Pengumuman | Kelahiran Irfan Harith – Bayi Tahun Naga Air

Salam semua. Selamat tahun baru 2013.

Lama blog ini menyepi. Sawang makin hebat melekat. Sejak April 2012, boleh kira berapa entri saya buat. Sikit sangat!

Kalau ada baca entri Blog Bersawang Salahkan Si Labah-Labah tu… saya kata saya sakit sejak April tu. Memang saya sangat sakit. Sakit mengandung. Heh heh.

Hebat sakit mengandung semasa penghujung 30-an ini. Hilang segala mood bagai. Rasa mengantuk sepanjang masa. Macam-macam sakit datang. Sakit kepala. Sakit otot. Sakit badan. Sakit perut. Mual. Loya.

Belum masuk ujian minum air gula yang gagal. Diabetes semasa hamil. Kena cucuk jarum dan ambil darah setiap 2 minggu. Ulang-alik klinik desa ke klinik kesihatan. Masalah uri di bawah tahap 3. Kena tahan wad selama 2 minggu. Kena bedah cesarean.

Tak percaya? Baca segalanya di blog saya tentang rahsia mengandung dan tips kehamilan – https://rosibrahim.com/. Cerita tentang kehamilan saya kali ini ada ditulis secara terperinci di situ.

Oh.. saya nak buat pengumuman rasmi tentang kelahiran anak kedua saya, Irfan Harith. Rasmi lah sangat. Macam orang kenamaan penting pulak ye.

Irfan Harith

Irfan, bayi bulan December (lahir pada 17hb) dan bayi tahun Naga Air. Hitam dan lebat rambutnya. Siap ada side-burn gitu. Romeo tahun Naga nih. Heh heh.

Irfan Harith

Dulu saya sering bercita-cita lahirkan anak bulan December sebab boleh masuk sekolah sama dengan budak lahir awal tahun. Jimat umur tak gitu. Heh heh.

Tahun 2012 pula adalah tahun Naga Air mengikut kalendar Cina. Ramai orang Cina nak beranak dalam tahun ni. Ada kaitan dengan tuah kot. Itu kepercayaan mereka.

Bagi saya, setiap anak ada rezeki masing-masing. Insyaallah, akan dipermudahkan.

Irfan Harith

Irfan lahir ikut tingkap. Bukan tingkap rumah. Tingkap kat perut saya lah. Kena bedah Cesar. Sama macam kakak Izzah.

Sebabnya? Uri kat bawah dan saya ada endometriosis tahap 3/4. Siap kena bertapa dalam wad hospital dua minggu sebelum kena bedah.

Alhamdulillah segalanya sudah selamat. Saya berpantang di rumah sendiri dengan bantuan suami. Agak mencabar dengan beberapa dugaan. Insyaallah, segalanya akan dihadapi dengan baik.

Azam tahun 2013 – saya akan kembali aktif menulis blog!

16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *