Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.
Jom belajar ilmu pergigian!! Ilmu gigi ni sangat penting untuk omak abah tau. Senang nak pantau gigi anak bila ada ilmu.
Sepanjang hidup semua orang ada 2 set gigi.
- Gigi susu / bayi
- Gigi kekal
Gigi susu biasa tumbuh (erupt) dari 4 bulan ke atas. Jangan risau jika baby umur setahun belum tumbuh gigi. Normal je tu. Anak-anak aku semua lambat tumbuh gigi. Blessing tu bagi ibu yang menyusui baby dengan susu badan. Hehe!
Semua gigi susu akan tanggal (exfoliated) semasa anak mencecah umur 12 tahun dan akan diganti dengan gigi kekal.
Set gigi susu terdiri daripada 20 gigi primer (primary teeth) – 10 rahang atas dan 10 rahang bawah.
- 8 gigi kacip (incisors) – 4 atas 4 bawah
- 4 gigi taring (canines) – 2 atas 2 bawah
- 8 gigi geraham (molars) – 4 atas 4 bawah
Bila Gigi Susu Tumbuh?
Gigi susu tumbuh (tooth eruption) berlaku dari umur bayi 4 bulan ke atas. Semua gigi susu akan tumbuh semasa umur cecah 2.5 tahun.
Bila Gigi Susu Tanggal?
Gigi susu akan tanggal (tooth exfoliation) dengan sendirinya apabila gigi kekal mula keluar. Gigi susu tanggal pada umur yang berbeza dari 6-12 tahun.
Gigi susu akan goyang dan tanggal sendiri sebab gigi kekal di dalam geraham mula bergerak naik ke permukaan gusi dan menolak gigi susu ke atas.
Tengok video Eruption of Teeth ni. Sangat menakjubkan!