Penjagaan Gigi | Cabut Gigi di Klinik Pergigian Prime Setia Alam

Saya ni dulunya budak kampung. Miskin. Berus gigi pun jarang-jarang. Ubat gigi mahal kot.

Masa baby sampai lah sekolah rendah, mak saya pun tak pernah pedulikan gigi saya ni. Anak ramai beb. Tak kosa nak belek gigi anak sorang-sorang kannn.

Walaupun tak jaga sangat gigi tapi gigi susu saya masa tu perfect, cantik dan tak rosak langsung!! Magik tewwww.

Bila gigi susu goyang saya sendiri yang cabut. Macam satu kepuasan la kan bila gigi yang duk bergoyang tu kita kuis dengan lidah dan lama-lama dia tercabut. Ada umpphh rasanya…heheheh.

Izzah ni dah 7 tahun. Gigi susu dia yang pertama bahagian bawah tu dah lama tercabut. Satu tu dia goyang-goyang cabut sendiri. Satu lagi tercabut masa tengah makan ais krim!!!

Sebelum sesi sekolah mula awal Januari hari tu… gigi kacip dia pulak dua-dua goyang. Ingat nak tunggu la gigi tu tercabut dengan sendiri.

Klinik Pergigian Prime Setia Alam

Tapi kesian pulak bila tengok dia nak makan pun susah. Nak gigit ayam drumstik lagi la tak boleh. Makan pun slowwwwwwwwwww je.

Ada sekali tu tengah dia makan tetiba tergigit gigi yang goyang tu. Apa lagi menjerit la. Sakit wohhh. Siap jadi ratu air mata kejap.

Fikir punya fikir. Sekolah pun nak mula. Susah pulak kalau gigi tu dibiarkan macam tu. Tak seronok dia nak sekolah kan nanti.

Klinik Pergigian Prime Setia Alam

So…. saya pun bawak dia jumpa dentist. First time nih Izzah jumpa dentist. Mak spesis malas jumpa dentist macam ni lah.

Klinik Pergigian Prime Setia Alam

Saya pergi Klinik Pergigian Prime Setia Alam. Jenuh juga mulanya saya search Google cari klinik gigi area Setia Alam yang best.

Godek-godek Google cari waktu buka klinik gigi Setia Alam tu. Kalau boleh nak yang buka awal lah best sikit. Tapi tak ada la pulak.

Klinik Pergigian Prime Setia Alam

Klinik Pergigian Prime Setia Alam ni pun buka hari Isnin – Jumaat pukul 10 pagi hingga 6 petang sahaja. Hari Sabtu buka pukul 10 pagi hingga 4 petang. Hari Ahad dan cuti umum tutup.

Saya suka pergi klinik gigi ni sebab doktor gigi tu perempuan. Tak lah ganas sangat kan bila duk godek gigi kita tu..ekekekek.

Klinik Pergigian Prime Setia Alam

Sebelum pergi klinik gigi saya dah saiko Izzah. Baik punya saiko tau.

Klinik Pergigian Prime Setia Alam

Masa cabut okei lagi. Lepas cabut muka Izzah macam tensen giler sebab kena gigit kapas tu 15 minit….ekekekee.

Tada

Kos cabut gigi RM30 sebatang…so dua gigi RM60 je lah. Konsultasi RM15. Nak free cabut lah sendiri…muahhahaa.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *