Bismillah. Cikros di sini.
Anak aku Dina kena demam campak seminggu sebelum hari raya. Eh! Tapi betul ke tu ruam campak Rubeola? Ntah-ntah tu ruam Roseola je kot?
Confuse pulak omak demam campak measles dengan roseola ni. Haha!
Mulanya anak aku demam panas selama 2 hari. Tiba-tiba demam tanpa batuk atau selsema. Cuma ada sakit tekak sikit.
Tapi aku tak risau sebab Dina aktif bermain dan makan minum seperti biasa. Demam terkawal dan kebah selepas 2 hari.
Sehari selepas demamnya baik, muka Dina keluar ruam merah yang mulanya sikit kemudian makin banyak dan merebak ke dada, belakang dan tangan!
Kronologi demam campak pada Dina ialah:
- 5-7 Jun 2018 (day 1-2) – demam panas
- 8 Jun 2018 (day 3) – demam kebah dan ruam timbul pada muka dan dada
- 9 Jun 2018 (day 4) – ruam makin banyak dan merebak ke belakang / perut / lengan / kaki
- 10 Jun 2018 (day 5) – ruam sudah surut dan mula hilang

Alhamdulillah. Sebelum hari raya semua ruam campak pada muka dan badan Dina sudah hilang sepenuhnya. So boleh balik kampung dan beraya dengan riang ria. Horeh!

Anak-anak aku yang lain, Izzah dan Irfan pun pernah kena ruam macam campak / measles / rubeola ni. Aku risau takut kena denggi je. So terus ke hospital buat blood test.

Result blood test confirmed bukan denggi dan doktor cakap bukan ruam campak. Hanya ruam biasa.
Masa tu aku tak tau pun ada sejenis ruam yang seakan ruam campak / measles yang dipanggil dengan ruam roseola. Doktor tak cakap pun. Adudu!
Masa tu Izzah baru sebulan ambik vaksin campak MMR (Measles, Mump & Rubella). Tu yang pelik kena demam campak pulak kan.
Tapi aku tengok simptom macam Izzah kena demam campak. Pakej demam panas dua hari dan selepas tu keluar ruam di belakang telinga yang merebak ke muka, dada, belakang, perut hingga ke kaki. Selepas tu ruam mula surut dan beransur hilang.

Simptom yang Irfan alami pun sama jugak. Demam panas dan ruam dari kepala merebak hingga ke kaki.
So apa beza ruam campak / measles / rubeola dengan ruam roseola ni? Jom lah belajar tentang ruam campak dan ruam roseola ni.
RUAM CAMPAK / MEASLES / RUBEOLA
Penyakit demam campak / measles boleh berlaku pada semua peringkat usia dari bayi hingga dewasa.
Punca
Ruam campak (measles) berpunca daripada VIRUS RUBEOLA.
Virus campak berada dalam lendir hidung dan tekak pesakit. Penyakit campak boleh berjangkit melalui lendir, air liur dan udara dalam 4 hari sebelum dan 4 hari selepas ruam campak muncul.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Simptom
Simptom penyakit demam campak / measles ialah :
- Demam panas
- Ruam merah bermula dari belakang telinga, muka yang merebak ke dada, belakang, perut, lengan dan kaki. Semasa ruam berlaku pesakit biasanya semakin demam. Tapi ada juga pesakit yang tumbuh ruam semasa demam kebah.
- Ruam kecil-kecil berbintik timbul yang kelihatan bersambung dengan yang lain
- Koplik spots (bintik-bintik putih dalam mulut)
- Cirit birit
- Sakit tekak (sore throat)
- Selsema / hidung berair
- Sakit otot (muscular pain)
RUAM ROSEOLA / VIRAL RASHES
Penyakit demam roseola (exanthem subitum) biasanya berlaku pada bayi berumur bawah berumur 2 tahun. Penyakit roseola boleh berjangkit melalui lendir, air liur dan udara bila-bila masa sahaja terdedah kepada virus.
Punca
Ruam Roseola berpunca daripada virus HERPES TYPE 6.

Simptom
Simptom penyakit demam roseola / demam viral ialah :
- Demam panas
- Ruam merah jambu bermula dari belakang hingga ke dada dan merebak ke muka, lengan dan kaki Semasa ruam berlaku pesakit sudah tidak demam lagi.
- Ruam kecil-kecil berbentuk rata atau hanya sedikit timbul
- Sawan (febrile fits / seizures)
- Sakit tekak
- Selsema / hidung berair
RAWATAN DEMAM CAMPAK
Aku rasa tak ada rawatan khusus untuk demam campak ni. Masa anak-anak buah aku dulu kena demam campak measles ni parents mereka hanya jaga kat rumah. Bagi minum air kelapa je kot.
Masa anak-anak aku kena ruam macam campak ni, doktor cakap bukan campak measles pun. Tapi aku tengok simptom lebih kepada measles pulak.
Aku hanya rawat anak aku dengan:
- Beri minum air kelapa muda fresh
- Beri minum air masak banyak-banyak
- Beri minum virgin coconut oil untuk legakan sakit tekak
- Sapu calamine lotion masa Izzah & Irfan kena
- Sapu RenoSkin Medic Serum masa Irdina kena
Demam campak measles ni biasanya tidak mendatangkan mudarat bagi kanak-kanak yang kuat sistem pertahanan badan / antibodi. Tapi kalau budak yang jenis badan lemah atau ada penyakit kronik, memang boleh beri kesan sampingan yang serius.
Nak cegah demam campak measles ni ada vaksin MMR (mumps, measles & rubella) yang dijadualkan semasa bayi berusia 9 bulan dan 12 bulan.