Penjagaan Bayi | Cara Cepat, Mudah & Berkesan Rawat Lebam Akibat Jari Tersepit Pintu

Bismillah. Aloe! Kak Ros di sini.

Ada anak-anak aktif memang tak sah kalau tak lebam dan bengkak. Nature lah budak suka melasak. Explore sana sini. Especially anak lelaki. Perghh. Merimau je omak ni. Hehe!

Sekejap panjat meja & kerusi. Sekejap terhantuk meja. Sekejap tersadung mainan & terjatuh. Sekejap panjat sana & sini. So tak hairan lah kalau tetiba ada lebam, bengkak dan benjol.

Omak dah larang baik sekejap. Pastu esok buat lagi. Ye lah. Budak tengah membesar extra energy tu berlebihan kena salur keluar. Aku lagi prefer anak melasak dari anak melepet lembik.

Of course omak kena sentiasa pantau dan bersedia dengan ilmu rawatan kecemasan.

Masalah lebam dan bengkak boleh berlaku sekiranya jari anak tersepit pada pintu atau tingkap atau sesuatu yang berat jatuh ke atas kaki atau tangannya.

Tips Merawat Lebam & Bengkak

  • Pegang bahagian yang tercedera di bawah air sejuk yang mengalir selama beberapa minit.
  • Selepas 1/2 jam, jika bahagian yang cedera semakin bertambah bengkak atau sangat sakit mesti segera bawa ke klinik/hospital
  • Balut dengan kain lembab/berisi ais pada bahagian yang lebam dan bengkak
  • Jika lebam pada kuku menjadi berdenyut-denyut sakit dan kelihatan darah hitam di bawah kuku – mesti segera jumpa doktor untuk rawatan kerana sudah berlaku internal bleeding.
  • Sentiasa bersedia dengan kit rawatan kecemasan (first aid kit)

Aku kat rumah memang sentiasa ada Forever Aloe First Spray, Aloe Propolis Creme, Aloe Vera Gelly, Aloe Heat Lotion, Aloe MSM Gel dan Aloe Activator sebagai kit rawatan kecemasan seisi keluarga. Kapas, gauze dan medical tape of course wajib ada juga. Sediakan payung sebelum hujan!

Hari tu jari Dina-saur tersepit pintu. Nasib baik tak kena kuku. Tapi melekuk dalam jugak lah ibu jari kanak baby aku tu.

Jari Bayi Tersepit Pintu

Nampak merah dan mula bengkak. Nasib baik tak berdarah.

Jari Bayi Tersepit Pintu

Cepat-cepat aku sembur Aloe First Spray dan sapu Aloe Propolis Creme. Tak lama lepas tu lekuk dan bengkak pada jari Dina beransur hilang. Tak sempat lebam pun. Syukur!

Jari Bayi Tersepit Pintu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *