Bismillah….
Alhamdulillah. Bila Allah nak bagi rezeki, ia akan datang tanpa di sangka-sangka.
Akak asalnya memang sangat susah nak lekat. Dulu usaha macam-macam. 4 tahun kosong. Nak dapat anak first Izzah tu… kena buat rawatan kesuburan beberapa cyle. Hingga nyaris give up dah.
Lepas dapat Izzah, akak ni jadi mudah pula hamil. Anak kedua akak iaitu Irfan dilahirkan masa akak berumur 38 tahun. Ingatkan bila umur dah cecah 40-an ni makin kurang subur dah kan.
Memang tak sangka sangat boleh hamil lagi pada umur 41 tahun!! Syukur sangat-sangat. [wp-svg-icons icon=”heart-2″ wrap=”i”]
Adik-adik yang masih TTC @ sedang berusaha gigih untuk hamil tu silalah beli e-book Rahsia Mudah Hamil Untuk Isteri Susah Mengandung yang akak tulis tu. Insyaallah, tips dalam ebook tu dapat sedikit sebanyak bantu korang untuk hamil. Tidak seperti ebook mudah hamil yang lain, akak tulis ebook tu berdasarkan pengalaman TTC akak sendiri tau. Akak ni sendiri life testimoni. [wp-svg-icons icon=”grin” wrap=”i”]
Akak resign masa bulan Mac 2015 ari tu dan tak lama lepas tu disahkan hamil. Merasa jugaklah mengandung sambil melepak di rumah sepanjang kehamilan. Heaven rasa tak payah bawak perut drive pergi office pagi-pagi buta hehehhe.
Kehamilan kali ni akak rasa tak stress sangat sebab akak take pride & take charge of my pregnancy. Nanti senang akak story lah pengalaman akak hamil kali ke 7 ni.
Baiklah. Akak nak buat pengumuman rasmi tentang kelahiran anak akak yang ke tiga @ anak bongsu iaitu Irdina Fatini. Irdina dilahirkan melalui pembedahan cesarean sama seperti kakak Izzah dan abang Irfan dia.
Eh… dah bongsu ke? Cukup-cukup sudah. Tutup kilang dah akak ni hehehee. [wp-svg-icons icon=”grin-2″ wrap=”i”]
Irdina Fatini – 9 November 2015