Pengalaman KidZania Malaysia | Aktiviti Menarik KidZania – Vitamin Researcher Di Pharmaniaga Citrex Vitamin Research Institute KidZania Malaysia (Tips & Gambar)

Bismillah. Cikros di sini.

Vitamin Researcher (Penyelidik Vitamin) adalah salah satu daripada 6 aktiviti pekerjaan yang mewajibkan kanak-kanak mengambil booking sticker di KidZania Malaysia. Memang ramai sungguh kanak-kanak yang nak jadi Vitamin Researcher ni sebab selepas selesai aktiviti akan dapat sebotol vitamin percuma!

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia

So kalau nak jadi Vitamin Researcher di Pharmaniaga Citrex KidZania KL mesti cepat datang beratur pada masa hiring time untuk ambik booking sticker.

Aku sarankan anak datang beratur at least 30 minit sebelum hiring time. Sebab kalau datang tepat pada masa hiring time memang tak dapat lah booking sticker untuk Vitamin Researcher Pharmaniaga Citrex tu. Sudah habis mah!

Nota: Pharmaniaga Citrex Vitamin Research Institute berada di tingkat 1 KidZania KL.

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia
Pharmaniaga Citrex terletak disebelah Marigold Milk Factory / depan hospital

Kapasiti untuk satu sesi terhad 6 orang. So jika ada 4 sesi setiap hiring time maka hanya 24 kanak-kanak sahaja yang akan dapat booking sticker. Jika sticker dah habis, kena datang semula pada hiring time yang seterusnya.

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia
Booking sticker Vitamin Researcher Pharmaniaga

Hiring time Pharmaniaga Citrex Vitamin Research Institure KidZania KL akan dibuat dalam masa 2 jam sekali. So omak abah sila alert dan plan baik-baik. Hehe!

Sila rujuk hiring time dalam post 15 TIPS MELAWAT KIDZANIA MALAYSIA.

So, apa yang menarik tentang aktiviti sebagai Vitamin Researcher di KidZania Malaysia ni?

Anak-anak aku suka jadi Vitamin Researcher ni sebab selepas selesai aktiviti akan dapat sebotol vitamin C percuma! So selain daripada dapat gaji, kanak-kanak juga akan dapat vitamin untuk di makan.

Aktiviti Vitamin Researcher di Pharmaniaga Citrex Vitamin Research Institute

Antara perkara menarik yang akan dialami oleh kanak-kanak yang menjadi Vitamin Researcher di KidZania KL ialah:

  • Memakai lab coat Vitamin Researcher Pharmaniaga Citrex Vitamin Research Instuture
  • Belajar tentang produk yang dihasilkan oleh Pharmaniaga Citrex
  • Menjalankan penyelidakan tentang bahan aktif dalam vitamin Citrex

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia

Syarat Umur Untuk Menjadi Vitamin Researcher Di KidZania

Syarat umur untuk menjadi Vitamin Researcher Pharmaniaga Citrex Vitamin Research Instuture di KidZania ialah dari umur 4 tahun ke atas.

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia
Izzah & Irfan sebagai Vitamin Researcher Pharmaniaga

So Izzah dan Irfan memang layak untuk bekerja sebagai Vitamin Researcher di Kidzania Malaysia. Tapi Dina belum cukup umur so kena tunggu kat luar dengan omak.

Maklumat Aktiviti Vitamin Re KidZania KL

Aku share sini maklumat tentang aktiviti pilot / juruterbang di Air Asia Flight Simulator KidZania Malaysia:

  • Umur : 4 tahun ke atas
  • Kapasiti : 10 orang kanak-kanak pada satu masa
  • Tempoh : 30 minit setiap sesi
  • Bayaran : 6 kidzos*

Nota: Aktiviti Vitamin Researcher di Pharmaniaga Citrex Vitamin Research Institute akan dapat gaji sebanyak 6 kidzos untuk kanak-kanak yang tiada pazzport KidZania. Pemegang pazzport akan dapat gaji extra iaitu Naturalized Citizen akan dapat 8 kidzos, Distinguished Citizen 10 kidzos & Honorable Citizen 12 kidzos. Berbaloi tau ada pazzport.

Hiring Time Untuk Vitamin Researcher Pharmaniaga Citrex

Aku share sini HIRING TIME untuk aktiviti Vitamin Researcher di KidZania KL.

  • Vitamin Researcher – 9.50am | 112.00am | 2.10pm | 4.50 pm

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia

Nota: * Hiring time berwarna merah hanya didapati pada hari Sabtu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah sahaja. Sila rujuk jadual dalam gambar di bawah untuk mengetahui Job Time Slots yang available untuk setiap hiring time.

Pengalaman & Gambar Vitamin Researcher 2018 (Julai)

Izzah dan Irfan sempat dapat booking sticker untuk jadi Vitamin Researcher di Pharmaniaga Citrex Vitamin Research Institute masa kami ke KidZania dalam bulan Julai 2018.

Masha Allah, terujanya Mak Ayah! Ibu bapa dah lama tunggu PLATFOM SELAMAT untuk anak anak mereka tonton video, yang bebas iklan dan patuh Syariah. Kini ianya telah tiba, dibawakan khas oleh pencipta Didi & Friends dan Omar & Hana.

Durioo+ adalah alternatif Platform Video Selamat Khusus untuk Kanak Kanak Islam, BEBAS IKLAN dan semua KONTEN DITAPIS oleh ibu bapa Muslim serta mendapat KONSULTASI PAKAR seperti Ustaz Don Daniyal dan Datin Prof. Dr. Mariani untuk pastikan segala konten dan ciri Durioo+ adalah yang terbaik untuk anak anda.

Kesemua konten Durioo+ membantu memupuk akhlak mulia, nilai nilai positif dan murni, selari dengan ajaran Islam. Insyaallah. Saya juga ibu bapa seperti anda, dan kita hanya nak yang terbaik untuk anak anak kita.

Langgan Durioo+ Sekarang | Tekan Sini

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia

Mulanya memang tak plan nak buat aktiviti Vitamin Researcher ni. Tapi masa tu tak ramai orang so bila beratur terus dapat booking sticker.

Nak ambil gambar buat aktiviti dalam Pharmaniaga Citrex Vitamin Research Institute ni mudah je. Zoom je dari celah lubang pintu kaca tu. Haha!

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia

Sebelum aktiviti Vitamin Researcher dimulakan, kanak-kanak mesti memakai lab coat Pharmaniaga Citrex, sarung tangan getah, face mask dan penutup kepala (shower cap).

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia

Actually penutup kepala, face mask dan sarung tangan getah tu kena pakai sebelum masuk dalam premis Pharmaniaga tu Sarung tangan tu size dewasa kot sebab besar gaban. Wahaha!

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia

Kerja sebagai Vitamin Researcher di KidZania Malaysia ni ambil masa lama juga about 30 minutes. So bertabahlah omak abah kena tunggu anak-anak siap buat penyelidikan tentang vitamin.

Kerusi yang disediakan kat kawasan tu sangat terhad. So bila tak dapat duduk di kerusi, aku belasah je bersila atas lantai tepi bangunan Pharmaniaga Citrex tu. Tak larat aku berdiri nanti Dina mintak dukung. Wahaha!

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia
Irfan Vitamin Researcher

Selepas selesai aktiviti, Izzah dan Irfan bukan main happy lagi sebab dapat percuma Citrex Pastil satu sachet setiap seorang. Sedap jugal Citrex Pastil ni. Terutama bila makan time perut lapar. Hehe!

Pengalaman & Gambar Vitamin Researcher 2018 (Ogos)

Masa pergi KidZania Malaysia dalam bulan Ogos 2018 tu, aku sengaja suruh anak-anak aku ambik booking sticker di Pharmaniaga Citrex tu. Nak dapatkan sampel vitamin free lagi lah.

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia

Macam biasa, kanak-kanak mesti pakai sarung tangan getah, face mask dan penutup kepala sebelum aktiviti sebagai Vitamin Researcher bermula.

Bila dah masuk dalam bangunan Pharmaniaga Citrex Vitamin Research Institute tu, kanak-kanak mesti menyarungkan lab coat Vitamin Researcher.

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia

Irfan tu aku nampak seronok sangat main olok-olok sebagai Vitamin Researcher ni. Tak habis-habis senyum disebalik face mask tu. Hehe!

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia

Selepas habis aktiviti Vitamin Researcher kali ni, anak-anak aku dapat free sekotak Citrex Vitamin C setiap seorang. Wah! Ni lagi bagus. Dapat vitamin percuma tu!

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia

Aku sangat sarankan omak abah untuk pastikan anak dapat buat aktiviti sebagai Vitamin Researcher ni. Selain dapat gaji duit Kidzos, anak akan dapat juga produk vitamin free. So sangat berbaloi buat aktiviti ni.

Kidzania Kuala Lumpur Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *