal sapu Ecocort nipis-nipis pada pelipat lengan kanan.
Konon macam test lah tengok apa jadi pada ruam di pelipat lengan kanan tu. Pergh! Pedih giler lah sapu ubat Ecocort tu!!
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Lagi pedih dari Aloe Vera. Aku sapu lewat petang. Rasa pedih, mencucuk dan berdenyut tu terasa dari awal sapuan hingga keesokan harinya. Berjam-jam aku menahan pedih dan sakit!
Tapi aku tahan sebab kulit di pelipat lengan kanan nampak ada improvement. Ruam makin susut.
Aku pun sapu juga Ecocort pada pelipat lengan kiri. Berdenyut pedih dua-dua pelipat tangan aku selama 3 hari. Aku stop pada hari ke 4 sebab tak nak lah bergantung pada ubat steroid topikal tu.
Aku mula sapu ubat Hydrocort pada leher pula. Amazing sebab tak rasa pedih. Mula-mula aku expect akan rasa pedih tapi tak. So aku teruskan sapu nipis for 3 days. Nampak macam makin baik. Aku stop sebab tak nak depends on steroid kan.
Ubat Ezede tu aku makan jugak 1 biji 2 kali sehari. Tapi tak rasa hilang pun gatal. Makin gatal ada lah. Aku perasan bahagian lain lengan terasa panas dan gatal dari bawah kulit. Bila pegang terasa ada biji-biji ruam kecil yang tidak timbul. Tak boleh tidur aku dibuatnya.
Pelipat lengan aku ada balik ruam. Makin banyak dan makin gatal. Aku garu sikit saja terus tersiat kulit aku! Topical Steroid Withdrawal (TSW) kah ini? Baru sapu steroid 3 hari pun kena TSW. Bayangkan kalau bertahun-tahun sapu ubat steroid. Huhu!
Kulit aku jadi nipis dan mudah cedera. Huhu! Selepas mandi mesti rasa pedih yang amat sangat!

Aku terasa gatal, pedih dan bengkak kulit dari lapisan paling dalam. Nak pangku baby pun tak boleh! Nak pakai tudung dan baju lengan panjang pun sakit!
Tidur? Memang tak boleh lelap mata. Berbulan aku tidur-tidur ayam. Aku rasa ayam pun tidur lagi nyenyak dari aku. Hehe!
Alahan Kepada Ubat Tahan Gatal / Anti Histamin / Ezede
Selepas 3 hari makan ubat Ezede lengan aku semakin teruk. Oozing dan merah. Belakang dan kaki aku pun dah jadi gatal-gatal. Apa pun tak boleh buat!
Baru aku terfikir mungkin ubat Ezede tu penyebabnya? Aku ada alahan pada ubat Ezede!
Aku terus jumpa doktor yang sama lagi. Tunjuk lengan aku yang semakin teruk. Keseluruhan lengan kanan dan kiri aku terasa sangat gatal. Kulit pelipat lengan jadi kematu keras dan merekah. Sakit dah pedih tak boleh cerita lah.
Prickly heat rashes pada leher dan dada pun tak baik-baik jugak. Muka pun ada juga. Pedih dan prickly! No improvement at all.
Kali ini doktor cakap aku kena EKZEMA! Dia salahkan aku garu masa tidur sebab tu kuman tu merebak.
Doc!! Aku dah kena ruam kat pelipat lengan tu berminggu-minggu. Kejap baik kejap ada balik. Tak pernah ruam tu kena tempat lain. Hanya kat pelipat lengan sahaja.
Tapi selepas makan ubat Ezede tu terus merebak ruam tu ke seluruh lengan. Malah kaki dan belakang pun kena jugak. Tak something fishy ke tu? Tak macam allergic reaction tu ke doktor? Omak is feeling meh!
Doktor suruh hentikan ubatan sebelum ni. Aku dapat ubat ni pulak:
- Calamine lotion – sapu pada kulit yang beruam halus (merah dan panas)
- Beprosalic Ointment – sapu pada pelipat lengan
- Ubat makan Chloramine – makan 2 kali sehari
Aku tak sapu pun Beprosalic dan tak makan pun Chloramine tu. Tak berani aku nak makan. Kalau makin teruk macam mana? Tak sanggup aku ambik risiko.
Aku hanya sapu Calamine lotion tu pada seluruh lengan. Memang terasa lega dan hilang gatal-gatal.
Tapi lepas few days aku rasa kulit lengan makin kematu dan menebal. Keras, gatal dan sakit. Macam sudah kena jangkitan kuman. Sapu Aloe Vera pun dah tak berkesan.
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.
Beli Tudung Sekolah Selesa | Tekan Sini
Makin membiak-biak ruam tu. Asalnya ruam hanya ada kat pelipat lengan. Selepas makan Ezede tu ruam dah tumbuh di keseluruhan lengan. Omak terasa sangat down!
Aku stopped sapu Calamine lotion dan fokus untuk healing from inside out. Aku pulun makan Absorbent C dan Pomesteen Power.
Aku kena cari dan cuba something else untuk kulit lengan aku tu. Pronto!
Elixir Oil & Redoxamin Biohealer
Aku dah plan nak jumpa doktor pakar sakit kulit tapi before that aku nak usaha dulu cara alternatif. Pakar kulit pun for sure bagi ubat steroid. Usaha dulu cara lain!
Masa searching group Ekzema Malaysia aku terjumpa Elixir Oil dan Redoxamin Biohealer, produk seorang doktor. Since doktor yang buat produk ni dan katanya Elixir boleh bunuh jangkitan virus, bakteria dan kulat pada kulit so aku mesti cuba!
Terus aku order Elixir 50ml dan Redoxamin. Harga Elixir 50ml RM88 dan Redoxamin RM77. Mahal betul Elixir tu. 50ml je kot.
Terkejut aku bila tengok packaging Elixir tu. Just dalam bekas kaca macam ni TANPA LABEL. Hmm!
Aku tanya seller dia cakap Elixir Biohealer belum ada label. Aikkk. Bukan ke Elixir ni dah bertahun-tahun kat pasaran? Pelik pulak produk doktor tak ada label. Tak lulus KKM kah?
Tapi aku sapu jugak Elixir Biohealer ni kat lengan aku. Dah terbeli kena lah cuba jugak. Sapu dan tawakal.
Perghhh! Pedih giler menyengat tak terkata kulit aku kena Elixir tu weh!! Berdenyut-denyut dari malam sampai ke pagi. Rasa nak berguling-guling sambil meraung!
Still aku bertahan dan teruskan penyapuan. Sebab nampak ada improvement. Ruam-ruam tu ada yang mengecut. Tak membiak ruam baru.
Elixir Biohealer mengandungi minyak zaitun dan minyak biji bunga matahari yang telah diozonkan. Kandungan ozon di dalam Elixir akan membebaskan hidrogen peroksida pada tisu dan sel seterusnya membunuh jangkitan virus, bakteria dan kulat serta parasit. Sebab tu pedih yang maha dahsyat!
Elixir Biohealer aku sapu habis dalam masa 3 hari. Bayangkan. 3 hari tu aku maca orang giler menahan sakit dan pedih. Nak susukan baby pun separuh nyawa aku rasa menahan sakit. Huhu!
Redoxamin tu fokus untuk heal guts (perut) tapi aku minum tak sampai separuh botol. Sebab rasanya pelik dan aku was-was. Aku takut jadi makin teruk. Better lah aku makan produk yang biasa aku makan.
Aloe Vera Gel, Pomesteen dan Absorbent C tu dah bertahun aku amalkan. Sebab dah sakit ni kena up dose. Tak boleh culas minum lagi. Aku jugak minum air teh Rooibos yang tinggi anti oksidan. Minum tanpa gula okeh!
Dogaci Apricot Seeds Oil & Black Cumin Oil
Elixir yang pedih tu dah habis dan aku tak yakin nak beli lagi sebab tiada label. Lengan masih belum sembuh lagi ni.
Kat rumah aku memang ada Dogaci Apricot Seeds Oil (minyak biji aprikot) dan Dogaci Black Cumin Oil (minyak habatusauda) ni. Terus aku sapu minyak biji aprikot sampai habis sebotol. Aku sambung pulak dengan minyak habatus sauda.
Memang ada improvement. Biji ruam makin mengecut. Kegatalan semakin berkurangan. Kulit lengan mula menggelupas untuk ganti baru.
Setiap kali lepas mandi mesti kulit lengan terasa sangat pedih. Huhu!
Aku ingat masa kena ruam pada pelipat lengan / ekzema tu sudah sakit tahap gaban. Rasa nak toreh dengan pisau dan curah cuka bagi hilang gatal.
Tapi masa healing process lagi sakit! Kesan daripada ruam menyebabkan seluruh kulit lengan aku jadi keras dan menebal. Kulit mula menggelupas dengan teruk sekali. Bila gosok kulit terus berterbangan debu kulit mati dari lengan aku. Terasa sangat pedih, gatal dan tidak selesa! Jiwa omak rasa sangat down!
Kulit lengan aku terasa kering dan tegang. Bagai disiat, diregang dan ditarik-tarik. Lepas mandi sakit yang amat. Lepas sapu pelembab pedih tak terkata. Kulit aku ada kesan trauma dan nampak macam kulit melecur/terbakar!
Kulit leher pula kering dan menegang. Nampak kulit sangat nipis!
Forever Alpha E-Factor
Aku sapu Alpha E-Factor pada kulit leher dan muka. Terasa sangat lega tapi kena kerap sapu sebab kulit aku tersangat kering. Nasib baiklah Alpha E-Factor ni tak berminyak. Sapu kerap pun tak apa.
Alpha E-Factor kaya dengan vitamin E, A dan C yang merupakan anti oksidan penting untuk pulihkan struktur dan keanjalan kulit. Ia juga mengandungi lecithin, borage seed oil (pelembab), bisabolo oil (anti radang), caprylic dari minyak kelapa (pelembab) dan soya bean oil (pelembab).
Aku memang ada simpan Forever Alpha E-Factor ni kat rumah. So terus ambik dan sapu. Lega sungguh leher aku!
Earth Mama Angel Baby
Aku perlukan pelembab yang tak pedih dan hilangkan gatal dengan cepat untuk lengan aku. Terus aku teringatkan Earth Mama Angel Baby Stretch Oil. Masa pregnant memang aku sapu EMAB Stretch Oil ni untuk elak kulit perut dari menggelupas dan tumbuh ruam.
Kulit lengan aku tengah healing so terasa meregang dan menggelupas yang sangat teruk. Kena air pun pedih. I need something that can stop this fast!
Terus aku cari online seller untuk EMAB Stretch Oil ni. Perghh. Mahal sungguh harga dia sekarang. RM108 untuk 120 ml. Dulu aku beli harga dalam RM70 je kot. Ekonomi meleset. Semua benda naik harga!
Aku terpaksa beli jugak sebab sangat tak tahan dengan kulit lengan aku tu. Apa pun tak boleh buat. Huhu!
Bila sapu EMAB Natural Stretch Oil pada lengan memang hilang rasa gatal akibat kulit gelupas. Tapi EMAB ni sangat berminyak. Habis baju dan bantal aku melekat minyak!
Kulit juga masih terasa pedih selepas mandi. Adeh.
Moogoo Natural Skin Care
Aku nak cuba Moogoo sebab Moogoo ni krim so tak berminyak. Tapi Moogo tersangatlah MAHAL!!!
Masa Irfan baby dulu aku pernah guna MooGoo tapi tak berkesan untuk ruam lampin dia. So aku tak pasti samada Moogoo sesuai atau tidak untuk masalah kulit aku. Nanti dah beli tapi tak sesuai membazir duit aku. Aku pulak tengah sesak sekarang ni.
Nasib baik aku boleh order sampel MooGoo dengan bayaran pos RM10. Aku dapat sample produk Moogoo berikut:
- Moogoo Irritable Skin Balm 10 gm
- Moogoo Soothing MSM Cream 10 gm
- Moogoo Milk Wash 15 ml
Masa aku guna Moogoo kulit lengan aku masih lagi menggelupas teruk. Aku sapu sikit Moogoo pada kulit dan tiba-tiba terasa gatal. Tumbuh bintat merah!
Moogoo tak sesuai pulak dengan aku. Nasib baik tak beli.
Renoskin Medic Serum
Aku selalu nampak iklan Renoskin Medic Serum ni kat wall FB. Renoskin Medic Serum ni serum yang dibuat pakar kimia berkelulusan PHD. Katanya Renoskin TAK PEDIH bila disapu pada kulit. Aku mesti cuba!
Harga Renoskin Medic Serum 80 ml adalah RM65. Murah sangat compare dengan produk lain.
Aku sapu Renoskin dan kulit aku serta merta rasa lega. Memang betul tak pedih langsung. Aku suka sebab Renoskin Medic Serum tak berminyak sangat. Bau pun best.
Kulit yang kasar dan tebal mula beransur menipis bila sel kulit mati tanggal. Healing proses tanpa ubat steroid memang sangat lambat. Tapi aku yakin kulit lengan aku akan sembuh sepenuhnya, insyaAllah!
Sekarang dah lebih 3 bulan aku kena ruam / ekzema dan ruam peluh tu. Masih lagi ada kesan. Kadang-kadang masih gatal merenyam bila kena fabrik. Bila gatal cepat-cepat aku sapu Renoskin Medic Serum. Terus tak jadi menggaru.