Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.
Baby Dina-saur aku dah tumbuh gigi geraham! Hoyeh. Omak lompat bintang. Hehe!
Aku happy sangat gigi geraham Dina tumbuh sebab mudah lah dia nak mengunyah makanan. Baby aku tu lambat tumbuh gigi. Tapi dah makan macam-macam.
Macam kesian lah gigi tak ada. Makan kena kunyah dengan gigi kacip. Macam orang tua tak ada gigi pulak.
Tak kan nak makan bubur forever and ever kan. Omak pun dah malas nak masak bubur. Makanan sama dengan the rest of the family kan senang. Hehe!
Kalau ikut carta patut gigi kacip lateral incisor Dina dah tumbuh. Tapi so far belum ada. Gigi taring pun tak ada. Belum boleh jadi harimau. Hehe!
Since Dina dah banyak gigi so kenalah jaga gigi supaya tidak rosak. Aku memang ambil berat pasal penjagaan gigi anak-anak aku. Syukur gigi susu Izzah masa kecik elok, cantik dan putih sampailah semua gigi kacip dia tanggal/dicabut masa umur dia 7-8 tahun. Now tunggu gigi taring dan geraham kecil pulak tanggal.
Gigi susu Irfan sekarang pun perfect dan putih bersih sebab aku masih lagi gosokkan gigi dia. Umur dah nak 5 tahun pun omak gigih beruskan gigi anak. Omak over kot. Hak hak hak!
Bila Patut Mula Berus Gigi Bayi?
Aku rasa ramai omak abah tension sebab anak tak suka berus gigi sendiri dan tak suka ko beruskan gigi dia. Betul?
Anak-anak aku pun sama. Tapi omak jiwa kental so omak menang lah bab berus gigi anak ni. No mercy! Hak hak hak.
Bila patut mula berus gigi bayi? Sebaik sahaja gigi susu pertama bayi tumbuh terus beruskan/gosokkan gigi dia. Jangan tunggu lama-lama. Nanti sedar-sedar gigi anak rosak!
Anak tak suka berus gigi? Jangan mengalah pulak. Ni ramai omak abah kalah dengan anak. Anak tak suka so ko berhenti beruskan gigi. Tengok-tengok gigi anak dah hitam kena karies gigi. Masa tu menyesal pun tak guna!
Kunci utama untuk memupuk tabiat suka memberus gigi adalah memulakannya dari AWAL. Paling bagus jika anda memulakannya beberapa hari selepas lahir.
Selepas bayi menyusu, lapkan gusi, lidah dan langit-langit bayi ko dengan kain lembab. Tujuannya untuk :
- Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi anda dari plak yang terbentuk
- Membiasakan anak anda merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya anak anda tidak akan berasa tidak selesa atau takut apabila anda mahu menggosokkan giginya kelak
Aku dulu masa Izzah siap beli berus gigi silicone yang letak kat jari. Tapi guna sekali dua je. Aku lagi senang guna kain lembab.
Masa Irfan dan Dina aku beli set vaniti Safety’s 1st yang ada infant toothbrush / gum stimulator. Selalu aku bagi anak aku gigit je gum stimulator tu. Biar dia biasakan diri!
Lepas gigi pertama bayi tumbuh boleh beli berus gigi bayi. Ada macam-macam jenama berus gigi bayi di pasaran.
Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.
Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.
Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.
Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini
Tapi aku kekal setia dengan satu jenama berus gigi bayi sahaja iaitu JORDAN. Sampai sekarang Izzah masih guna berus gigi Jordan.
Berus gigi kanak-kanak Jordan ni ada mengikut umur iaitu untuk 0-2 tahun, 3-5 tahun dan 6-9 tahun.
Aku suka sangat berus gigi bayi Jordan yang 0-2 tahun tu. Berus lembut dan design unik sesuai untuk baby pegang. Saiz berus pun kecik memang ngam untuk mulut baby. Aku nak beruskan gigi anak pun senang.
Sangat penting beli berus gigi bayi yang saiznya sesuai untuk mulut baby tu. Most berus gigi kanak-kanak dalam pasaran tu agak besar untuk mulut baby. Sebab tu baby tak suka.
Berus gigi Jordan 0-2 tahun ni memang just nice untuk gosok gigi baby. Kaler pun terang dan menarik.
Ubat Gigi Halal Tanpa Florida Untuk Bayi & Kanak-Kanak
Tak payah kot guna ubat gigi jika anak umur bawah 18 bulan. Berus dengan air je cukup. Yang penting berus dan berus!
Aku sekarang guna ubat gigi Mukmin Junior untuk Irfan dan Irdina. Izzah dah besar so guna ubat gigi Forever Bright Toothgel.
Tips Memberus Gigi Bayi & Kanak-Kanak
- Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
- Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
- Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
- Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
- Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi anak anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
- Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
- Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.
Tips Jika Anak Tidak Mahu Memberus Gigi
Anak aku Dina ni suka berus gigi sendiri. Aku biarkan dia berus masa mandi. Lepas dia berus aku pulak beruskan lagi sekali.
Omak abah kena beruskan gigi anak bawah umur 6 tahun sebab mereka tak akan gosok gigi dengan betul. Pakar gigi yang cakap tau.
Macam mana nak menarik minat anak untuk memberus gigi? Make it fun!
- Beli berus gigi dan ubat gigi yang sesuai mengikut umur.
- Biarkan anak berus sendiri dan kemudian omak beruskan bagi bersih.
- Mesti berus gigi dulu sebelum mandi.
- Nyanyikan lagu atau buatkan aktiviti gosok gigi seperti satu permainan
- Bacakan buku mengenai gigi, pemberusan gigi dan juga doktor gigi
Jika anak dah besar macam Izzah dan Irfan, sangat penting untuk teruskan habit memberus gigi. Jika boleh berus setiap kali selepas makan.
Ikut tabiat orang Jepun dan Korea. Sejak kecik mereka di ajar untuk berus gigi setiap kali selepas makan. Tidak kira di mana sahaja!
Aku dulu ada bos dan kawan sepejabat orang Korea. Mereka ni memang setiap kali selepas breakfast dan lunch mesti akan gosok gigi.
Yes. Mereka bawak berus gigi dan ubat gigi ke pejabat. Tabik spring betul lah aku pada mereka.
Aku selalu saiko anak-anak aku dengan tunjuk gambar gigi rosak kat internet. Bila ada dokumentari tentang gigi kat TV pun aku suruh mereka tengok.
Tengok tu! Gigi rosak! Gigi hitam kena makan ulat! Tu lah akibat kalau malas gosok gigi dan tak gosok gigi betul-betul.
Aku jugak cakap kat Izzah kalau gigi susu tercabut akan tumbuh gigi baru. Tapi kalau gigi yang ada sekarang ni rosak dan kena cabut, memang tak akan tumbuh lagi gigi baru. Tak ada gigi tak boleh makan yang best-best. Makan la bubur seumur hidup. Nak ke nak?
Sebab tu Izzah rajin berus gigi. Hehe!
Tudung sekolah adalah antara tudung yang akan dipakai lama dan hampir setiap hari, jadi pemilihan tudung yang selesa adalah sangat penting. Ini akan membantu Si Comel puan untuk menumpukan perhatian penuh di dalam bilik darjah.
Tudung Si Comel dijahit menggunakan potongan yang SELESA dan menggunakan kain jenis Lycra 280g yang LEMBUT, menyerap peluh dan SEJUK. Tudung sekolah kani sentiasa dibuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas anak dan ibu bapa.
Bagi memenuhi permintaan ibu-ibu buat Si Comel, kami ada keluaran 6 JENIS TUDUNG SEKOLAH yang memenuhi kriteria mudah dibasuh, material yang lembut, dan selesa dipakai iaitu Tudung Sekolah Awning Lembut, Tudung Sekolah Awning Scuba, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Getah, Tudung Sekolah Awning Scuba Dagu Labuh dan Tudung Sekolah Dua Lapis.
JAMINAN 180 HARI bagi setiap pembelian tudung sekolah ekslusif hanya di TudungSiComel. Jika tidak selesa boleh dipulangkan.