Pengumuman | Tiada Tempahan Urgent – Pengeposan 2-5 Hari Bekerja Mengikut Giliran Pembayaran

Salam ceria. Cikros di sini.

Alhamdulillah. Hujung tahun kami di TudungSiComel semua jari jemari sudah menjadi sotong. Tidak menang tangan menguruskan tempahan yang semakin bertambah.

Berikutan harga promosi yang berakhir November yang lalu dan promosi terkini yang sedang berjalan, tempahan tudung sekolah sangat banyak sekarang dan kita membungkus siang dan malam.

Namun pengurusan tempahan tudung sekolah mungkin mengambil sedikit masa 2-5 hari bekerja. Kami berusaha uruskan tempahan ibu secepat mungkin.

Tudung Sekolah Awning Scuba

Tiada tempahan urgent sekarang. Kita akan bungkus ikut urutan pembayaran in shaa Allah.

In shaa Allah kita akan berusaha untuk penuhkan stok agar tidak putus. Namun jika ada terputus mungkin sehari dua begitu in shaa Allah.

Maafkan Cikros jika berlaku sedikit kelewatan. Kami sedang berusaha gigih untuk memastikan tempahan ibu sampai dengan selamat.

Terima kasih kerana memahami.